Powered by Blogger.

Dari 20 ke 21...



Alhamdulillah....syukur ke hadrat illahi kerana masih memberi peluang untuk bernafas di bumi ciptaannya ini...Tanggal 27 Januari 1990 aku dilahirkan...dibesarkan oleh kakak dan ibu dan tidak pernah berjumpa dengan ayahanda tercinta(meninggal sebelum saya dilahirkan..Al-Fatihah)...Kasih sayang yang diberikan oleh dua wanita hebat ini hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya...

Tanggal 27 Januari 2011 iaitu hari ini genaplah umurku 21 tahun....

Ada apa dengan angka 21?

Angka 21 bermakna bermulalah tanggunjawab kepada agama, bangsa dan negara. Kenapa??? Umur 21 adalah umur yang membolehkan setiap rakyat Malaysia untuk mengundi...btw...saya suka mengundi...hi3...x sabar rasanya PRU...sebelum PRU pun dah boleh menunaikan tanggujawab mengundi....

Di mana??

Universiti la...Pilihanraya kampus...x sabar rasanya nak memilih perwakilan pelajar yang baharu...semoga Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang mungkin dilantik pada Februari 2011 menunjukkan peningkatan dalam pentadbiran....

Bercakap mengenai MPP ini tersimpan jugalah hajat untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti...Bilalah agaknya boleh jadi pemimpin....sebelum itu kalau boleh tahun nie tersimpan juga la hajat untuk menjadi pengarah program mana2 aktiviti samada peringkat kolej kediaman mahupun peringkat kelab2 di universiti....

Bercakap mengenai azam apabila umur 21 tahun pula...ntahh la...belom fikir lagi.....tapi ada la beberapa....antaranya:
1. Berharap nak siapkan novel pertama...semoga idea mencurah-curah dan kembali rajin
2. Dapat pointer yang lebih baik daripada semester lepas
3. Ketaqwaan kepada Allah S.W.T bertambah...
4. Sertai aktiviti lasak dan menyertai Baktisiswa.
5. Belajar berenang kot....hi3...^_^

Akhir kata....
Terima kasih kepada semua sahabat yang wish birthday hari ini tak kiralah sama ada secara langsung, post kat wall ataupun menghantar mesej....terima kasih semua....saya amat menghargainya.....

Terima kasih....
Wassalam...

Sibuknya!!!! Sibuk ke????

Assalamualaikum dah salam sejahtera semua......

Sibuk adalah salah satu perkataan yang sudah sebati dalam diri setiap manusia.....Kesibukan kalau tak diuruskan dengan baik boleh mencetuskan stres dalam diri kita...betol tak??? Dalam kehidupan saya pula, perkataan sibuk sukar diuruskan dengan baik....saya boleh dikatakan hanya menyibukkan diri saya apabila sesuatu benda dah sampai "due date"....huhuhuhu(bila la nak berubah).....Sebagai seorang penuntut universiti, masa sangat penting....terutama dalam menguruskan masa untuk membuat assignment, ulang kaji, atau apa2 saja....

Sekarang nie.....assignment berlambak!!!!! semuanya memeningkan....fuh!!!!



Hajat di hati mahu selesaikan selepas cuti Tahun Baru China...persoalan utamanya??? entahkan jadi entahkan tidak......hi3

Itu bahagian assigment.......satu lagi masalah sekarang ini adalah stok novel yang belom dibaca....beli memang tak ingat dunia tapi baca....hampeh!!!! macam mana la nak jadi penulis kalau novel tu baru habis dua buah.....hi3



harap2 kembalilah bersemangat untuk menghabiskan novel.......
dah lama tak menulis, dah tak ada idea la....jumpa lain kali ya...^_^

Wassalam...