Powered by Blogger.

VT


Assalamualaikum w.b.t dalam salam ukhuwah buat semua teman-teman...."Uhibbukka Fillah"

Alhamdulillah, sekali lagi untuk minggu ini satu buku bakal di ulas dalam blog ini. Buku yang akan diulas buat kali ini adalah sebuah novel yang diberi tajuk VT karya Hilal Asyraf.

VT adalah novel kedua buah tangan Hilal Asyraf yang saya baca selepas Sinergi. Nak tahu apa itu VT? VT adalah singkatan untuk Volleyball Team.

Sekali lagi Hilal Asyraf berjaya mencipta satu plot cerita lain daripada yang lain. Sebabnya, adalah novel ini bertemakan sukan + tarbiyah. Seperti kita tahu, bidang sukan pada masa kini tidak dapat lari dengan sekular. Umat Islam kini terikut-ikut dengan cara orang barat bersukan walaupun mereka tahu bahawa itu salah dari segi agama kerana mendedahkan aurat.

Namun, apa yang ada dalam VT adalah berbeza dengan situasi sukan pada zaman ini. Novel ini mengisahkan satu kumpulan bola tampar MATRI(Maahad At'Tarbiyyah) yang mahu menjulang kejohanan MSSP. Namun kemenangan bukan agenda pertama tapi perkara yang paling diutamakan adalah untuk menunjukkan Islam kepada masyarakat. Untuk menunjukkan sukan adalah ibadat. Untuk menunjukkan juga bahawa Islam itu boleh wujud dalam pelbagai perkara seperti pembelajaran, hiburan, penulisan dan sebagainya. Selari dengan konsep Islam sebagai Ad-Din. Kisah yang diutarakan ini menjawab segala persepsi sesetengah masyarakat bahawa Islam itu hanya di dalam masjid.

Satu lagi menarik mengenai novel ini adalah wataknya. Nama-nama setiap watak diambil daripada individu sebenar atau dengan lebih tepat lagi pelajar MATRI. Malah watak utama novel ini yang bernama Asyraf diambil daripada nama penulis novel ini iaitu Hilal Asyraf. Kadang-kadang terfikir juga semasa membaca novel ini, cerita ini rekaan ke betul-betul. Kalau betul-betul, Asyraf mesti jahat masa dahulu sebabnya di awal cerita ini watak Asyraf seorang yang suka melanggar peraturan dan pembengis....^_^. Tapi saya "kompen" yang cerita cuma rekaan. Nama pun fiksyen..hi3

Nak tahu macam mana pasukan MATRI atau diberi nama Avant Garde(AG) ini menunjukkan Islam dalam sukan atau dengan kata lain berdakwah dengan menggunakan medium sukan?

Banyak kalau hendak dijelaskan satu persatu. Tapi saya jelaskan secara ringkas. Antara yang diterapkan oleh "coach" pasukan AG dalam pembinaan pasukan adalah Ukhuwah Fillah bagi memupuk persefahaman dan kasih sayang antara ahli pasukan. Sebelum datangnya "coach" yang bernama Hussam(Saiful Rahman) membimbing pasukan AG ini, mereka tiada kesepakatan dalam kumpulan, selalu bercakaran dan suka menyalahkan satu sama lain. Konsep ukhuwah fillah yang diterapkan dalam pasukan AG nyata mengubah mereka semua. Satu lagi yang menarik adalah mengenai pakaian yang dikenakan oleh mereka. Jika kita tengok perlawanan bola tampar sama ada peringkat tempatan atau antarabangsa, seluar yang dipakai adalah seluar pendek. Berbeza dengan AG, mereka menggunakan seluar panjang kerana niatnya bermain adalah kerana Allah S.W.T. Banyak lagi penerapan Islam yang dibuat dalam pembinaan pasukan seperti tadarus Al Quran, Qiamullai, bacaan Al Mathurat dan juga Doa Rabitah.

"..... Mereka berseluar panjang, hilang ketika waktu sembahyang dan menunjukkan semangat juang yang teramat tinggi" (petikan daripada VT)

Bagi saya, permulaan novel ini pada awalnya adalah perlahan tapi masih menarik. Bab-bab yang seterusnya pula berjaya menarik saya untuk membaca dan terus membaca sampai tamat. Tamatnya baru kelmarin. Orang lain sibuk buat revision untuk final exam, saya pula sibuk nak habiskan novel ini. Macam juga novelnya yang lain, novel ini tidak lari daripada menggunakan Al Quran dan Hadis sebagai rujukan. Dan juga memperkenalkan beberapa lagi konsep dalam perjuangan Islam seperti "Izzah", "Fiqh Awlawiyyat" dan beberapa lagi yang saya tak ingat.

Kelemahan saya dalam membaca novel ini adalah mengenai istilah-istilah yang terdapat dalam sukan bola tampar ini. Teknik-teknik permainan bola tampar yang diceritakan dalam novel ini langsung saya tidak boleh terjemahkan ke alam maya. Namun, masalah ini langsung tak menganggu pembacaan saya. 505 muka surat dihabiskan dalam tak sedar. Rasa sekejap je habiskan novel nie.

Sebenarnya, sebelum ini saya tak berminat pun dengan novel nie. Yang saya mahu adalah sebuah novel karya Hilal Asyraf yang seakan-akan sama dengan novel Sinergi. Namun saya beli juga walaupun tak berapa "excited". Selepas baca novel nie, persepsi saya terus berubah. Saya mahu memiliki semua novel Hilal Asyraf. Jika dahulu saya cakap, Sinergi bukan novel biasa tetapi Sinergi adalah Ilmu, begitu jugalah novel ini. VT adalah ilmu. Satu ilmu yang digarap secara berbeza oleh Hilal Asyraf.

Bercerita punya bercerita saya belum bagitahu lagi sinopsisnya kan?

Sinopsisnya seperti saya katakan tadi, misi MATRI dan juga amanah peribadi Asyraf untuk menjulang kejuaraan MSSP selepas 10 tahun. Berkisarkan mengenai 12 pemain yang mempunyai pelbagai masalah terutama dalam disiplin dan akhlak yang berjaya diubah oleh seorang cikgu baru yang mahu dikenali sebagai Hussam. Cikgu Hussam hanya perantaraan. Allah S.W.T jugalah yang mengubah mereka. Sebelum kedatangan Cikgu Hussan ini, pasukan bola tampar MATRI ini hampir dibubar. Perubahan yang drastik ini membawa kepada peningkatan prestasi sehingga mencabar sebuah sekolah yang memenangi MSSP lima tahun berturut-turut. Sekolah yang diberi nama SSNP terkenal dengan sikap sombong dan ego mereka. Kedatangan MATRI ini telah mencalar ego mereka justeru banyak permainan kotor yang dilakukan terutamanya oleh ketua pasukan SSNP iaitu Aril dan jurulatihnya yang bernama Cikgu Senan. Rasuah, memasukkan racun ke dalam makanan antara taktik kotor yang mereka lakukan.

Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, sahabat semua bacalah novel ini. Tak rugi, sangat menarik dan tidak bosan di samping dapat mentarbiyah jiwa kita. Beli jangan tak beli, baca jangan tak baca. Nak pinjam? Boleh....tapi jaga elok2...kalo rosak chargenya adalah 200 %....=D

Selamat membaca...

Wassalam...

p/s:mahu mendapatkan 3 novel Hilal Asyraf yang lain termasuk dua yang bakal keluar kat KLIBF iaitu Terasing, Hero & Takdir...semoga dipermudahkan...AMiN....

0 comment:

Post a Comment