Powered by Blogger.

Binalah Tabiat Yang Baik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah.......

Alhamdulillah....dah seminggu tak dapat ilham untuk menulis tetapi ilham tu datang akhirnya. Maklumlah dah lama tak membaca sebab sibuk dengan benda lagho.

Insya-Allah. Hari ini terdetik untuk berkongsi mengenai satu perkara yang dah menjadi rutin dalam hidup kita iaitu "TABIAT". Ilham nak tulis mengenai perihal ini dikurniakan oleh Allah S.W.T semalam melalui buku yang bertajuk(Setengah Berisi, Setengah Kosong?) Saya tak nak mengulas buku nie sebab saya akan mengulasnya pada lain kali.



Berbalik dengan perihal "TABIAT". Tabiat adalah sesuatu yang menjadi perkara rutin kita seharian. Contohnya seperti gosok gigi, mandi dan sebagainya.

Perasan atau tidak bahawa bahawa hampir 90 peratus perkara yang kita lakukan seharian adalah disebabkan tabiat. Hujah ini bukan hujah saya kerana hujah ini datangnya dari seorang pskitari. Hal ini bermakna, kebanyakan perkara yang kita lakukan seharian adalah selalu kita lakukan. Justeru proses membina tabiat adalah sesuatu yang sangat penting.

Tabiat boleh dikategorikan sebagai tabiat yang baik dan tabiat yang tidak baik. Persoalan timbul mengenai bagaimana tabiat yang baik yang perlu kita jalani dan tabiat yang jahat perlu kita hindari?
Jawapannya adalah melalui proses pembinaan tabiat yang dilakukan oleh diri kita sendiri.

Ramai yang memberitahu bahawa mereka sukar untuk berubah kepada kebaikan dan adalah yang menggunakan alasan belum mendapat hidayah.

Sebenarnya, alasan ini tidak akan timbul sekiranya perkara yang menjurus ke arah kebaikan itu sudah menjadi tabiat kita. Sebagai contoh, sudah menjadi tabiat kita sebagai muslim untuk menunaikan salah satu kewajipan kita kepada Allah S.W.T iaitu bersolat. Bagi yang tidak pernah mempunyai tabiat bersolat maka solat akan menjadi sukar untuk mereka. Begitu juga dengan perkara-perkara lain antaranya:

Majlis ilmu:ramai rasa kekok untuk menghadiri majlis ilmu sebab tabiat itu tiada namun rasa kekok itu akan hilang sekiranya sudah terbiasa

Justeru, binalah sebanyak mungkin tabiat yang baik seperti tabiat pergi sembahyang berjemaah, tabiat menggunakan perkataan seperti Subhana-Allah, Alhamdulillah, Astagfirullah al-Azim dan sebagainya. Justeru untuk membina tabiat ini bukanlah benda yang susah. Sebabnya kita sudah terbiasa untuk membina tabiat sejak kita masih kecil lagi. Tabiat seperti, pakai kasut/selipar sebelum keluar rumah, mandi, pakai baju terbina melalui diri kita sendiri. Oleh itu cuba bina tabiat yang membawa ke arah kebaikan, ke arah kita mengingati-Nya, ke arah kita mengingati rasul kita dan sebagainya.

Satu lagi mahu saya tekankan dalam proses membina tabiat iaitu hindari membina tabiat yang buruk. Tabiat yang buruk jika sudah menjadi kebiasan kita akan memberi kesan kepada diri kita juga. Seperti kita lihat melalui latah. Latah adalah bermula dengan sengaja dan apabila sesuatu yang sengaja itu dilakukan berulang-ulang maka jadilah tabiat. Bagi latah yang menyebut nama Allah adalah sesuatu yang baik, namun bagaimana pula latah yang menjurus ke arah mencarut. Sudah tentu kesannya akan terkena kepada diri sendiri.

Penegasannya, pembentukkan tabiat adalah suatu proses yang penting sepertimana John Dryden katakan:

Mula-mula kita yang membentuk tabiat, seterusnya tabiatlah yang akan membentuk kita

Justeru, mulai hari ini binalah tabiat yang baik. Insya-Allah. Untuk mendapat hidayah daripada Allah S.W.T, usaha adalah penting. Peringatan ini ditujukan kepada diri saya dan untuk perkongsian kita bersama. Minta maaf dan harap tegur sekiranya terdapat kekhilafan.

Wassalam.

0 comment:

Post a Comment