Powered by Blogger.

Pak Abu : Seorang Pemandu, Seorang Bapa & Pencerita

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah sekalian.

Alhamdulillah.....Minggu nie terasa banyak ilham un
tuk menulis. Semalam nak menulis "review" satu buku, namun apakan daya, line internet terlampau "busy". Akhirnya tertidur di depan laptop. Petang nie, bermakna satu lagi kalam akan dicoretkan tapi bukan untuk mengulas buku tapi untuk menceritakan mengenai seorang individu.

Individu yang dimaksudkan adalah Pak Abu.


Siapa Pak Abu?
^_^. Pak Abu adalah seorang pemandu yang ditugaskan untuk membawa kami ke SK Sungai Kenang bersempena dengan Khidmat Siswa(KHISWA) yang dianjurkan oleh SRN UPSI.

Apa yang menarik mengenai Pak Abu?
Bagi saya, Pak Abu adalah individu yang biasa tetapi mempunyai nilai-nilai yang wajar dijadikan contoh. Saya datang dengan Pak Abu dan saya balik pun dengan Pak Abu. Mungkin disebabkan perkara inilah saya dapat menilai banyak karekter Pak Abu dari sudut positif.

Karakter Pak Abu:

Pak Abu adalah seorang pemandu yang sangat disenangi. Jika kita tengok, banyak dalam kalangan pelajar UPSI merungut bahawa setengah pemandu bas ni garang, cerewet dan pelbagai lagi. Namun hal ini sangat kontra dengan Pak Abu. Dia seorang yang sangat mesra. Mudah dibawa bercakap dan boleh dikatakan sangat sporting. Cakap nak berhenti kat mana, kompen dia akan berhenti tanpa merungut. Pak Abu juga tak kisah tidur sebumbung dengan peserta program. Saya boleh jamin bahawa semua peserta yang terlibat dalam KHISWA sangat menyenangi sifat yang ada pada Pak Abu.
Pak Abu juga seorang bapa yang sangat penyayang. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, selalu jugalah dia bercakap mengenai anaknya. Boleh dikatakan semua anaknya berjaya. Dari segi gayanya pula, Pak Abu bukanlah seorang yang mengonkong anaknya. Pak Abu juga bukan sahaja memberi ilmu dunia kepada anak-anaknya, tapi turut menjaga anaknya mantap dari segi rohani. Buktinya, salah seorang anaknya menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Agama Islam di UIA dan seorang anak lelakinya dihantar di salah sebuah sekolah TAHFIZ. Satu lagi perkara yang menarik perhatian, adalah semasa Pak Abu menghantar makanan untuk anaknya yang belajar kat sekolah TAHFIZ. Dari segi gaya dia melayan anaknya. Tak terkata saya. Sangat ikhlas, penuh dengan kasih sayang ibarat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Pak Abu juga seorang pencerita. Memang boleh dikatakan tak mengantuk la sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kalau tertidur pun mesti masa Pak Abu berhenti bercerita. Ceritanya, seperti dikatakan tadi adalah mengenai keluarganya, pengalamannya sepanjang jadi pemandu dan pelbagai lagi. Salah satu yang menarik mengenai cerita Pak Abu ini, dia bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai keburukan orang. Tapi ceritanya adalah mengenai kebaikan orang. Dan salah satu ceritanya adalah mengenai 2 sahabat sejati yang menemui Illahi iaitu Arwah Fadhiri dan Arwah Faizul. Berdiri bulu roma tatkala Pak Abu memberitahu bahawa arwah berdua seorang anak yang baik, beriman, dan pelbagai lagi. Bagaimana Pak Abu kenal dengan mereka berdua ini? Jawapannya, Pak Abu adalah antara orang yang terlibat dalam penghantaran jenazah ke rumah. Betapa hebatnya pengaruh dua sahabat ini. Walaupun tidak sempat mengenali mereka berdua, tapi saya dapat rasakan bahawa semangat mereka banyak dijadikan contoh oleh individu lain. Al-Fatihah.

Justeru, sebab utama saya ingin bercerita mengenai individu yang bernama Pak Abu ini adalah disebabkan oleh Pak Abu adalah seorang pemandu yang berintegriti, bapa yang penyayang dan suka bercerita mengenai sesuatu yang bermanfaat. Tutur kata dan perbuatannnya kebanyakan adalah ilmu.

Walaupun hanya pemandu bas, Pak Abu boleh dikatakan lebih baik daripada mereka yang mempunyai jawatan tinggi tapi cerewet, sombong dan lain-lain. Justeru boleh dikatakan, kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan jawatan mereka tapi nilailah orang dari segi dalaman mereka.

Saya juga berani jamin, sekiranya ada program lagi, Pak Abu adalah pilihan terbaik. Semoga Allah S.W.T merahmatinya dunia akhirat. Amin.

p/s: Pak Abu belanja kami bertiga makan malam...^_^

Wassalam....

5 comment:

  1. assalamualaikum..
    bestkan jd org baik..
    org pun akan sentiasa cerita yg baik tntg kita..

    akak knl pkck abu ni..
    bnyk jg prgm naik bas dgn dia..

    tertarik nak komen sbb sbt nama arwah Fadhiri & arwah Faizol..al-Fatihah..

    akak nak kongsi tntg hr pemergian mereka b'dua..
    http://mujahidahwana.blogspot.com/2010/01/sahabatku.html

    http://mujahidahwana.blogspot.com/2010/04/sahabatku-2.html

    ReplyDelete
  2. salam..suka baca blog shukri...rajin2lah singgah blog akak....nice knowing u dik

    ReplyDelete
  3. kak wana:waalaikumussalam...Insya-Allah, sama-samalah kita jadi orang yang baik...untuk perkongsian tu, syukran. semoga roh arwah dicucuri rahmat sentiasa..Amin.

    kak waniey: waalaikumussalam, terima kasih kak...dah lama follow blog akak...semoga ukhuwah berkekalan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Moga rahmat ALLAH sentiasa melimpahi diri kamu.

    Akak jadi teringat tempoh hari, bila bertemu dengan seorang pemandu bas yang tidak dapat menahan sabar melayan kerenah pelajar. Bagaimana tidak, bila lewat bergerak sebab nak penuhkan dulu bas, dikatanya "Bodoh.." kepada pemandu bas.

    Tapi akak yakin, bila kita berakhlak baik dengan semua individu, bibir sentiasa menguntum senyum, Insha'Allah semua manusia juga akan automatik berakhlak baik dengan kita.

    Arwah Faizol dan Fadhiri memang layak dipilih ALLAH untuk meninggalkan dunia ini.

    "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Ali-Imran:169)

    ReplyDelete
  5. sangat setuju kak...kalau kita berakhlak baik dengan semua individu, Insya-Allah yg tak berakhlak pun akan jadi berakhlak....=)

    beruntung mereka yang mengenali arwah berdua...dan terima kasih untuk peringatan...

    ReplyDelete