Powered by Blogger.

Setengah Berisi, Setengah Kosong?


Assalamualaikum dan salam ukhuwah untuk sahabat dan sahabiah sekalian. Alhamdulillah, dengan limpah dan izinya dapat lagi saya menulis satu coretan pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.

Akhirnya, saya diberi kesempatan untuk mengulas sedikit buku yang saya habis baca dua minggu lepas. Sudah lama saya tidak mengulas mengenai buku. Maklumlah, dah lama tak baca. Hanya beli sahaja. Buku yang saya ingin ulas adalah sebuah buku yang bertajuk "Setengah Berisi, Setengah Kosong".

Buku ini ditulis oleh Parlindungan Marpaung dan diterjemah kepada Bahasa Melayu Malaysia. Buku ini mengandungi banyak peringatan yang amat berguna dalam mendidik individu. Salah satu perkara yang menarik mengenai buku ini adalah, pada bahagian awal penulis menyelitkan cerita pendek yang menjentik minda pembaca. Seterusnya, penulis akan menjelaskan setiap pengajaran yang diperolehi melalui setiap cerita pendek yang diselitkan.

Terdapat beberapa kisah yang menarik perhatian saya dan boleh dikatakan memberi kesan dalam hidup saya antaranya adalah cerita yang terdapat pada bab 6 buku ini yang bertajuk "Segelas Susu". Cerita berkisarkan mengenai kisah seorang budak miskin yang mejual barangan dari pintu ke pintu. Disebabkan terlampau lapar, budak tersebut memutuskan untuk meminta makanan daripada sebuah rumah. Namun, hajatnya terbatal apabila pemilik rumah membuka pintu dan budak tersebut hanya mampu meminta segelas air. Belas kasihan wanita tersebut terhadap budak kecil itu menyebabkan dia membawa segelas susu untuk budak itu. Selesai minum susu tersebut, budak itu bertanya mengenai harga yang perlu dia bayar untuk susu yang diminumnya itu. Namun wanita tersebut tidak meminta sebarang balasan.

Ditakdirkan budak tersebut besar dan bekerja sebagai seorang doktor pakar yang dikenali sebagai Dr. Ali manakala wanita tadi telah tua dan jatuh sakit. Penyakitnya pula tidak mampu dirawat oleh doktor lain beserta dengan faktor dirinya yang miskin menyebabkan wanita tua tadi tidak mampu membayar kos rawatannya. Namun, takdir yang Maha Kuasa, wanita tua itu dibawa ke hospital tempat Dr Ali bertugas. Ditakdirkan lagi Dr. Ali sendiri yang terlibat merawat perempuan tadi. Pertama kali melihat wanita tua itu, Dr. Ali terus mengenalinya. Wanita itulah yang memberi segelas susu untuknya semasa dia kecil dahulu. Atas jagaan dan rawatan yang diberikan oleh doktor Ali, wanita tua tadi kembali sihat. Kos rawatan semua ditanggung oleh Dr Ali. Wanita tua yang sihat tadi menjadi bimbang apabila bil rawatan dihantar kepadanya. Dengan gelisah, wanita tua itu membaca bil yang dihantar oleh pihak hospital.

Nak tahu apa yang dikepilkan pada bil yang dihantar itu? Benda yang dikepilkan itu adalah satu nota yang berbunyi, "Pembayaran selesai dibayar dengan segelas susu".

Pengajaran cerita ini adalah, selalulah berbuat baik terutama kepada mereka yang dalam kesusahan kerana "Memberi pertolongan kepada seseorang ketika mereka senang adalah biasa manakala memberi pertolongan kepada mereka yang dalam kesusahan adalah sesuatu yang luar biasa".

Cerita kedua yang ingin saya kongsikan adalah cerita pada Bab 54 yang bertajuk "Keldai". Kisahnya adalah mengenai seekor keldai seorang petani yang jatuh dan terperangkap ke dalam anak sungai. Berbagai cara dilakukan untuk mengangkat keldai tadi naik ke daratan semula namun tidak berdaya. Petani akhirnya berputus asa dan mengambil langkah untuk menanam keldai tadi hidup-hidup dengan mengambusnya melalui pertolongan jiran-jiran. Apabila tengok orang ramai mahu mengambusnya keldai tadi meronta-ronta dan menangis. Lama-kelamaan keldai tadi menjadi diam dan semua orang yang mahu menanamnya tadi hairan.

Nak tahu apa yang keldai tadi buat? Keldai tadi mengoncangkan-goncangkan badannya supaya tanah yang menimpa badanya jatuh ke bawah dan kemudiaanya keldai tadi naik ke atas timbunan tanah yang telah meninggi. Setiap kali orang ramai cuba menimbusnya perkara sama dilakukan hinggalah akhirnya tanah hampir dengan tebing sungat. Akhirnya, keldai tadi selamat dan melarikan diri.

Pengajarannya adalah berfikiran positif. Walaupun dugaan melanda kita, berfikirlah secara positif kerana melalui fikiran positiflah kita dapat mengharungi dugaan itu.

Banyak lagi perkongsian menarik melalui pelbagai jenis cerita pendek yang ditampilkan. Dari cerita sedih hinggalah cerita yang membuatkan anda tersenyum. Justeru, tidak rugi beli buku ini kerana dapat kita manfaatkan untuk memotivasikan diri kita. Antara kisah lain yang menarik perhatian saya adalah kisah pada bab 26(Setengah Berisi, Setengah Kosong), kisah bab 47(Tukang Batu) dan banyak lagi. Kalau nak tahu bacalah sendiri. Kalau nak pinjam dengan saya, boleh saja. Dipersilakan. "Ilmu perlu dikongsi"...^_^

Selamat membaca dan sama-sama mempraktikan di dalam hidup kita seharian..

Wassalam.

8 comment:

  1. Assalamaualaikum..

    Semoga rahmat ALLAH mengiringi kamu..

    Tadi baru akak ternampak Mat Freutt, MPP Penerbitan baca dengan tekun buku ni masa meeting dengan NC. Macam menarik, tapi tak tahu isi kandungan.

    Insha'Allah bakal memilikinya =)

    p/s : keep on posting latest article of your own. May Allah bless on what have you tribute to this ummah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam....

    Insya-Allah menarik...=)

    time kasih kak...Insya-Allah.
    time kasih la sudi jenguk blog saya...=)
    semoga ukhuwah berkekalan.

    ReplyDelete
  3. salam..buku mmg menarik..setiap ceritanya ade refleksi yg boleh difahami dgn jelas..dulu bce buku ni kt library jer..then rse nk jugk bli..nk buat simpnn dan bacaan ktike berada pada thp motivasi pling rendah..hee~~terbaek..

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam...yupp...buku yg membawa kita kepada pemikiran yg lebih positif....=)

    ReplyDelete
  5. tolong beritahu saya kat mana mahu beli di sekitar selangor / kuala lumpur... sy sudah kehilangan buku ini beberapa tahun lepas.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. boleh bagitahu saya lokasi lebih tpat.... saya amat suke buku ini, dan saya nak jadikan sebagai private collection saya...

      Delete
    2. anda boleh beli online kat bookcafe...
      nie linknya... http://www.bookcafe.com.my/my/bisnes-and-pengurusan-my/entrepreneurship-keusahawanan/setengah-berisi-setengah-kosong.html

      Delete