Powered by Blogger.

SK Kampung Kenang : Satu Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah sekalian....
Alhamdulillah....minggu ini satu lagi program berjalan dengan jayanya. Program yang saya maksudkan adalah program Khidmat Siswa(KHISWA) anjuran SRN UPSI yang diadakan di salah satu sekolah orang asli di Sungai Siput iaitu SK Kampung Kenang. Coretan ini adalah untuk menceritakan saat manis 3 hari 2 malam bersama-sama dengan murid-murid tahun 4,5 dan 6.


Kenangan yang sangat indah dicoretkan. Memulakan perjalanan untuk ke SK Kampung Kenang lebih awal daripada peserta lain disebabkan oleh tugas sebagai AJK Persiapan Tempat yang memerlukan saya menguruskan apa yang patut terlebih dahulu bersama-sama dengan Pengarah Program, kak Ina, Zaq dan Fatma. Sepanjang perjalanan perlbagai tanggapan bermain di fikiran. Tanggapan yang tidak ada ciri "husnu dzon". Minta maaf.

Namun, sesampai di SK Sungai Senang terasa betapa khilaf diri ini kerana memandang rendah infrastruktur yang terdapat di sana. Semuanya lengkap, bersih dan selesa. Penginapan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kami sangat mengagumkan. Terima kasih SK Kampung Kenang. Sambil menunggu semua peserta lain sampai, sempat berbual dengan guru sekolah dan juga bahagian pentadbiran dan beramah mesra ringkas dengan pelajar SK Kampung Kenang.

Pada sebelah malam hari pertama bermulalah kenal-mengenal antara fasilitator dengan murid-murid SK Kenang. Pada mulanya, mereka sangatlah pemalu terutama murid perempuan tetapi selepas mereka biasa mereka jadi semakin aktif. Mereka sangat berdisiplin dan cergas. Boleh dikatakan tahap disiplin mereka sangat tinggi kalau hendak dibandingkan dengan sekolah bandar. Mereka menurut setiap arahan yang diberikan oleh fasilitator tanpa terkecuali walau seorang pun. Tanggapan awal saya, mungkin ada masalah komunikasi antara kami dan mereka. Namun tanggapan itu terlerai sebaik sahaja tengok mereka cepat tangkap setiap arahan yang diberikan oleh fasilitator.

Bagi LDK pertama pada sebelah pagi, saya tidak terlibat. Tidur di asrama yang disediakan. Tapi, pada pandangan saya, mereka sangat "enjoy" LDK yang diuruskan pada sebelah pagi itu melalui bunyi bising daripada hilai tawa serta sorakan oleh mereka. LDK kedua pada sebelah petang pula melibatkan aktiviti "outdoor". Main lontar belon air dan jalan sambil tutup mata. Semua aktiviti tersebut mendapatkan sambutan yang menggalakkan oleh mereka.


Pada sebelah malam pula, aktiviti yang berlangsung adalah Malam Kebudayaan. Fasilitator buat persembahan. Mereka pun buat persembahan dan buat pertama kalinya saya menari di depan orang ramai. Malu jew. Macam robot menari. Ada juga persembahan dikir barat dan nyanyian diiringi petikan gitar oleh fasilitator. Namun, persembahan yang terbaik pada malam itu sudah tentu datang daripada persembahan murid SK Kampung Kenang. Mereka memang berbakat. Mempersembahkan bakat menyanyi pelbagai genre lagu. Kotemperori, lagu inggeris semua mereka boleh. Dan yang paling mencuri perhatian adalah nyanyian nasyid dalam bahasa temiau. Untuk makluman, mereka adalah orang asli suku temiau. Walaupun tak faham apa yang dinyanyi tapi persembahan mereka terbaik pada malam itu.

Selepas habis malam kebudayaan, fasilitator meneruskan LDK yang seterusnya. LDK untuk muhasabah diri. Murid dan fasi diminta mengrafkan skala sedih gembira mereka sejak mereka tadika hinggalah sekarang. Selepas itu, fasilitator menjemput adik2 ataupun fasi sendiri untuk menceritakan apa yang ditulis. Dari peristiwa gembira hinggalah peristiwa sedih. Apa yang sangat membanggakan, mereka menjiwai aktiviti ini. Mereka ketawa tatkala menceritakan peristiwa gembira mereka, mereka menangis teresak-esak tatkala menceritakan peristiwa sedih mereka.

Hari terakhir pula, aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka yang melibatkan murid SK Kenang dan juga sebahagian orang kampung. Sukaneka untuk murid-murid terlebih dahulu dilaksanakan. 4 permainan yang dijalankan. Satu lagi nilai yang ada dalam diri mereka melalui aktiviti sukaneka ini iaitu "teamwork". Semangat berpasukan yang tinggi dan tidak berebut-rebut untuk melibatkan diri dalam satu-satu permainan. Untuk orang kampung pula, dilaksanakan 3 acara iaitu futsal lelaki dan wanita, tiup belon sampai pecah dan acara makan tembikai. Mereka juga sangat bersemangat tidak mengira lelaki atau wanita, tua atau muda. Acara yang paling mencuri perhatian adalah futsal wanita. Golongan-golongan mak berentap bermain futsal. Sangat sporting dan lawak pun ada.


Selepas itu, tibalah acara penutup dan perpisahan. Pembahagian hadiah dilakukan dan perasmian penutup oleh Penolong Kanan Pentadbiran berjalan dengan lancar. Majlis perpisahan yang dijalankan selepas itu benar-benar menjentik emosi mereka dan kami juga sebagai fasi. 3 hari 2 malam sangat sekejap namun meninggalkan ukhuwah yang sangat berharga. Ramai dalam kalangan murid SK Kampung Kenang menangis teresak-esak. Mungkin sedih kerana lepas nie tiada orang yang akan melayan karenah mereka, bergurau senda dengan mereka, bermain dengan mereka dan sebagainya. Namun....."SK KAMPUNG KENANG" sentiasa berada dalam jiwa kami.

Aktiviti kami pula bukan setakat itu sahaja. Ada juga aktiviti sampingan seperti mandi sungai. Disebabkan ada masalah air disebabkan kecurian kabel kami perlu mandi di sungai. Sungai yang sangat bersih kerana dijaga oleh orang kampung. Sejuk, nyaman dan seronok. Musim durian yang melanda Perak bermakna tidak lengkap kalau tidak menikmati buah durian.

Kenangan 3 hari 2 malam di SK Kampung Kenang adalah kenangan terbaik dan juga pengalaman yang sangat baru. Panjang umur berjumpa lagi kita wahai adik2 SK Kampung Kenang. Insya-Allah. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam hidup.


Wassalam.

0 comment:

Post a Comment