Powered by Blogger.

Waktu Muda Datang Cuma Sekali......

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat serta sahabiah sekalian.....

Syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat yang dilimpahi oleh-Nya terutama nikmat iman dan nikmat Islam.

Sudah lama tidak menulis. Lebih kurang dua bulan rasanya. Dari hari pertama cuti semester hinggalah hari ini. Niat mahu menulis tu ada. Ilham pun ada. Tapi jari-jemari rasa berat untuk menekan-nekan "keyboard" laptop ini.

Dua bulan berlalu. Macam-macam isu, macam-macam perkara berlaku, macam-macam isu timbul. Isu yang paling panas sehingga hari ini semestinya pada bahagian politik. Entry kali ini tidak berhajat untuk membicarakan isu tersebut. Entry kali ini mahu mengkritik diri sendiri.


"Muda".
Muda adalah sesuatu yang indah. Muda amnya sinonim dengan badannya yang kuat, otaknya yang cerdas, wajahnya yang cantik bagi yang perempuan dan hensem bagi yang lelaki dan banyak lagilah. Waktu muda semua boleh dikatakan indah. Manakan tidak, berbagai-bagai jenis produk kecantikan dikeluarkan pada masa kini semua tujuaannya adalah sama. Untuk kelihatan lebih muda kerana muda itu menawan. Yang haq tetap haq dan yang batil tetap yang batil. Kenyataan muda tidak boleh diubah walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, persoalan timbul mengenai bagaimana cara kita manfaatkan waktu muda kita.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya adalah muda sebelum tua.

Satu perkara yang boleh dikatakan rapat dengan golongan muda adalah "hedonisme". Tahu apa itu "hedonisme'?
Banyak pengertian kalau nak kutip. Wikipedia dengan maksudnya, kamus dewan dengan terjemahannya. Sedang cerita mudah bicara, hedonisme diertikan sebagai kehidupan yang mementingkan kesenangan dan keseronokan.


Kalau bercakap mengenai kesenangan ini, sepupu dia adalah materialistik. Orang muda pada masa kini suka akan kesenangan. Bagi mereka kalau bercakap mengenai kesenangan apa yang dinampak adalah duit, duit dan duit. Dunia dirajai duit.

Kebanyakkan kita telah terdidik untuk menjadi materialistik. Contohnya mudah. Dari aspek pendidikan. Aspek pendidikan kita boleh dikatakan kurang kepada penghayatan untuk mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini berlaku disebabkan ramai pelajar kita dididik belajar untuk mendapat kesenangan pada masa depan. Senang disini bermaksud senang untuk mendapat kerja. Belajar untuk mendapat kerja bukan belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Satu lagi adalah belajar untuk peperiksaan. Bukan nak kata orang lain. Dakwaan saya ini tidak mampu saya sanggah. Perkara ini terdapat dalam diri saya.

Kalau orang tanya belajar untuk apa, walaupun mulut mengatakan belajar untuk dapatkan ilmu pengetahuan namun pada hakikatnya dalam hati ini semacam terpatri perkataan belajar untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, belajar untuk mendapatkan kerja yang bagus pada masa depan. Semoga Allah S.W.T memperbetulkan hati ini. Usaha kita untuk memperbetulkan tujuan kita adalah memperbetulkan niat kita balik.

Nak tahu niat kita betul atau tidak mudah sahaja. Tengoklah dari segi keikhlasan kita untuk menghadiri majlis ilmu. Sekiranya diri kita hadir dalam keadaan hati yang tawadduk dan senang Insya-Allah ikhlaslah. Sekiranya kita hadir atas sebab arahan, peraturan atau perkara lain bermakna disitu terpancul ketidak ikhlas hati kita.

Berbalik kepada hedonisme tadi, kita mudah hanyut kalau berbicara mengenai keseronokan. Fitrah manusia memerlukan hiburan untuk mengembirakan hati namun sejauhmanakah kita dapat mengawal tahap keseronokan itu. Hiburan tidak salah dari segi Islam kerana Islam bukanlah agama yang mengonkong bahkan Islam adalah agama yang syumul. Lengkap dalam segenap aspek. Yang menjadikan hiburan itu bercanggah dari segi Islam adalah cara kita mengaplikasikan dalam diri kita. Sekiranya apa yang kita lakukan di dunia ini hanya untuk menjadi hamba "hedonisme" ini maka kita akan hilang dua nikmat paling berharga iaitu nikmat Islam dan nikmat iman.

Saya tak mahu berceloteh panjang kerana semakin saya berceloteh semakin melalut entry saya.(Dah melalut dah pun) ^_^. Saya mahu berkongsikan beberapa contoh anak muda yang boleh dikatakan berjaya memanfaatkan waktu muda mereka dengan sebaik-baiknya.

1. Sultan Muhammad Al Fateh


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout.
Subhana-Allah, umur 19 dah berjaya memberi sumbangan yang membanggakan kepada Islam. Jadi sama-sama kita muhsabah diri kita. Apa yang kita buat pada umur kita 19?

2. Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi adalah sebuah kisah mengenai 7 orang anak muda yang tinggi keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Secara ringkasnya, dalam sebuah negara terdapat seorang raja yang zalim yang mengarahkan mereka untuk kufur kepada Allah S.W.T. Suatu hari mereka dipanggil untuk dimurtadkan. Namun asas akidah yang teguh mereka tetap dengan keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Bermakna nyawa mereka bakal teracam. Justeru untuk mengelakkan daripada sesuatu yang tidak diingi berlaku, maka mereka mengambil keputusan untuk tinggal di dalam gua. Dengan kuasa Allah S.W.T, mereka ditidurkan selam 309 tahun. Kisah lanjutnya boleh baca dalam banyak artikel yang ditulis oleh mereka yang lebih arif daripada saya.

Persoalan juga timbul, sejauhmanakan kekuatan tauhid kita kepada Allah S.W.T. Adakah sehebat segolongan orang muda yang digelar Ashabul Kahfi ini?

3. Rachel Corrie


Ringkas sahaja mengenainya. Srikandi kemanusiaan yang meninggal dunia digilis oleh jentolak Israel yang ingin memusnahkan kediaman rakyat Palestin. Kunci utama tokoh ini adalah, perempuan, muda dan bukan beragama Islam tapi berjuang untuk orang Islam atas nama kemanusiaan. Boleh baca selanjutnya pada alamat;


Persoalannya, apakah sumbangan kita kepada Islam???

4. Mark Zuckerberg


Kalau kenal facebook, maka mesti kenal individu ini. Sedikit tersasar dalam memilih individu namun tak salah kita mencontohinya dari sudut positif. Menggunakan waktu muda untuk menjadi yang lebih baik daripada orang lain. Hasilnya kini, beliau mampu tersenyum dengan aset yang bernilai jutaan ringgit.

Pengajarannya, bersama-sama kita buktikan yang orang muda beragama Islam ini orang berkualiti. Buktikan kita juga mampu menjadi seperti mereka atau lebih baik daripada mereka sebabnya Islam adalah agama terbaik. Umatnya juga terbaik.

Ingatlah, hidup muda yang datang sekali bukan untuk "enjoy" tapi untuk menjadi yang bermanfaat.

Tak mampu berhujah lagi panjang. Sekadar entry untuk mengingatkan diri sendiri. Sudah lama tidak menulis, idea pun sudah berkarat.

Setakat ini sahajalah dulu. Yang sudi baca entry ini terima kasih banyak-banyak.

Wassalam.....