Powered by Blogger.

Mencaci Atau Mengkritik?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi menitipkan coretan dalam blog ini. Berbulan-bulan sudah tidak merajinkan jari-jemari untuk memenuhi ruangan blog ini.

MALAS, TAK IDEA, SIBUK?
Mungkin. Tapi itu semua alasan. Hentikan budaya "membangau". Insya-Allah peringatan untuk diri sendiri.

Mencaci atau mengkritik?



Mencaci dan mengkritik seringkali berlaku dalam sesebuah organisasi malah dalam sesuatu gerak kerja sekalipun contohnya semasa mesyuarat pelaksanaan.

Pada pandangan saya kedua-duanya mempunyai definisi yang berbeza. Mengkritik itu perlu dan mencaci itu perlu dijauhkan.

Budaya mengkritik dalam sesuatu organisasi adalah perlu. Ramai yang beranggapan mengkritik ini adalah bersifat "pembangkang". Maka tidak hairanlah golongan-golongan akademik yang memgunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka untuk mengkritik sesuatu dasar-dasar kerajaan terus dicop sebagai "pembangkang". Aduhai. "HANYA DI MALAYSIA".

Mengkritik itu perlu kerana melalui budaya mengkritik ini dapat kita lahirkan satu idea yang berkualiti kerana sesuatu dibahaskan dalam aspek "PRO" dan "KONTRA"nya. Kerana perkara itu baik dan kerana perkara itu tidak baik. Hal ini secara langsungnya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

Menerima kritikan?
Memang tidak semua dapat menerima kritikan. Ada yang cepat melenting. Golongan yang cepat melenting ini sebenarnya mereka telah mewujudkan satu blok pemikiran negatif dan mindanya. Oleh itu, sentiasa positif dalam menerima sesuatu kritikan. Kritikan ini juga sebenarnya bukan sekadar nasihat kerana ianya boleh dikatakan sebagai satu nasihat yang bersifat membina.

Golongan yang tidak boleh dikritik?
Satu lagi masalah dalam mengkritik ini adalah turut diwujudkan golongan yang tidak boleh dikritik. Kritik itu bersifat teguran. Manusia tidak boleh dikritik? Rasionalnya? Maksum sangatkah manusia? Sedangkan Rasulullah S.A.W pernah ditegur. Kalau tidak percaya lihat pada rujukan terutama di bawah ini:

“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Al Tahrim:1
Menurut Imam Bukhari, ayat ini diturunkan disebabkan Rasulullah S.A.W mengharamkan minuman madu untuk menyenangkan hati isteri-isterinya. 

Jadinya?
Nabi itu MAKSUM. Baginda boleh ditegur. MAKSUM sangatkah kita sampai tidak boleh ditegur.

Kritikan yang tidak membina bagi saya itu bukan kritikan tetapi CACIAN.
Cacian tidak sama dengan kritikan. CACIAN bersifat sangat negatif dan dilihat boleh menjatuhkan martabat seseorang terutama dalam sesebuah organisasi dan secara langsungnya boleh mengakibatkan konflik. Maka elakkan MENCACI dan berusaha untuk MENGKRITIK.

Ada yang cakap CACIAN pun baik untuk rangsangan kita.
Pada saya kurang bersetuju kerana CACIAN sedikit sebanyak adakan menjatuhkan MORAL para lawan.

MENGKRITIK itu COOL, MENCACI itu "BoooOOooooo"

Itulah pandangan bersifat peribadi saya antara mencaci dan mengkritik. Ada dialu-alukan untuk MENGKRITIK tulisan saya. Insya-Allah saya akan cuba membuka blok positif dalam pemikiran saya. (^^,)V.

Terima kasih kerana sudi membaca,

Wassalam.

Contengan Jalanan: Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan

Assalamualaikum dan salam ukhuwah penuh tarbiyah buat sahabat serta sahababiah sekalian....

Alhamdulillah, hari ini dengan izin-Nya dapat berkongsikan "review" mengenai buku setelah berbulan-bulan tidak berbuat demikian.

Buku tersebut adalah sebuah novel yang bertajuk CONTENGAN JALANAN karya HLOVATE.


HLOVATE?

CONTENGAN JALANAN adalah karya pertama HLOVATE yang saya baca. Dengan kata lain saya baru berjinak-jinak dengan karya HLOVATE. Mula2nya saya tak thu pun yang HLOVATE nie wujud dan saya juga tak tahu pun yang karya HLOVATE nie karya yang Islamis. Pendekkan cerita, saya kenal novel HLOVATE nie apabila saya tengok satu artikel yang di"post" oleh sahabat muslimah saya mengenai novel HLOVATE. Telahan saya, dah namanya muslimah mesti bahan bacaannya bercorakkan Islamis. Saya tak dapatkan terus novel ini, tapi apabila satu hari saya masuk kedai buku POPULAR tenampaklah novel ini yang disusun bertimbun. Apa lagi terus ambil dan terus bayar.

CONTENGAN JALANAN?

Berbulan-bulan juga buku nie jadi perhiasan kat rak buku saya. Datanglah satu masa dimana mood nak baca novel saya tinggi menggunung. Apa lagi, marathonlah. Mula dengan Rahsia RAHSIA PERINDU karya RAMLEE AWANG MURSYID, diteruskan dengan TAKDIR karya HILAL ASYRAF dan WEIL CHINA karya penulis Asia Barat, EMINE SYENIKOGLU dan sampailah giliran untuk CONTENGAN JALANAN.

Plot novel ini tak bosan. Gaya penceritaan yang santai dengan dialog slang kampung+bandar. Tapi mesejnya yang penting. Mesejnya sangat jelas dan mengetuk iman kita.

Bagi saya, mesej utama tentang novel ini adalah HIDAYAH.

Kisah bagaimana FEND dapat hidayah kisah bagaimana Kdapat hidayah. Kisah adalah satu tapi HLOVATE membelahnya menjadi dua cerita yang saling berkait antara satu sama lain.

Tengok baik-baik "cover" novel dibawah nie...


KISAH FEND KALO BACA MCM NIE.


KALO MCM NIE, KISAHNYA K2

FEND DAN Ksebenarnya sahabat daripada kecil. FEND, namanya sebenarnya Affendi suka sangat gitar FENDER. Kpula sukakan semua alat muzik dan namanya sebenarnya Ku Kamarulzaman. Bersama-sama dalam band mereka yang bernama CREEPY HUES. Kedua-duanya belajar di LIM KOK WING dalam bidang berbeza. Seorang grafik seorang lagi "art". Dan kedua-dua bertemu dengan TUHAN di akhir jalan cerita. Tapi berbeza caranya.

Allah S.W.T adalah pemilik hidayah. Dan hidayah itu bukan diperolehi dengan cara yang sama. FEND dengan caranya dan Kdengan caranya. Walaupun FEND cuba untuk menyedarkan Kmelalui cara yang sama dia mendapat hidayah tapi seperti yang dikatakan tadi, HIDAYAH adalah milik ALLAH S.W.T. Walaupun cara tak sama tapi kedua-duanya akhirnya mengenali tuhan mereka iaitu ALLAH yang SATU.

LIA, THE MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11 TH, CHAD, AUSTRALIA, AKMAL, LIA, TOK ABDUL KADIR, IMAM ZAKARIYYA, BROTHER ADE dan BAPAK TONO dan yang pasti ALLAH S.W.T jualah yang mengerakkan hati FEND untuk menginsafi diri sendiri.

FEND, CONTENGAN FEND, INDONESIA, INDRA dan ALLAH S.W.T jualah yang melembutkan hati Kyang sekeras batu.

Seorang dapat kat AUSTRALIA, sorang lagi kat INDONESIA.

Jadinya, disini HLOVATE mengalakkan kita untuk bermusafir untuk kenal ALLAH S.W.T. Allah pun berfirman dalam Al Quran.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

BAGAIMANA CARANYA?

Dapatkan CONTENGAN JALANAN dan bacanya dengan HATI. ^_^    

Dah la tu kot. Takkan nak tulis sebuah buku, nanti tak syok pula nak baca kan. Jadi dapatkanlah. Bacalah CONTENGAN JALANAN kerana ianya jauh lebih baik daripada membaca novel yang NON-MORALIS.

Untuk HLOVATE, tahniah kerana menghasilkan novel yang dekat dengan jiwa terutamanya kalangan remaja. WALAUPUN saya tak tahu anda nie SAUDARA atapupun SAUDARI. Tahniah juga atas kejayaan novel ini.

FAKTA BUKAN AUTA:
CETAKAN PERTAMA - KEEMPAT(MEI 2011)
CETAKAN KELIMA (JUN 2011)
CETAKAN KEENAM (JULAI 2011)
CETAKAN KETUJUH (SEPTEMBER 2011)

Rupa-rupanya yang saya baca nie adalah CETAKAN yang KE-7. 


SELAMAT MEMBACA. ^_^

IKHLAS DARI SAYA.

ehhh lupa, HLOVATE CAKAP, Iklhas itu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. 
Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu lah tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

WASSALAM.