Powered by Blogger.

Mencaci Atau Mengkritik?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi menitipkan coretan dalam blog ini. Berbulan-bulan sudah tidak merajinkan jari-jemari untuk memenuhi ruangan blog ini.

MALAS, TAK IDEA, SIBUK?
Mungkin. Tapi itu semua alasan. Hentikan budaya "membangau". Insya-Allah peringatan untuk diri sendiri.

Mencaci atau mengkritik?



Mencaci dan mengkritik seringkali berlaku dalam sesebuah organisasi malah dalam sesuatu gerak kerja sekalipun contohnya semasa mesyuarat pelaksanaan.

Pada pandangan saya kedua-duanya mempunyai definisi yang berbeza. Mengkritik itu perlu dan mencaci itu perlu dijauhkan.

Budaya mengkritik dalam sesuatu organisasi adalah perlu. Ramai yang beranggapan mengkritik ini adalah bersifat "pembangkang". Maka tidak hairanlah golongan-golongan akademik yang memgunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka untuk mengkritik sesuatu dasar-dasar kerajaan terus dicop sebagai "pembangkang". Aduhai. "HANYA DI MALAYSIA".

Mengkritik itu perlu kerana melalui budaya mengkritik ini dapat kita lahirkan satu idea yang berkualiti kerana sesuatu dibahaskan dalam aspek "PRO" dan "KONTRA"nya. Kerana perkara itu baik dan kerana perkara itu tidak baik. Hal ini secara langsungnya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

Menerima kritikan?
Memang tidak semua dapat menerima kritikan. Ada yang cepat melenting. Golongan yang cepat melenting ini sebenarnya mereka telah mewujudkan satu blok pemikiran negatif dan mindanya. Oleh itu, sentiasa positif dalam menerima sesuatu kritikan. Kritikan ini juga sebenarnya bukan sekadar nasihat kerana ianya boleh dikatakan sebagai satu nasihat yang bersifat membina.

Golongan yang tidak boleh dikritik?
Satu lagi masalah dalam mengkritik ini adalah turut diwujudkan golongan yang tidak boleh dikritik. Kritik itu bersifat teguran. Manusia tidak boleh dikritik? Rasionalnya? Maksum sangatkah manusia? Sedangkan Rasulullah S.A.W pernah ditegur. Kalau tidak percaya lihat pada rujukan terutama di bawah ini:

“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Al Tahrim:1
Menurut Imam Bukhari, ayat ini diturunkan disebabkan Rasulullah S.A.W mengharamkan minuman madu untuk menyenangkan hati isteri-isterinya. 

Jadinya?
Nabi itu MAKSUM. Baginda boleh ditegur. MAKSUM sangatkah kita sampai tidak boleh ditegur.

Kritikan yang tidak membina bagi saya itu bukan kritikan tetapi CACIAN.
Cacian tidak sama dengan kritikan. CACIAN bersifat sangat negatif dan dilihat boleh menjatuhkan martabat seseorang terutama dalam sesebuah organisasi dan secara langsungnya boleh mengakibatkan konflik. Maka elakkan MENCACI dan berusaha untuk MENGKRITIK.

Ada yang cakap CACIAN pun baik untuk rangsangan kita.
Pada saya kurang bersetuju kerana CACIAN sedikit sebanyak adakan menjatuhkan MORAL para lawan.

MENGKRITIK itu COOL, MENCACI itu "BoooOOooooo"

Itulah pandangan bersifat peribadi saya antara mencaci dan mengkritik. Ada dialu-alukan untuk MENGKRITIK tulisan saya. Insya-Allah saya akan cuba membuka blok positif dalam pemikiran saya. (^^,)V.

Terima kasih kerana sudi membaca,

Wassalam.