Powered by Blogger.

Penyebab Yang Mengubah Hala Tuju

Realitinya kita akan terkenang sesuatu apabila ianya telah pergi. Contoh mudah apabila kita tengok budak-budak sekolah yang pakai baju sekolah dan berjalan pergi atau balik ke sekolah. Ada yang suka buka dialog "Aishhh...bestnya kalau dapat pergi sekolah balik". 

Tapi dialog yang sebaliknya berlaku apabila kita bergelar mereka. "Bilalah nak habis sekoalah nie. Kerja sekolah bertimbun. Kena bangun awal. Kena pakai seragam sekolah"

Hal yang sama lebih-lebihlah lagi kalau bukan setakat memandang budak sekolah. Tapi berada bersama dengan budak sekolah. Senang cakap, gelaran "internship's teacher" katanya Abraham Lincoln. Kalau Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim sebutnya sebagai guru pelatih.

Dan tatkala mengingati zaman sekolah nie, benda yang paling tak dapat dilupakan adalah satu penyebab yang mengubah hala tuju.
Apabila bergelar budak sekolah, benda yang tak pernah selesai adalah main-main. Sebab main-main inilah juga hala tuju jadinya tak pernah jelas. Main-main masa PMR maka keputusan peperiksaan nyaris-nyaris dalam zon "dinasihat bertukar sekolah". Main-main masa SPM pula membawa kepada keputusan peperiksaan yang tidak berada dalam zon "diterima masuk universiti".

Tapi, masih lagi diterima untuk menduduki STPM. Tapi...main-main tu masih lagi tak pernah selesai. Tingkatan 6 rendah...main-main. Terbuai-buai dengan statement "aku baru 6 bawah. STPM lambat lagi". Lepas tu menginjak pula 6 atas, sekali lagi terbuai dengan statement "baru awal tahun. study last minute" baru masuk.

Maka dengan itu, hari demi hari, bulan demi bulan...bermain dan terus bermain. Nak dipendekkan cerita, dijadikan satu cerita yang membawa kepada penyebab berubahnya hala tuju. Kenapa penyebab? Sebab hakikat sebenar yang datangkan cerita tu adalah tak lain tak bukan Allah S.W.T.

Ceritanya:
Alkisah suatu petang ketika kelas tambahan untuk subjek Makroekonomi. Maklumlah ekonomi. Apabila otak dah block dengan kata ekonomi nie subjek susah maka sepatah cikgu ajar pun takkan masuk. Maka, disebabkan keboringan untuk menghabiskan kelas tambahan itu macam-macam benda dibuat yang of course cikgu yang mengajar kat depan tu tak suka.

Dan benda yang dibuat berkali-kali dan ditegur berkali-kali oleh cikgu adalah bercakap semasa cikgu mengajar. Tegur sekali...senyap pun sekali. Bercakap balik. Cikgu tegur sekali lagi. Senyap kejap. Bercakap balik.

Last-last dengan menggunakan pedagogi yang tak pernah aku belajar dalam universiti, cikgu ekonomi tersebut pun mengambil keputusan mengangkut bukunya dan keluar daripada kelas.

Haaaaaa! Padan muka! Baru tahu sekarang!

First, rasa bersalah dengan cikgu tadi.
Second, kena maki dengan satu kelas petang tu. Aishhh! 

Mulai detik dan saat itu, lepas sahaja minta maaf dan berjanji dengan cikgu tadi takkan buat lagi maka keputusan Ekonomi pun bertambah baik. Dan baru tahu yang subjek ekonomi sebenarnya senang je sebenarnya. Cuma yang membuat subjek ini susah adalah penolakan. 

Kesannya juga bukan pada subjek ekonomi semata-mata. Jangkitannya merebak kepada subjek-subjek lain terutamanya Sejarah.

Moral of the story,
1. Keberkatan daripada seorang guru sebenarnya teramat-amat besar. Dia buat satu perkara yang menjadi titik penyebab untuk sesorang berubah. "He's my change button".
2. Dengan bergelar cikgu walaupun sekadar cikgu pelatih, barulah dapat menyelami hati seorang guru itu.

TERIMA KASIH CIKGU!!!



Suka & Benci ::: Baik & Buruk

"Cikgu...cikgu memang minta jadi cikgu ke?" soal seorang murid masa relief satu kelas beberapa minggu lepas.

"Errr..." cikgu tergagap-gagap. Dilema nak beritahu yg sebenar atau nak sembunyikan hakikat sebenar. Ahhh...lantaklah. "Emmm...tak. Cikgu nak jadi...err...tukang masak"

Beberapa hari lepas, soalan ini kelmarin ditanya. "Cikgu...cikgu memang minat jadi cikgu ke?"

"Tak...cikgu nak jadi tukang masak macam Ina Garten" kali ini menjawabnya agak konfiden sebab dah ada pengalaman.

Hari ini, terbaca la pula satu artikel daripada Ustaz Hasrizal Abu Jamil. Tak nak mengulas. Boleh baca sendiri pada pautan ini >>> http://saifulislam.com/2013/07/antara-orang-agama-dan-orang-beragama/.

Neuron otak cuba mengabung jalinkan kesemuanya. Maka terlintaslah pada satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Negeri 5 Menara yang ditonton masa raya puasa lagi. Filem daripada tanah seberang, Indonesia.


Ceritanya tentang seorang budak lelaki yang punya impian untuk menyambung pelajaran di suatu tempat. Tapi pilihannya itu tidak dipersetujui oleh si emak yang lebih cenderung untuk menghantar anaknya belajar di sebuah sekolah beraliran agama.

Nak tak nak, si anak kena hormatlah juga keputusan si ibu. Belajar punya belajar dengan segala bagai pengalaman ditempa, akhirnya si anak itu nekad untuk menelefon ibunya untuk memberitahu yang dia mahu tukar sekolah. Dia mahu ke sekolah impiannya itu.

Adakah si ibu melenting marah?
Tak...si ibu hanya cool. Jawapan si ibu yang saya siap salin dan tampal kat desktop guna stick note. Kata si ibu "tempat belajar memang penting tapi kesungguhan hati jauh lebih penting". 

Kenapa ibunya memberi jawapan sedemikian? Beza dengan cara yang digunakan pada peringkat awal iaitu menentang habis-habisan keputusan si anak. Dan mana satu yang lebih tepat?
Secara peribadinya, dua-dua pendekatan yang diambil oleh si ibu adalah tepat. Peringkat awal si ibu mengambil pendekatan lebih tegas kerana dia tahu yang si anak masih belum matang untuk membuat keputusan.

Manakala untuk pendekatan yang kedua pula pada saya, si ibu sudah cukup matang untuk berfikir. Sebab itulah si ibu hanya menjawab dengan jawapan untuk si anak berfikir. Mudah kata, pendekatan awal, jawapan si ibu bersifat objektif. Manakala pendekatan kedua bersifat subjektif.

Disini juga, dapat kita lihat pada cara mengurus konflik antara ibu bapa dengan anak. Ada kala bertegaslah carannya. Adakalah diplomasilah caranya. Sebab itulah, Islam menganjurkan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Okay...habis disitu.

Sebenarnya, cerita ini terlalulah dekat dengan benda saya lalui dalam hidup. Cerita 11 tahun lepas dengan cerita 4 tahun lepas.

Version yang 11 tahun lepas adalah...emak saya nak hantar saya sekolah agama. Tapi saya memilih untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Emak saya hormat keputusan saya. Dan sejujurnya, saya tak mampu menjadi orang yg jelas matlamat hidup sepanjang 7 tahun di sekolah itu. 

Version yang 4 tahun lepas pula. Saya nak pilih UITM untuk jurusan kulinari tapi emak saya minta pilih UPSI untuk jurusan pendidikan. Kali ini, saya pula hormat keputusan ibu saya walaupun hati masih berbelah bagi. Dan, saya semakin jelas dengan matlamat sebenar kehidupan ini. Tambah-tambah lagi dengan pengalaman praktikum yang menjadikan mengajar itu melekat dalam jiwa saya.

Moral of the story yang saya nak sampaikan melalui cerita Negeri 5 Menara campur dengan cerita saya ini adalah:

Al Baqarah, 02;216:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Si anak tadi pada mulanya tak suka dengan pilihan ibunya, tapi hakikatnya itulah yang terbaik untuk dirinya.

Dan saya...saya belajar yang pengalaman pertama saya itu Allah nak bagi pengajaran bahawa benda yang suka bukanlah terbaik untuk diri saya. Manakala untuk version kedua pula, Allah nak beritahu saya bahawa benda yang saya tak suka adalah sangat terbaik bagi saya.

Tamat...

p/s: memasak itu masih kekal sebagai minat tapi bukan prioriti. Kalau setakat moist chocolate cake, carrot cake, apple cake, tomyam tu masih ada rupalah. Hias cupcake pun masih boleh dikategori sebagai cun....heeee! 

Wassalam.

Projek Peta Minda KOMSAS 2RK2

HEMODIALISIS


NABILAH



ZAINUDDIN


FARIS


AYU ARDILLA


ZAKWAN


AIMAN FAIZ


FATIN


AMIRUL IMRAN


TASNIM


ALIF


DAYANG


AFIQAH


HAIQAL


NILAM


IZZANA SOFIA


FARAH


ASYRAF


SABRINA


IFFAH

Mesir & Rakyatnya Yang Kuat!

Bulan dah nampak separuh. Maksudnya dah seminggu lebih bulan Syawal berlalu. Encik Ustaz bertukar pandang daripada kiri ke kanan. Daripada kanan bergerak pula ke kiri. Tersedar! Rupanya-rupanya para pendengar dah membentuk separuh bulatan dengan ustaz duduk tengah-tengah. 

Ahh! Dah macam duduk dalam "Happy Circle". Tetiba je rasa rindu pada usrah walaupun masa kat kampus dulu punyalah gaduh bagai dengan nafsu dengan syaitan sebab tak berapa nak kamceng. 

Kuliah Maghrib yang dah lebih seminggu bercuti kembali bersambung. Hurai pasal satu kitab yang dah lupa namanya.

Tajuknya pula berkenaan dengan "kuasa dalam pemerintahan" dan banyak berkisar berkenaan dengan satu gerakan Islam yang dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau Reuters atau New York Post selalu guna nama Muslim Brotherhood. Sinar Harian atau Berita Harian pula guna Ikhwanul Muslimin.




Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir sekali lagi dihamparkan dengan duri-duri tajam bak kata Syed Qutb. Kali ini durinya versi Abdel Fattah el-Sisi. Ketua Tentera kat sana. Orang awam yang tak mengira usia, jantina yang berhimpun diserang. Serang bukan setakat dengan Water Cannon atau Gas Pemedih Mata tapi peluru hidup.

Konflik bermula dengan R.I.P Democracy. Presiden yang sah dipilih melalui pilihan raya, Muhammad Mursi digulingkan, ditangkap dan sekarang tak tahu diletakkan dimana. Jadinya, rakyat mula berhimpun sebagai langkah protes kepada tindakan tindakan tentera dan meminta supaya kuasa dikembalikan kepada yang sepatutnya.

Lebih sebulan mereka berhimpun termasuk sebulan dalam bulan Ramadhan dan serangan tentera kepada rakyat yang tak bersenjata beberapa hari lalu menjadi klimaks kepada krisis ini.

Sebenarnya, benda begini bukanlah benda baru bagi politik di Mesir. Pertembungan antara haq dan batil yang hebat di Mesir nie berlaku sejak zaman Firaun VS Nabi Musa a.s.

Dalam skop perjuangan Ikhwanul Muslimin pula, mereka dah melalui segala macam jenis pengkhianatan, penyeksaan, pembunuhan dan segala bagai lagi. Imam Hassan Al Banna ditembak, Syed Qutb meninggal di tali gantung, Zainab Al Ghazali yang diseksa secara brutal di penjara (diabadikan dalam sebuah buku yang bertajuk Hari-Hari Dalam Hidupku) adalah beberapa duri tajam versi Jamal Abdul Nasser.



Hanya satu rangkap perkataan yang mainstream untuk mengambarkan rakyat Mesir atau Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang berada dalam jalan haq untuk isu ini iaitu, "DUGAAN YANG HEBAT HANYA UNTUK ORANG YANG HEBAT"

Ya, rakyat Mesir termasuklah geng-geng Ikhwanul Muslimin dah meletakkan standard mereka tersendiri dalam perjuangan menentang kebatilan. Imbas kembali daripada apa yang diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Surah Al Baqarah, 02:186:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya... 

Allah S.W.T pilih mereka untuk menerima mehnah ini sebab diorang dah sedia maklum mampu. Kalau tak percaya, boleh tengok sendirilah dengan mata kepala. Semakin ditekan diorang semakin menekan. Tak ada istilah mengaku kalah dalam hidup mereka. Sebab yang mereka mahukan adalah kemenangan.

Kemenangan tersebut adalah mati syahid atau hidup mulia. Nak hidup mulia pula dah tentulah dengan dapat meletakkan syahadah al haq di tempat paling tinggi.

Insya-Allah, kemenangan ini PASTI walaupun kita tak tahu bila. Dan kemenangan juga semakin hampir. Kemenangan juga bukan suatu proses yang retorik yang hanya ditunggu seperti tunggu buah durian jatuh ke tanah.

Nak menang kena ada usaha. Katanya Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk Al Ghuraba':

...seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (kejayaan) aku... Bukanlah seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (sejarah) ayahku... Sesungguhnya kemenangan atas usaha kita pada hari, akan merealisasikan cita-cita hari esok. Ia akan tercapai dengan sikap kesungguhan bukan gurauan, dengan berusaha membina bukannya merobohkan, dengan amal dan berpetunjuk bukan hanya jeritan kosong...

Sekali lagi ungkapan mainstream, "Allah tengok pada usaha bukan kejayaan".  And a victory is a gift from Allah S.W.T.

Quote pasal kemenangan daripada Yasmin Mogahed untuk direnungkan bersama:

When did victory come?
When they admit defeat.
Not to the creation.
To God.
The victory came.
Not from the creation.
From God.
[Yasmin Mogahed menyertakan rujukan, (54:10-15), (21:87-88), (7:23), (21:83-84)]

#pray4Egpyt

Dalam Berpuluh-Puluh Hantu Ada Satu Yang Bukan: Sirat Al Mustaqim

Ku tekan remote...hantu. Ku tekan lagi...hantu. Tekan lagi...hantu! Arggghhh! Stress! Hari Raya dah bertukar jadi macam Halloween Day.



Bulan syawal yang paling banyak syaitan hantu bagai. Tu masuk lagi yang spesis hiburan yang ntahapaapantah dan tak boleh dibuat makan otak.

Neuron pun dikerah. Nak juga cari siaran yang boleh mengisi kekosongan malam. Heeee! Padahal boleh je buka buku baca. Tak pun buka youtube, dengar Ustaz Azhar. Tapi mood tak ke arah itu. 

Maka dengan menggunakan formula mudah. Al Hijrah! Konfem tak ada hantu. Dan keputusannya tak mengecewakan. Telefilem Melayu tengah bersiaran. Tajuknya "Sirat Al Mustaqim". Trailer boleh tengok kat bawah:



Plotnya mudah. Taklah serabai macam plot "Slumdog Millionaire". Wataknya pun tak banyak. Watak utama ada 4 (nenek, ibu, anak, pesakit cilik), watak pembantu ada sorang (encik nelayan) dan beberapa orang nurse yang jadi pelengkap jalan cerita.

Untuk sinopsis, secara ringkasnya telefilem ini mengisahkan tentang si ibu yang janda(lakonan Raja Farah) ada seorang anak dan seorang ibu. Si ibu yang terlalu sayangkan anaknya hingga meletakkan sepenuh jiwa dan raganya pada si anak.

Nak pendek cerita, suatu hari, si nenek bawa si cucu pergi memancing tanpa pengetahuan si ibu. Nak jadi cerita pula, tiba-tiba si cucu jatuh ke laut dan lemas. Tak meninggal dunia tapi mengalami komplikasi pada otak hingga menyebabkannya koma.

Maka, si ibu pun salahkanlah si nenek merangkap maknya pasal tak dengar cakap dia untuk tidak bawa si anak turun laut. Sebab dia tak bagi anak dia turun laut sebenarnya dia bimbang benda sama yang dialami lakinya berlaku pada anaknya.

Masa kat hospital jumpa pula dengan pesakit cilik yang bertaraf hafizah. Budak nielah banyak beri kesedaran kepada si ibu yang benda yang berlaku datang daripada Allah S.W.T. Cara dia bagi kesedaran adalah dengan satu demi satu rangkaian ayat-ayat Al Quran.

Selanjutnya, tontonlah sendiri. Sumbernya pandai-pandailah cari sendiri ya. >_<

Jadinya kat sini juga, nak selitkanlah benda-benda yang menarik yang sempat ditangkap oleh kepala nie.

Pertama:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetaplah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Al-Insyirah 5-6)

Dulu, masa mula-mula baca ayat nie ingatkan yang Allah nak bagitahu bahawa di hujung kesukaran tu akan wujudnya kemudahan. Macam pelangi yang tiba lepas hujan lebat + petir sabung menyabung.

Selepas dengar penjelasan daripada...lupa! Yang pasti antara Nouman Ali Khan tak pun Yasmin Mogahed. He/She terangkan yang ayat nie, Allah nak bagitahu kat kita yang kemudahan dan kesukaran itu hadir at the same time. That whylah dalam ayat nie guna perkataan "disertai" bukannya "selepas". Disertai adalah "with" kalo kot omputih manakala "selepas" adalah "after". 

Maknanya tengah-tengah hujan dan ribut petir tu sebenarnya adalah kemudahan yang selalu kita lupa nak fikir. Nampak ujian tu semua "bala-bala-bala".

Dah terbang jauh ke angkasa, kita kembali semula ke bumi. Kaitkan pula dengan scene telefilem nie. Semasa duk menunggu si anak yang koma, si ibu berkenalan si hafizah yang cilik. This is what I mean. Dalam tengah-tengah kusut Allah bagi kesukaran kat si ibu tadi, Allah datangkan sekali kemudahan iaitu melalui perkenalan dengan si hafizah cilik yang banyak menyedarkan dia tentang makna "dugaan" daripada Allah.

Kedua,

Tak banyak filem, telefilem, atau drama bagai yang mengaitkan jalan cerita dengan ayat-ayat Al Quran. Dan cerita ini buktikan yang mesej itu sebenarnya boleh disampaikan dengan cara patuh syariah. Tak ada ikhtilat, aurat dan benda-benda yang sejenis dengannya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Akhir tulis, semoga Allah kurniakan rahmat kepada pelakon dan segala yang terlibat dalam menyampaikan mesej melalui filem ini dan terus istiqamah menyeru kepada kebaikan melalui bidang yang dipilih.

Wassalam....

ANTHEM: Sebuah Irama Syahadah



Assalamualaikum...

Fuhhhh! Sudah lama dah tak mengulas buku. Walaupun, blog nie taklah sehebat New York Times ataupun Kirkus Review tetapi masih ada juga si "Abdullah" yang sudi baca. Terharu rasanya. Heeeee!

Dah yang jadi mangsa untuk kali ini adalah...
ANTHEM! Novel terbaru yang ditulis oleh HLOVATE selepas CONTENGAN JALANAN.


Macam biasa. HLOVATE masih tak lari dengan karya yang guna formula JAHIL > HIDAYAH > FITRAH. Formula ini hanyalah rekaan dan tanggapan peribadi. Takde kena mengena yang hidup ataupun yang meninggal dunia.

Teknik membina plot. Perkara yang paling utama di peringkat awal adalah "PERMULAAN". Benda yang paling asas pada peringkat ini sudah semestinyalah memperkenalkan watak-watak utama. Main character untuk cerita ini adalah a third culture kid, Nur Dashrin Dania atau Dash! Dan kalau dah ada bunga, mestilah ada juga kumbangnya. Sebab itu adalah fitrah! Kalau tak caya boleh rujuk dalam salah satu ayat dalam Al Quran. At-Taubah, ayat 71. Watak untuk di kumbang pula adalah Badlee atau Lee.

Pada awal cerita ini banyak berlatarkan berkenaan dengan orkestra. Dash join! Lee pun join! Cuma bezanya Lee lebih senior dan kuasanya lebih besar daripada Dash. 

Pada awal cerita, dikisahkan dengan perangai Dash yang suka ikut kepala sendiri. Tak suka dengan peraturan. Hidup untuk enjoy dan segala bagailah. Maklum sajalah. Dia pun anak konsulat yang hidup nomad. Sekali di US. Sekali di India. Sekali di Turki.

Pendek cerita, si Badlee nie lah yang banyak kali jadi asbab untuk membentuk perangai Dash. Dash yang dulunya suka ikut perangat sendiri, jiwa kacau, suka memberontak tapi lama kelamaan mula terbentuk ke arah yang lebih positif. Positif tapi tak Islamis.

Tambah lagi apabila dia follow Young Caliph Camp dan kenal dengan Kak Jiji maka bermulalah titik untuk dia kembali kepada fitrah.

Mengikut perkiraan kepala hamba, tulang belakang kepada penceritaan ANTHEM ini adalah tentang pendidikan. Atau dengan kata lain adalah tarbiyah. Mudah kata, cuba renung hadis kat bawah nie:
Seorang bayi tidak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan ia berada dalam kesucian (fitrah). Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi. (Sahih Muslim:4402)
Hlovate nak sampaikan kat kita bahawa pendidikan itulah yang membentuk kita. Suasana, persekitaran, mak bapa, kawan-kawan dan lain-lain. Dan dengan pendidikan jugalah yang akan mengembalikan kita kepada fitrah. 

Fasa seterusnya novel ini adalah fasa Dash yang dah beransur berubah lepas balik camp. Satu demi satu dia belajar. Kemudiannya dia dapat futher ke London. Dia kenal pula dengan Kak Trisy. Senyum sedas bila dengar watak kak Trisy. Kalo nak tahu, Kak Trisy nie watak utama dalam Rooftop Rant. Trisy yang berpenyakit dan kena makan benda manis sentiasa.

Part paling menarik adalah fasa Dash dengan Lee couple tapi tak lama kemudian break. Sebabnya masa Dash mula declare dulu dia tak tahu yang benda nie...HARAM! Tapi lepas dia tak tahu dia rasa benda nie salah and then...break-up dengan cara tak berapa cantik sebab si Badlee tak dapat terima. Dan yang paling best sekali part nie adalah pada prinsip Dash. Dia tak terbawa-bawa kepada emosi sebab matlamat dia dah pun jelas. Allah S.W.T 

Point HLOVATE nak sampaikan disini adalah pentingnya pada prinsip. Ya. Prinsip! Berpegang dengan prinsip Islam. Buatlah nak buat apa pun. Tapi kalau bercanggah dengan Islam kena cepat-cepat tinggal. Itu prisip yang kena ada.

Overall the story...BEST tapi masih stick with CONTENGAN JALANAN.

Dan secara peribadinya, mesej utama dalam novel ini adalah mengangkat mesej yang disampaikan oleh Al Maududi dalam karyanya, PERANAN PELAJAR DALAM MEMBINA DUNIA. Cumanya tukar dalam bentuk penceritaan.



Buku ini sememangnya daripada HLOVATE dan sangat sesuai untuk STUDENT.

Tulah kot serba sedikit tentang review.
Review ini berdasarkan pemikiran peribadi.
Jadinya, beli dan baca.
Mungkin mesej yang kita perolehi berbeza.
Sebab, hakikatnya manusia itu berbeza.

Wassalam.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!

"Sukri! Baca doa hari nie"

"Haaa! Baca doa?" mulut terlopong. Pekehal suruh aku baca doa. Orang lain ramai lagik kot! Sebelah diri berkata-kata. Sebelah lagi katanya, nielah kot peluang untuk pupuk keyakinan diri. Ok! Challenge accepted!


"Insya-Allah" riak masih lagi cuak. Tangan menerima teks doa.

Semasa di perhimpunan.

"Sekarang saya mempersilakan pengawas yang bertugas untuk membacakan doa"

Sudah! Jantung dah macam hilang dalam badan. Nak tak nak, dah sanggup maka kena jugalah melangkah. Dengan kakinya terketar-ketar. Aduh!!

"Bismillah..." mulalah baca doa. Sampailah satu part."Aiyakkk! Macam mana nak baca ayat nie" muka mula gelabah. Ketarnya makin bertambah-tambah. Lutut, kaki, badan. Segala bagailah. Dewan dah sunyi sebab menunggu rangkap doa seterusnya dibaca dengan segala mata tengah pandang. Daripada pengetua sampai adik-adik form 1.

Tenang Sukri. Istifar! Ada bunyi kata-kata daripada stage. Maknanya daripada cikgulah tu nak suruh tenang. Makanya istifarlah dulu sekejap. Dan...yeah! Dapat juga baca sampai habis dan cepat-cepat turun ke pentas.

Belakang ke pentas, dapat call pula daripada ustazah katanya "Awak baca doa banyak salah tajwid".

"Ok fine!" taklah kata macam tu kat ustazah. Redhalah kena komen. Mulai hari itu dah tobat, takkan lagi  aku jejak atas pentas nie. Atau bercakap kat depan lagi!

Begitulah alkisahnya empat atau lima tahun yang lalu. Dan sekarang! 

Ahaksssss!!! Tobat hanya tinggal tobat. Aku dah pun selamat bergelar guru praktikum di SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban yang mengikut jadualnya, hari-hari kena bercakap kat depan. Siap tambah pakej kena belajar pedagogi untuk urus kelas, kawal tingkah laku murid-murid dan yang paling mencabar sekali nak bina hubungan dengan murid-murid. 

Pengajarannya disini,
Allah knows best.
Dia lebih tahu apa yang terbaik bagi kita.

Susah memang susah tapi ambillah sebagai cabaran bukan halangan.
Trust what Allah S.W.T says, "setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan".
Yasmin Mogahed mengulas ayat ini dalam bukunya "Reclaim Your Heart" katanya, kemudahan itu bukan hadir apabila kesusahan pergi.
Tapi sebenarnya, dalam kesusahan itu ada sebenarnya kemudahan.
Dan, dalam kemudahan itu ada juga kesusahan.

Dan kena juga letak dalam diri bahawa "apa yang Allah letak pada diri sekarang adalah atas kemampuan diri"
DIA takkan uji kalau kita tak sesuai dengan ujian-Nya. Jadinya, benda yang tengah dilalui sekarang ini terang tang tang mampu untuk hadapi.
Cumanya, nak atau tak nak je. Sekian!

p/s: Ahhh! tetiba lagu Tegar terngiang-ngiang dalam kepala! Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang! Heeeee!

Kenapa Perempuan Memilih Kereta?

Assalamualaikum...

Seperti biasa, rutin harian  jam 7.00 pagi dah kena bertolak ke STAD untuk berkhidmat sebagai internship's teacher. Sebabnya 7.16 punch card akan bertukar warna kepada merah.

Dalam perjalanan ke sekolah tetiba kepala terfikir tentang satu persoalan. "kenapa perempuan lebih ramai menggunakan kereta daripada motosikal?". Benda nie timbul sebenarnya sebab tengok kat Seremban nie ramai pemandu perempuan. Tak de kaitan dengan Adab Perpatih ya. Jadinya, persoalan ini terus ditanya kepada orang belakang a.k.a pembonceng.



Jawabnya, "Perempuan tu suka guna kereta sebab dia rasa lebih selamat?"

Ya. Fitrahnya, perempuan itu perlu kepada perlindungan dan apabila kita bercakap tentang perlindungan sudah semestinya, Allah lah sebaik-baik pelindung.

Tetapi, sunnatullahnya Allah mendatangkan asbab untuk menjadi pelindung kepada wanita. Rasulullah sendiri pun didatangkan oleh Allah dengan ramai pelindung. Keluarga baginda iaitu Saidina Hamzah, sahabat baginda seperti khalifah berempat, isteri baginda dan ramai lagi.

Kembali kepada topik asal. Apabila bercakap pelindung kepada wanita, pada pendapat saya terdapat dua watak penting yang memikul tanggunjawab ini.

1. Lelaki
2. Diri Sendiri

Lelaki...
Saya mahu tanya kepada perempuan di luar sana. Mana yang lebih anda rasa selamat untuk bersama anda? Seorang ibu atau seorang ayah? Sudah semestinya seorang ayah. Lainlah kalau mak dia tu macam Wonderwoman, Catwomen tak pun si Storm dalam X-Men.

Tapi kadang-kadang perempuan ini suka cari perlindungan yang tak selayaknya. Sebelum akad nikah bermakna tugas melindung adalah milik ayah. Selepas akad nikah, statusnya akan bertukar kepada suami. Ayah itu boleh juga ditukar kepada mahram lain seperti abang, atok dan yang sama waktu dengannya.

Jadinya, mana letaknya boyfriend versi coupling?
Tak ada. Tak termasuk dalam list pelindung. Sebabnya, sah-sah dia melanggar syarak dan itu bukan lagi melindung tapi menjahanamkan. Pelindung maksudnya kalau menurut Kamus Dewan Edisi 4 adalah orang yang memberi perlindungan.

Perlindungan apa yang diberi kalau trang tang tang pegang, peluk, cium bagai? Apabila bercakap mengenai melindung sudah semestinya kita tengok pada yang jauh iaitu akhirat bukan dunia semata-mata.

Diri sendiri...
Hakikatnya manusia itu lemah. Datang dan pergi! Seperti yang dikatakan tadi, "Allah jugalah sebaik-baik pelindung" kerana sifat Allah itu kekal. Jadinya, melindung itu tidak perlu diletakkan seratus peratus kepada lelaki. Melindung itu perlu juga pada ada pada diri sendiri?

Cara nak menjaga diri sendiri?
Pelajarilah ilmu dan kamu akan tahu cara untuk menjaga diri sendiri. Ilmu yang dimaksudkan disini bukan BM, Kimi, Fizik yang sekular tapi ilmu yang membawa dunia menuju ke akhirat. Dan akhirat itu semestinya syurga. Sebab ada je ilmu yang tetap bawa kita ke akhirat tapi terjun ke neraka.

Kalau tak pandai jaga diri sendiri maknanya kita tak ubahlah macam kayu balak. Tak boleh nak buat apa-apa kalau orang nak datang tebang. Sekurang-kurangnya, ambillah iktibar daripada ikan buntal yang ada juga self-defensing. Maknanya tak mudah untuk orang menangkapnya.



Itu sajalah kot mood mengarut malam nie...
Again,
This is just an my opinion,
Jadinya saya tak minta anda setuju.
K...bai!!!

DP is stand for DOMINO PIZZA

Assalamualaikum...


Tak makan doesn't mean kita boikotkan?

Mahu menulis sesuatu berkenaan dengan kegilaan kita terhadap fast food ataupun makanan segera. Apabila saya maksudkan makanan segera di sini adalah yang jenis Mc'D, Pizza Hut dan segala yang sama waktu dengannyalah.



Mc'D kita tahu yg dia SUPPORT that Y word. Jadinya atas kesedaran dan tanggungjawab masing-masinglah nak boikot ke tidak. 

Boikot bukan maksudnya benda tu tak halal tapi ada certain faktor yang menyebabkan kita boikot. Kita boikot. Ada yang boikot Mc'D sebab dia support si Y. Yang paling latest, ada yang meminta untuk boikot YUTA punya kurma disebabkan daripada Iran yang majoritinya Syiah.

Sekali lagi saya tegaskan, atas kehendak masing-masinglah untuk boikot atau tidak. Dan kita tak layak nak memperkecilkan usaha mereka. Mungkin yang dia buat ada nilai di sisi Allah S.W.T.

Okay, back to 'fast food' again!!!
Saya mengkhususkan kepada makanan tersebut sebabnya saya rembat dan baham je segala jenis makanan tak berkhasiat. Pringles, Mister Potato, Wall's Royale dan segala bagailah. Tambah-tambah di bulan puasa nie.

Apa yang saya nak cakap kat sini berkenaan 'fast food' ini adalah cara kita memandangnya. Dan apabila bercakap dengan cakap kita memandangnya, ianya sudah tentu berkaitan dengan pembawaan cara kita berfikir.

Saya nak tegaskan disini, Mc'D, Pizza Hut, Old Town, Domino PIZZA is NOT FOOD FROM HEAVEN! Jadinya tak perlulah terlampau tergila-gilakan jenama. Makanan tu okay tapi jangan sampai taksub.

Taksub sampai tengok PAPAN TANDA KEDAI pun dah meleleh-leleh air liur. Dengan mata bersinar-sinar bagai. Tak kurang juga dengan statement "Wowww...Domino", "Wooow...KFClah!". Tak masuk lagi yang jenis wajib seminggu sekali makan atau tak sedap hati kalo tak pekena. Kita telah di McDonalisasikan.

Ini hanya pendapat peribadi dan saya tak minta anda bersetuju pun. 
Tarawih dulu.

Salam.

Novel...Picisankah?

Assalamualaikum...

Saya menulis blog lagi walaupun asaimen bertimbun(tak sentuh pun lagi). Kali ini hati tergerak mahu menyentuh sejenis bahan bacaan yang kita panggil N.O.V.E.L.



Mungkin ramai yang pandang yang novel adalah bahan bacaan picisan yang agak kurang dalam sudut ilmunya. Saya raikan pandangan tersebut. Mungkin diorang tengok novel tu daripada sisi diorang dan saya tengok novel daripada  sisi saya.

Novel?

Pergi saja mana-mana kedai buku kita dapat tengok berlambak-lambak novel. Macam-macam jenis, macam-macam saiz dan macam-macam tema. Kalau kita tengok kat negara maju seperti USA, UK dan sebagainya, genre utama mereka lebih kepada thriller dan jalan-jalan cerita yang sangat kritikal. Dan kalau kat Malaysia, of courselah novel cintan cintun. Mungkin kebanyakan yang beranggapan novel nie sebagai bahan bacaan picisan disebabkan oleh majoriti genre novel tersebut. Saya pun kerap kali mengeluh untuk mencari novel yang keluar daripada kepompong cinta cintun liberal. Susah bukan mudah? Nak baca yang orang putih punya...merangkak-rangkak. 

Novel...masalahkah?

Orang kata, masalah tu jangan dilihat sebagai masalah tapi peluang. Ya...peluang. Peluang untuk mendekatkan khususnya golongan remaja kepada suatu yang bersahsiah dan kriktikal. Mungkin kita tak sedar kewujudan kelompok minoriti yang cuba menyampaikan dakwah Islamiyyah menggunakan medium novel. Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Habibur Rahman El Shirazy. Sebab apa? Sebab diorang cuba menyalurkan kesukaan remaja kepada saluran yang lebih baik.

Novel...Dakwah...Kreatif?

Saya suka mengungkapkan yang "Dakwah itu Tidak Skema tapi Kreatif". Apabila saya kaitkan antara tiga perkataan iaitu novel, dakwah dan kreatif, saya suka pada gaya penyampaian Hlovate yang sampai sekarang saya tak tahu apa gender dia. Gayanya sangat urban tapi tak keluar daripada syariat. First time baca memang agak sarkastik sebab diawal penceritaannya agaklah liberal juga. Tapi jangan tertipu sebagai akan ada pencerahan pada bab-bab yang seterusnya.



Novel membentuk mentaliti?

Contoh mudah dapat kita lihat pada era-era kemerdekaan dahulu. Novel digunakan untuk meniupkan roh untuk melawan penjajah. Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako antaranya yang boleh dijadikan contoh. Tapi sekarang, tak banyak novel untuk membentuk gaya berfikir. Bukan tak ada...ada. Tapi tak banyak. Contohnya Faisal Tehrani.

Kesimpulannya, saya tidaklah setuju sekiranya suara-suara sarkastik berkata berkenaan novel. 

Moral of the story:
- Jangan tengok novel tu dalam konteks pasaran Malaysia tapi tengoklah pada peranan dia. 
- Tandas takkan bersih kalau setakat nak basuh tapi tak jejakkan kaki pun dalamnya.
- Raikan kepelbagaian.
- Dakwah tak Skema tapi Kreatif

Wallahualam.

:::mood:LAYAN FIXI (liberal yang thriller):::

The Magic Of "ILMU"

Assalamualaikum...

First of all, sudilah disini saya nak mention yang ILMU pada tajuk post nie tak ada kena mengena dengan Ulama Muda UMNO...kui3

Sekarang, saya masuk pada tujuan asal saya tulis post ini...

Hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk terbang bebas ala-ala burung, untuk berguling-guling atas katil ala-ala walrus tapi..............(lost connection).

Buat minggu ketiganya tak dapat rasa kebebasan itu. Minggu pertama program...okay. Mingg kedua program...okay. Minggu ketiga program...what the fish. Tetiba saja nama terpampang kat MyUPSI. Katanya program 1 Citizen. 



First impression...apa ke jenis program nie? Tak pernah dengar pun.

Otak jahat berfikir...program nie ala-ala BTN ke? nak doktrin aku ke? (trauma dengan BTN)

Nak tak nak, pergilah juga sebab katanya ada kredit pada ijazah. Perkataan "nak tak nak" disini dah terang tang tang membawa maksud tak sudi pun nak pergi. Tak ikhlas pun nak pergi. Siap buat announcement kat status fb lag cakap pergi program 1 Citizen dengan mood tak berapa nak ikhlas.

Dipendekkan cerita, masuklah orang handle program. Orang daripada ICT UPSI. Encik Wiraputra namanya. Maka mengajarlah dia...satu topik ke satu topik.

Ohhhhhh I seeeeee...tanggapan saya salah rupanya!

Program nie bagus kot. Sebenarnya, dia nak bagi pendidikan berkenaan dalam macam-macam aspek. Menggunakan internet dengan cara beretika, penjagaan kesihatan dalam penggunaan ICT, keselamatan dalam penggunaan ICT dan segala bagai lagilah.

Yang bagusnya, semua belajar benda baru. Sebelum nie, hari-hari je guna internet. Tapi tak rasa apa-apa pun. Main guna je. Sekarang, dapatlah kesedaran bahawa dalam internet ni pun sama bahayanya macam dunia realiti. Internet boleh buat orang bunuh diri, internet boleh buat orang tak bersosial, internet buat orang membuli dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya. Sebelum nie juga kita main tekan je segala bagai content dalam internet tanpa rasa bimbang identiti kita kena curi, akaun bank kita kena ceroboh dan lain lain.

Perbezaan lepas habis program nie adalah...tetiba nak rasa berhati-hati sebelum buat sesuatu masa guna internet.

Main pengajaran yang nak bagitahu kat sini adalah jangan berprasangka buruk. Tambah-tambah denga  ilmu. Kita pernah dengarkan orang selalu cakap "dengar pada apa yang dia bercakap bukan kepada siapa yang bercakap". Jangan ingat segala macam program kerajaan nie ala-ala sosial saje tau.

The magic of ILMU nie sebenarnya bukan sekali dua berlaku pada saya. Antaranya contoh ilmu yang didengar secara tak sengaja dan sekejap tapi terus sentap kat dalam kepala otak adalah:

1) Amalan sunnah itu menjadi pelengkap kepada ibadah wajib kita. Jadi kenapa kita nak tinggal benda sunnah. (Dr. Bazrul a.k.a Pengetua KUO)

2) Syurga adalah rahmat Allah yang sudah cukup besar bagi manusia tapi hakikatnya Allah boleh buat lebih daripada itu. (Ustaz Nuruddin)

Moral of the story disini,

- Belajar untuk berhusnu-dzon
- Belajar itu perlukan amalnya maka segala benda yang dibelajar dalam program 1 Citizen tu wajiblah diamalkan.

Wassalam...

Saya Tak Kisah Kalau Anda Tak Kisah


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Last post adalah June 2012. Bermakna post tersebut sudah pun berlalu 9 bulan yang lalu. Kalau nasi bukan setakat basi, memang terus hilang dalam periuk. Kalau rumah pula dah konfem penuh dengan sawang. Nasib baiklah benda nie blog. Maka tak perlu nak cuci apa sebelum masuk post baru.

Kadang-kadang benda yang kita buat sekarang nie adalah benda yang langsung kita tak terfikir langsung pun dulu. Hahh!!! Teori yang saya guna pakai dengan keadaan saya sekarang.



Cikgu??? Oh!!!

Benda nie hanyalah cita-cita semasa darjah dua dan semakin pudar semakin tahun demi tahun. Tapi sekarang??? Dah macam back to basic. Walaupun sebenarnya bukanlah back to basic tapi sudah pun Allah tulis.

Alkisahnya dulu, punyalah bercita-cita nak belajar kulinari, tapi apakan daya rezeki ada pada dunia pendidikan. Islam ajar bermusyawarah atau orang Melayu cakap berbincang. Kiranya pendidikan nie macam mum and son talk la.

Belajar punya belajar sampailah semester enam. Semester yang bermakna adanya microteaching dan macroteaching bagai. Untuk pengetahuan, microteaching dan macroteaching itu maknanya kena jadi cikgu, mengajar kat depan.

Hahh!!! Sekali lagi cabaran disini.

Cabarannya kena cakap kat depan, kena kawal kelas, kena fikir segala bagai cara atau kaedah nak mengajar, kena fikir bahan bantu mengajar apa nak guna dan bla bla bla. Tapi nak highlightkan disini iaitu dua. Satu...kena mengajar kat depan. Dua...kena kawal kelas.

Bercakap pasal kena mengajar kat depan nie teringatlah pula kisah hitam semasa di tingkatan enam. Dipendekkan ceritanya, kenalah baca doa dalam perhimpunan. Entah kenapalah punya nebes semacam, badan habis terketar. Teks doa yang ada tulisan Arab dengan rumipun dah nampak macam tulisan kanji Jepun. Habis saje...terus kena sound dengan ustazah. Katanya tajwid tak betul.

Okay...fine!!! Sumpah aku tak nak buat kerja atas pentas lagi.

Masuk universiti, takkan panggil universiti kalau presentation kat depan. Tambah-tambah dengan pendidikan pula. Sudah konfemlah kena banyak cakap depan. First presentation adalah group presentation. Dah agak! Badan memang terketar-ketar. Tapi lawanlah juga.

Semester demi semester. Banyak presentation yang dilalui akhirnya benda tu semakin terbiasa. Kiranya kalau kena presentation seorang tu pun masih boleh terima lagilah. Nebes tu ada tapi pada peringkat awal jelah. 2 minit lepas tu, lepas dapat confident level...Alhamdulillah, lancar.

Dan sekarang...microteaching 10 minit dan macroteaching 40 minit. Semoga baik baik sahaja. Semoga kepala otak tak membeku. By the way, syok juga tengok sahabat-sahabat lain yang kreatif merangka microteaching dan macroteachingnya.

Moral of the story....

- Allah tahu apa yang baik untuk kita.
- Tiada kejayaan tanpa usaha. “What you give you will get back”.
- Pendidik itu kerjaya yang mulia,

dan...

- rajin-rajinlah UPDATE BLOG, kata nak jadi Penulis.... (^_^)

Wassalam