Powered by Blogger.

Novel...Picisankah?

Assalamualaikum...

Saya menulis blog lagi walaupun asaimen bertimbun(tak sentuh pun lagi). Kali ini hati tergerak mahu menyentuh sejenis bahan bacaan yang kita panggil N.O.V.E.L.



Mungkin ramai yang pandang yang novel adalah bahan bacaan picisan yang agak kurang dalam sudut ilmunya. Saya raikan pandangan tersebut. Mungkin diorang tengok novel tu daripada sisi diorang dan saya tengok novel daripada  sisi saya.

Novel?

Pergi saja mana-mana kedai buku kita dapat tengok berlambak-lambak novel. Macam-macam jenis, macam-macam saiz dan macam-macam tema. Kalau kita tengok kat negara maju seperti USA, UK dan sebagainya, genre utama mereka lebih kepada thriller dan jalan-jalan cerita yang sangat kritikal. Dan kalau kat Malaysia, of courselah novel cintan cintun. Mungkin kebanyakan yang beranggapan novel nie sebagai bahan bacaan picisan disebabkan oleh majoriti genre novel tersebut. Saya pun kerap kali mengeluh untuk mencari novel yang keluar daripada kepompong cinta cintun liberal. Susah bukan mudah? Nak baca yang orang putih punya...merangkak-rangkak. 

Novel...masalahkah?

Orang kata, masalah tu jangan dilihat sebagai masalah tapi peluang. Ya...peluang. Peluang untuk mendekatkan khususnya golongan remaja kepada suatu yang bersahsiah dan kriktikal. Mungkin kita tak sedar kewujudan kelompok minoriti yang cuba menyampaikan dakwah Islamiyyah menggunakan medium novel. Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Habibur Rahman El Shirazy. Sebab apa? Sebab diorang cuba menyalurkan kesukaan remaja kepada saluran yang lebih baik.

Novel...Dakwah...Kreatif?

Saya suka mengungkapkan yang "Dakwah itu Tidak Skema tapi Kreatif". Apabila saya kaitkan antara tiga perkataan iaitu novel, dakwah dan kreatif, saya suka pada gaya penyampaian Hlovate yang sampai sekarang saya tak tahu apa gender dia. Gayanya sangat urban tapi tak keluar daripada syariat. First time baca memang agak sarkastik sebab diawal penceritaannya agaklah liberal juga. Tapi jangan tertipu sebagai akan ada pencerahan pada bab-bab yang seterusnya.



Novel membentuk mentaliti?

Contoh mudah dapat kita lihat pada era-era kemerdekaan dahulu. Novel digunakan untuk meniupkan roh untuk melawan penjajah. Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako antaranya yang boleh dijadikan contoh. Tapi sekarang, tak banyak novel untuk membentuk gaya berfikir. Bukan tak ada...ada. Tapi tak banyak. Contohnya Faisal Tehrani.

Kesimpulannya, saya tidaklah setuju sekiranya suara-suara sarkastik berkata berkenaan novel. 

Moral of the story:
- Jangan tengok novel tu dalam konteks pasaran Malaysia tapi tengoklah pada peranan dia. 
- Tandas takkan bersih kalau setakat nak basuh tapi tak jejakkan kaki pun dalamnya.
- Raikan kepelbagaian.
- Dakwah tak Skema tapi Kreatif

Wallahualam.

:::mood:LAYAN FIXI (liberal yang thriller):::

1 comment:

  1. picisan kalo byk merapu, n overlod ngn adegan2 yg mengkhayalkan pemikiran.. just an opinion

    ReplyDelete