Powered by Blogger.

Penyebab Yang Mengubah Hala Tuju

Realitinya kita akan terkenang sesuatu apabila ianya telah pergi. Contoh mudah apabila kita tengok budak-budak sekolah yang pakai baju sekolah dan berjalan pergi atau balik ke sekolah. Ada yang suka buka dialog "Aishhh...bestnya kalau dapat pergi sekolah balik". 

Tapi dialog yang sebaliknya berlaku apabila kita bergelar mereka. "Bilalah nak habis sekoalah nie. Kerja sekolah bertimbun. Kena bangun awal. Kena pakai seragam sekolah"

Hal yang sama lebih-lebihlah lagi kalau bukan setakat memandang budak sekolah. Tapi berada bersama dengan budak sekolah. Senang cakap, gelaran "internship's teacher" katanya Abraham Lincoln. Kalau Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim sebutnya sebagai guru pelatih.

Dan tatkala mengingati zaman sekolah nie, benda yang paling tak dapat dilupakan adalah satu penyebab yang mengubah hala tuju.
Apabila bergelar budak sekolah, benda yang tak pernah selesai adalah main-main. Sebab main-main inilah juga hala tuju jadinya tak pernah jelas. Main-main masa PMR maka keputusan peperiksaan nyaris-nyaris dalam zon "dinasihat bertukar sekolah". Main-main masa SPM pula membawa kepada keputusan peperiksaan yang tidak berada dalam zon "diterima masuk universiti".

Tapi, masih lagi diterima untuk menduduki STPM. Tapi...main-main tu masih lagi tak pernah selesai. Tingkatan 6 rendah...main-main. Terbuai-buai dengan statement "aku baru 6 bawah. STPM lambat lagi". Lepas tu menginjak pula 6 atas, sekali lagi terbuai dengan statement "baru awal tahun. study last minute" baru masuk.

Maka dengan itu, hari demi hari, bulan demi bulan...bermain dan terus bermain. Nak dipendekkan cerita, dijadikan satu cerita yang membawa kepada penyebab berubahnya hala tuju. Kenapa penyebab? Sebab hakikat sebenar yang datangkan cerita tu adalah tak lain tak bukan Allah S.W.T.

Ceritanya:
Alkisah suatu petang ketika kelas tambahan untuk subjek Makroekonomi. Maklumlah ekonomi. Apabila otak dah block dengan kata ekonomi nie subjek susah maka sepatah cikgu ajar pun takkan masuk. Maka, disebabkan keboringan untuk menghabiskan kelas tambahan itu macam-macam benda dibuat yang of course cikgu yang mengajar kat depan tu tak suka.

Dan benda yang dibuat berkali-kali dan ditegur berkali-kali oleh cikgu adalah bercakap semasa cikgu mengajar. Tegur sekali...senyap pun sekali. Bercakap balik. Cikgu tegur sekali lagi. Senyap kejap. Bercakap balik.

Last-last dengan menggunakan pedagogi yang tak pernah aku belajar dalam universiti, cikgu ekonomi tersebut pun mengambil keputusan mengangkut bukunya dan keluar daripada kelas.

Haaaaaa! Padan muka! Baru tahu sekarang!

First, rasa bersalah dengan cikgu tadi.
Second, kena maki dengan satu kelas petang tu. Aishhh! 

Mulai detik dan saat itu, lepas sahaja minta maaf dan berjanji dengan cikgu tadi takkan buat lagi maka keputusan Ekonomi pun bertambah baik. Dan baru tahu yang subjek ekonomi sebenarnya senang je sebenarnya. Cuma yang membuat subjek ini susah adalah penolakan. 

Kesannya juga bukan pada subjek ekonomi semata-mata. Jangkitannya merebak kepada subjek-subjek lain terutamanya Sejarah.

Moral of the story,
1. Keberkatan daripada seorang guru sebenarnya teramat-amat besar. Dia buat satu perkara yang menjadi titik penyebab untuk sesorang berubah. "He's my change button".
2. Dengan bergelar cikgu walaupun sekadar cikgu pelatih, barulah dapat menyelami hati seorang guru itu.

TERIMA KASIH CIKGU!!!



Suka & Benci ::: Baik & Buruk

"Cikgu...cikgu memang minta jadi cikgu ke?" soal seorang murid masa relief satu kelas beberapa minggu lepas.

"Errr..." cikgu tergagap-gagap. Dilema nak beritahu yg sebenar atau nak sembunyikan hakikat sebenar. Ahhh...lantaklah. "Emmm...tak. Cikgu nak jadi...err...tukang masak"

Beberapa hari lepas, soalan ini kelmarin ditanya. "Cikgu...cikgu memang minat jadi cikgu ke?"

"Tak...cikgu nak jadi tukang masak macam Ina Garten" kali ini menjawabnya agak konfiden sebab dah ada pengalaman.

Hari ini, terbaca la pula satu artikel daripada Ustaz Hasrizal Abu Jamil. Tak nak mengulas. Boleh baca sendiri pada pautan ini >>> http://saifulislam.com/2013/07/antara-orang-agama-dan-orang-beragama/.

Neuron otak cuba mengabung jalinkan kesemuanya. Maka terlintaslah pada satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Negeri 5 Menara yang ditonton masa raya puasa lagi. Filem daripada tanah seberang, Indonesia.


Ceritanya tentang seorang budak lelaki yang punya impian untuk menyambung pelajaran di suatu tempat. Tapi pilihannya itu tidak dipersetujui oleh si emak yang lebih cenderung untuk menghantar anaknya belajar di sebuah sekolah beraliran agama.

Nak tak nak, si anak kena hormatlah juga keputusan si ibu. Belajar punya belajar dengan segala bagai pengalaman ditempa, akhirnya si anak itu nekad untuk menelefon ibunya untuk memberitahu yang dia mahu tukar sekolah. Dia mahu ke sekolah impiannya itu.

Adakah si ibu melenting marah?
Tak...si ibu hanya cool. Jawapan si ibu yang saya siap salin dan tampal kat desktop guna stick note. Kata si ibu "tempat belajar memang penting tapi kesungguhan hati jauh lebih penting". 

Kenapa ibunya memberi jawapan sedemikian? Beza dengan cara yang digunakan pada peringkat awal iaitu menentang habis-habisan keputusan si anak. Dan mana satu yang lebih tepat?
Secara peribadinya, dua-dua pendekatan yang diambil oleh si ibu adalah tepat. Peringkat awal si ibu mengambil pendekatan lebih tegas kerana dia tahu yang si anak masih belum matang untuk membuat keputusan.

Manakala untuk pendekatan yang kedua pula pada saya, si ibu sudah cukup matang untuk berfikir. Sebab itulah si ibu hanya menjawab dengan jawapan untuk si anak berfikir. Mudah kata, pendekatan awal, jawapan si ibu bersifat objektif. Manakala pendekatan kedua bersifat subjektif.

Disini juga, dapat kita lihat pada cara mengurus konflik antara ibu bapa dengan anak. Ada kala bertegaslah carannya. Adakalah diplomasilah caranya. Sebab itulah, Islam menganjurkan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Okay...habis disitu.

Sebenarnya, cerita ini terlalulah dekat dengan benda saya lalui dalam hidup. Cerita 11 tahun lepas dengan cerita 4 tahun lepas.

Version yang 11 tahun lepas adalah...emak saya nak hantar saya sekolah agama. Tapi saya memilih untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Emak saya hormat keputusan saya. Dan sejujurnya, saya tak mampu menjadi orang yg jelas matlamat hidup sepanjang 7 tahun di sekolah itu. 

Version yang 4 tahun lepas pula. Saya nak pilih UITM untuk jurusan kulinari tapi emak saya minta pilih UPSI untuk jurusan pendidikan. Kali ini, saya pula hormat keputusan ibu saya walaupun hati masih berbelah bagi. Dan, saya semakin jelas dengan matlamat sebenar kehidupan ini. Tambah-tambah lagi dengan pengalaman praktikum yang menjadikan mengajar itu melekat dalam jiwa saya.

Moral of the story yang saya nak sampaikan melalui cerita Negeri 5 Menara campur dengan cerita saya ini adalah:

Al Baqarah, 02;216:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Si anak tadi pada mulanya tak suka dengan pilihan ibunya, tapi hakikatnya itulah yang terbaik untuk dirinya.

Dan saya...saya belajar yang pengalaman pertama saya itu Allah nak bagi pengajaran bahawa benda yang suka bukanlah terbaik untuk diri saya. Manakala untuk version kedua pula, Allah nak beritahu saya bahawa benda yang saya tak suka adalah sangat terbaik bagi saya.

Tamat...

p/s: memasak itu masih kekal sebagai minat tapi bukan prioriti. Kalau setakat moist chocolate cake, carrot cake, apple cake, tomyam tu masih ada rupalah. Hias cupcake pun masih boleh dikategori sebagai cun....heeee! 

Wassalam.