Powered by Blogger.

Kisah Abdullah dan Tukang Kutip Buah Tamar

Assalamualaikum...



Maka kisahnya bermula sebegini rupa...

Abdullah seorang yang bersemangat tetapi bagi sesetengah perkara bukan kepakarannya. Suatu hari, dia keluar rumah untuk solat Zohor berjemaah di masjid. Dia melangkah pantas supaya sampai sebelum berkumandangkan iqamah.

Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seseorang lelaki yang masih bekerja memetik buah tamar. Abdullah agak terkejut. Dalam hatinya berkata "Siapa lelaki ini sampai tak ambil kisah bab sembayang! Mungkin dia tak dengar azan atau tak ambil kisah pun dengan iqamah yang akan dilaungkan kejap lagi?"

Dalam keadaan marah, Abdullah tiba-tiba menjerit. "Turun bawah...solat!"

"Ok..ok" balas lelaki si pengutip tamar tadi lembut.

"Woii keldai...cepatlah! Solat!" Abdullah menambah.

"Kau panggil aku keldai" lelaki tadi mula baran. Dia kemudiannya mencapi pelepah tamar dan cuba untuk mebelasah Abdullah.

Abdullah cepat-cepat menyembunyikan wajahnya dengan menggunakan skaf kepala bagi mengelakkan lelaki tadi cam wajahnya dan berjalan pergi ke masjid.

Lelaki tadi yang masih baran balik ke rumahnya untuk solat dan rehat sekejap. Kemudiannya, dia kembali untuk menghabiskan kerjanya yang masih tertangguh tadi. 

Waktu Asar pun tiba. 

Dan Abdullah berjalan untuk ke masjid. Dalam perjalanan, sekali lagi Abdullah terserempak dengan lelaki tadi. Kali ini Abdullah bertekad untuk mengajak sekali lagi lelaki itu ke masjid. Tapi, kali ini dia akan mengubah pendekatannya.

Abdullah mendekati lelaki tadi. "Assalamualaikum. Apa khabar?" Abdullah memberikan salam.

"Alhamdulillah...sihat?" lelaki pengutip membalas.

"Berikan saya satu berita gembira. Macam mana tamar tahun ini?" soal Abdullah mesra.

"Alhamdulillah" pendek lelaki pengutip tamar membalas.

"Semoga Allah berikan anda kejayaan, dipermudahan dalam kehidupan dan dipermudahkan ganjaran atas usaha kerja anda" doa Abdullah.

"Amin" balas lelaki tadi. Riak wajahnya menunjukkan yang dia agak gembira atas doa Abdullah tadi.

"Mungkin awak sibuk sangat hingga tak dengar bunyi azan. Azan dah berkemundang tu. Kejap lagi iqamah. Mungkin awak boleh berhenti sekejap. Rehat...kemudian bersiap-siap untuk solat Asar. Selepas solat nanti awak boleh sambung balik. Semoga Allah berikan awak kesihatan" agak Abdullah.

"Insha-Allah...Insha-Allah..." lelaki pengutip tamar tadi mula berhenti daripada kerjanya. 

Dia kemudiannya mendekati Abdullah lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. "Saya nak ucapakan berbanyak-banyak terima kasih atas adab awak yang terlalu baik ini. Tak macam lelaki yang saya jumpa masa Zohor tadi. Saya harap...saya akan jumpa dia nanti dan saya akan tunjukkan dia siapa keldai yang sebenarnya.

Tamat!!!

Kisah ini bukan kisah sendiri. Poyo je kalau copy paste cerita orang, status orang, ambil poster orang, bla bla lepas tu memilikkan sebagai milik sendiri. Bukan setakat poyo, gila publisiti. Memilikkan sebagai diri sendiri disini maknanya tiada sebarang kredit yang diberikan kepada tuan asal.

Cerita ini sebenarnya dialih bahasa daripada sebuah buku berbahasa Inggeris karya Dr Muhammad Adb Al-Rahaman Al-Arifi yang bertajuk "Enjoy Your Life". Kisah ini pada bab 4 yang bertajuk "Improve Your Skill".



Al kisahnya, benda yang ingin disampaikan bolehlah difikirkan sendiri sebab masing-masing punya akalkan. Tapi yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Adb Al-Rahaman Al-Arifi ini antaranya dia minta kita untuk tingkatkan kemahiran masing-masing. Dia kita minta buat sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran kita. Contohnya tengok televisyen. Cari rancangan yang boleh meningkatkan kemahiran kita sama ada soft skill atas pun makanan akal. Berhenti tengok cerita yang pakej "failed love story".

Kesannya, Dr Muhammad cakap, orang ini hanya akan suka ambil quote pelakon-pelakon tapi tak tahu sumber kesasihannya. Well said! Ada benarnya apa yang beliau cakap. Sebabnya hari itu ada satu cerita yang quotenya berbunyi "Nabi bagitahu, belajarlah sampai ke negeri China?" Bagi yang tak ada ilmu, diorang hanya telan bulat-bulat. Tapi bagi yang ada ilmu, dia akan tahu kebenarannya. 

Dan juga masih berbondong-bondong masyarakat kita yang apabila pergi ke kubur, duduk. Bukan duduk, bawa tikar lagi. Sebabnya, ada sahaja scene berlatar kubur dalam cerita Melayu, satu keluarga duduk bersila sambil menangis. Beza daripada ajaran Rasulullah.

Ada lagi satu contoh yang diberi beliau. Hendak tahu, bacalah sendiri. Tak payah keluar duit nak beli pun. Download e-book free sahaja. Cuma malas lawan rajin je.

Kaitan yang ada dengan cerita dan yang diulas oleh Dr. Muhamad pula sebenarnya beliau hendak beritahu yang ramai dalam kalangan kita hendak mengajak kepada kebaikan tapi tak punyai kemahiran.

Dan...untuk diri ini, pengajaran yang dapat dikatakan daripada kisah diatas tadi adalah:



Btw...buku Enjoy Your Life best. Enjoy!

Wassalam.

p/s: 2 gambar diambil daripada Google Image.