Semester 2: Satu Anugerah Yang Amat Bermakna.


Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" (H.R. Bukhari dan Muslim)
- Malu
- Malas
- Sibuk
- dll.....
- Niat kita untuk solat berjemaah pun sudah mendapat ganjaran pahala.
- Kalau kita sembahyang seorang dirumah semestinya pakaian kita ala kadar sahaja. Tapi apabila kita mahu ke surau atau masjid semestinya kita akan memakai pakaian yang cantik dan bersih serta memakai bau-bauan. Perkara ini adalah sunat. Apabila sunat ganjarannya adalah pahala.
- Berjalan ke masjid. Ambil wudhu daripada rumah lagi dan berjalanlah ke masjid atau surau dan setiap langkah kita ada kebaikannya sendiri dan mendatangkan ganjaran pahala.
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" (H.R. At-Tabrani)
- Solat sunat rawatib: Sementara menunggu jemaah lain sampai, selepas muazzim selesai melaungkan azan, jom solat sunat dua waktu terlebih dahulu(qobliah) dan selepas selesai imam aminkan doa, sekali lagi kita solat rakaat(ba'diah).
- Membaca Al Quran: Kalau tak sembahyang rawatib pun mesti kita ambil Al Quran kan untuk dibaca sementara menanti jemaah lain sampai.
- Zikir: biasanya kalau perkara ini jarang-jarang kita buat. Tapi apabila kita solat berjemaah secara automatiknya imam akan memimpin zikir untuk kita. Tak kan kita nak lari balik kot, jomlah kita berzikir bersama-sama dengan imam.
- Doa: kadang-kadang kita tidak akan berdoa kalau kita sembahyang bersendirian. Sudah bagi salam kiri kanan terus lipat sejadah. Kalau kita solat berjemaah, seperti zikir tadi, Imam akan sekali lagi memimpin kita doa. Dengan syarat kita jangan tergesa-gesa untuk keluar.
- Sedekah: kalau kat rumah agak-agak kita dapat bersedekah. Wallahualam. Tapi kalau kita berjemaah kat surau atau masjid, sudah semestinya tabung tersedia. Apabila kita bersedekah, tinggi darjatnya di sisi Allah S.W.T. Tambahan pula untuk masjid. Sedekah yang kita bagi secara langsung akan dibelanjakan ke jalan yang betul dan kita juga tak la rasa was-was kan untuk bersedekah.
- Masjid ilmu: kebiasaanya, masjid dan surau akan mengadakan kuliah mahrib sementara menunggu waktu Isyak masuk. Kadang-kadang ada kuliah Subuh dan juga Kuliah Muslimat. Kuliah = Majlis Ilmu = Taman-Taman Syurga...^_^
"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu." (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)
Solat berjemaah melambangkan perpaduan umat Islam. Melayu, Cina, India, walau apa bangsa sekalipun, mereka di bawah hanya bergerak mengikut satu arahan iaitu “Allahu Akbar”. Masih terngiang-ngiang pesanan daripada Ustaz Dusuki yang berbunyi:
Walaupun dimana kita berada. Solat berjemaah jangan tinggal. Solat bersendirian diibaratkan sebagai lambang perpecahan umat Islam.
Saya berkongsi benda ini untuk kita sama-sama kita praktikkan. Saya gunakan perkataan "kita" bukan "anda" kerana semua yang saya bagitahu disini masih saya belum amalkan sepenuhnya lagi. Saya menulis perkara ini sekadar untuk mendidik diri sendiri supaya jangan lalai dan rugi dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T melalui solat berjemaah ini.
"..... Mereka berseluar panjang, hilang ketika waktu sembahyang dan menunjukkan semangat juang yang teramat tinggi" (petikan daripada VT)
'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di muka bumi ini (Surah Al Baqarah: 168)
Halal dari segi makanan ini sangat luas skopnya. Justeru, kita sebagai pengguna, lebih-lebih lagi sebagai pengguna Islam perlu kefahaman yang jelas mengenai halal dan haram dalam makanan. Oleh itu, perkara yang paling utama bagi mengelakkan kita daripada mengambil makanan yang haram adalah dengan mengikuti ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Islam bukan sahaja melarang umatnya daripada mengambil makanan bersumberkan daripada khinzir bahkan lain-lain binatang seperti binatang bertaring, binatang yang tinggal dua alam dan sebagainya bahkan, Islam turut mengharamkan umatnya mengambil makanan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti arak. Kita juga perlu memastikan cara kita mendapatkan makanan itu benar-benar halal iaitu bukan dengan cara mencuri, memakan harta anak yatim dan sebagainya. Untuk perkongsian bersama, sahabat dan sahabiah boleh melayari di bawah untuk lebih jelas mengenai halal dan haram ini:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Nak keluar tengok wayang dengan tunang boleh tapi, mesti bawa ayah dan mak sang perempuan. Sebelah tunang itu mak dia, sebelah mak dia, ayah dia dan sebelah dia baru kita. Kalau nak pegang tangan, pegang la tangan ayahnya
Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali sebelum tidur
Pengajaran cerita ini adalah, selalulah berbuat baik terutama kepada mereka yang dalam kesusahan kerana "Memberi pertolongan kepada seseorang ketika mereka senang adalah biasa manakala memberi pertolongan kepada mereka yang dalam kesusahan adalah sesuatu yang luar biasa".
Pengajarannya adalah berfikiran positif. Walaupun dugaan melanda kita, berfikirlah secara positif kerana melalui fikiran positiflah kita dapat mengharungi dugaan itu.
Pak Abu adalah seorang pemandu yang sangat disenangi. Jika kita tengok, banyak dalam kalangan pelajar UPSI merungut bahawa setengah pemandu bas ni garang, cerewet dan pelbagai lagi. Namun hal ini sangat kontra dengan Pak Abu. Dia seorang yang sangat mesra. Mudah dibawa bercakap dan boleh dikatakan sangat sporting. Cakap nak berhenti kat mana, kompen dia akan berhenti tanpa merungut. Pak Abu juga tak kisah tidur sebumbung dengan peserta program. Saya boleh jamin bahawa semua peserta yang terlibat dalam KHISWA sangat menyenangi sifat yang ada pada Pak Abu.
Pak Abu juga seorang bapa yang sangat penyayang. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, selalu jugalah dia bercakap mengenai anaknya. Boleh dikatakan semua anaknya berjaya. Dari segi gayanya pula, Pak Abu bukanlah seorang yang mengonkong anaknya. Pak Abu juga bukan sahaja memberi ilmu dunia kepada anak-anaknya, tapi turut menjaga anaknya mantap dari segi rohani. Buktinya, salah seorang anaknya menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Agama Islam di UIA dan seorang anak lelakinya dihantar di salah sebuah sekolah TAHFIZ. Satu lagi perkara yang menarik perhatian, adalah semasa Pak Abu menghantar makanan untuk anaknya yang belajar kat sekolah TAHFIZ. Dari segi gaya dia melayan anaknya. Tak terkata saya. Sangat ikhlas, penuh dengan kasih sayang ibarat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Pak Abu juga seorang pencerita. Memang boleh dikatakan tak mengantuk la sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kalau tertidur pun mesti masa Pak Abu berhenti bercerita. Ceritanya, seperti dikatakan tadi adalah mengenai keluarganya, pengalamannya sepanjang jadi pemandu dan pelbagai lagi. Salah satu yang menarik mengenai cerita Pak Abu ini, dia bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai keburukan orang. Tapi ceritanya adalah mengenai kebaikan orang. Dan salah satu ceritanya adalah mengenai 2 sahabat sejati yang menemui Illahi iaitu Arwah Fadhiri dan Arwah Faizul. Berdiri bulu roma tatkala Pak Abu memberitahu bahawa arwah berdua seorang anak yang baik, beriman, dan pelbagai lagi. Bagaimana Pak Abu kenal dengan mereka berdua ini? Jawapannya, Pak Abu adalah antara orang yang terlibat dalam penghantaran jenazah ke rumah. Betapa hebatnya pengaruh dua sahabat ini. Walaupun tidak sempat mengenali mereka berdua, tapi saya dapat rasakan bahawa semangat mereka banyak dijadikan contoh oleh individu lain. Al-Fatihah.
Copyright © Mencari Sinar Murabbi. All rights reserved.
Super SEO created by Blogger Tuts From Jom Kenal Islam