Powered by Blogger.

Halal Sumber Kehidupan

Assalamulaikum w.b.t dan salam ukhuwah buat sahabat serta sahabiah sekalian.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan oleh-Nya ilham untuk menulis satu lagi coretan untuk minggu ini. Coretan ini adalah untuk menulis mengenai peri
hal satu perkataan yang mempunyai besar pengaruhnya dalam kehidupan kita seharian iaitu "HALAL".

Apa itu HALAL?

Halal mengikut syara' bermaksud sesuatu perbuatan atau benda yang dibenarkan oleh Hukum Syara'. Sabda Rasulullah:

'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)

Sekiranya berbicara mengenai halal ini ramai lebih tertumpu kepada makanan. Namun, sebenarnya konsep halal ini meliputi segenap aspek dalam kehidupan kita. Coretan ini bukan mahu memberitahu tetapi mahu berkongsi mengenai halal ini
dalam beberapa aspek.

Makanan

Makanan adalah memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Berbeza dengan agama lain, Islam amat menitik-beratkan halal dalam kehidupan penganutnya. Halal bukan bermakna mengongkong tetapi halal adalah menjaga. Allah S.W.T berfirman:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di muka bumi ini (Surah Al Baqarah: 168)
Halal dari segi makanan ini sangat luas skopnya. Justeru, kita sebagai pengguna, lebih-lebih lagi sebagai pengguna Islam perlu kefahaman yang jelas mengenai halal dan haram dalam makanan. Oleh itu, perkara yang paling utama bagi mengelakkan kita daripada mengambil makanan yang haram adalah dengan mengikuti ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Islam bukan sahaja melarang umatnya daripada mengambil makanan bersumberkan daripada khinzir bahkan lain-lain binatang seperti binatang bertaring, binatang yang tinggal dua alam dan sebagainya bahkan, Islam turut mengharamkan umatnya mengambil makanan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti arak. Kita juga perlu memastikan cara kita mendapatkan makanan itu benar-benar halal iaitu bukan dengan cara mencuri, memakan harta anak yatim dan sebagainya. Untuk perkongsian bersama, sahabat dan sahabiah boleh melayari di bawah untuk lebih jelas mengenai halal dan haram ini:




Pakaian

Pakaian mencerminkah sahsiah muslim. Pakaian yang halal mengikut Islam adalah mesti mengikut tuntutan syariat. Allah S.W.T berfirman:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Islam menyuruh umatnya menutup aurat bukannya untuk mengongkong umatnya tetapi untuk menjaga umatnya daripada sebarang fitnah terutama golongan wanita. Apabila wanita menutup aurat maka Insya-Allah, terhindar dirinya daripada maksiat. Aurat wanita bukanlah untuk menjadi tontonan lelaki bukan muhrim. Begitu juga dengan lelaki. Waktu yang biasanya lelaki akan mendedahkan aurat mereka adalah ketika bersukan. Berseluar pendek hinggalah menampakkan paha mereka, tidak berbaju sehingga menampakkan bahagian pusat mereka. Semua itu adalah haram. Justeru samada lelaki atau perempuan, kita hendaklah menjaga aurat dengan mematuhi kod etika pemakaian cara Islam. Pakailah pakaian yang halal mengikut Islam.



Percintaan


Percintaan juga mempunyai halal dan haram. Fitrah manusia untuk jatuh cinta sesama manusia. Namun cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Ustazah Fatimah Syarha menjelaskan bahawa cinta mempunyai tiga tahap ketiga. Cinta tertinggi adalah cinta kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.W.T. Cinta tahap pertengahan ada cinta kepada keluarga, isteri/suami, sahabat dan sebagainya. Manakala cinta pada tahap paling bawah pula adalah apabila cinta pada tahap pertengahan melebihi cinta pada tahap pertama.

Jatuh cinta kepada berlainan jantina adalah normal. Namun sejauhmana percintaan yang kita itu halal di sisi agama. Cinta yang halal menurut Islam adalah mestilah mempunyai ikatan yang sah. Ikatan yang betul-betul sah bukanlah bertunang tetapi berkahwin. Namun, umat Islam masa kini lebih terpengaruh dengan budaya "couple". Couple di sini bermakna bercinta tanpa ikatan yang sah. Islam menegah budaya couple ini kerana mudah menjurus ke arah zina. Zina bukan sahaja melakukan seks akan tetapi zina boleh berlaku dalam beberapa kaedah. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Justeru, hindarilah daripada budaya couple moden ini kerana cinta sebegini bukanlah budaya Islam. Budaya ini lebih kepada pembaratan umat Islam dan juga merupakan dakyah daripada agenda Yahudi untuk memesongkan akidah umat Islam. Mereka menganjurkan hari "Valentine Day" dan sebagainya sebagai mempromosikan budaya couple ini. Sejauhman budaya couple ini baik. Permbuangan bayi tak berdosa, peningkatan seks bebas dan sebagainya dilihat lahir daripada amalam couple ini. Jika kita lihat Rasulullah S.A.W tidak pernah bercouple. Couple yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan berkahwin.

Satu lagi budaya yang dibawa oleh barat adalah budaya "dating". Dating disini adalah dating yang tidak halal terutamanya oleh golongan remaja. Mereka keluar berdua-duan, berpegang tangan, bermesra-mesraan dan tersasar daripada landasan Islam. Budaya ini ditegah sama sekali dalam Islam. Saya terkesan daripada apa yang diperkatakan oleh Ustaz Khazin Elias. Dia cakap:


Nak keluar tengok wayang dengan tunang boleh tapi, mesti bawa ayah dan mak sang perempuan. Sebelah tunang itu mak dia, sebelah mak dia, ayah dia dan sebelah dia baru kita. Kalau nak pegang tangan, pegang la tangan ayahnya


Justeru, halal ini sangat luas konsepnya. Halal adalah merangkumi semua dalam kehidupan kita. Justeru, amalkan gaya hidup yang halal dan mengikut syariat Islam.

Wassalam.

0 comment:

Post a Comment