Powered by Blogger.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck: Kisah Cinta Yang Tidak Kesampaian

Assalamualaikum dalam salam sejahtera.

Ulasan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah novel yang agak popular daripada seorang ulamak yang berpengaruh di rantau ini iaitu HAMKA atau nama penuhnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1938 dan yang berada di tangan sekarang adalah cetakan ke 32.


Bak kata Ustaz Zahiruddin Zabidi, pada awalnya buku ini ingatkan adalah sebuah buku sejarah. Tapi telahan tersebut nyata sangat-sangat tidak betul. Tema asal sebenarnya buku ini adalah kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati yang mengharungi pelbagai halangan antaranya adalah taksub dengan adab. 

Sinopsis
Cerita ini menceritakan berkenaan Zainuddin yang berlatar belakangkan ibu Bugis-Mengkasar dan bapanya, Minangkabau. Selepas meninggal sahaja kedua ibu bapanya, Zainuddin dibesarkan oleh penjaganya yang dipanggi Mamak.

Selepas membesar, Zainuddin bercadang untuk kembali ke tanah bapanya untuk mencari asal usulnya. Walaupun tidak dipersetujui Mamaknya, Zainuddin tetap juga dengan keputusannya. Maka berlayarlah Zainuddin ke tanah asal usulnya iaitu di Padang Panjang.

Walaupun kedatangan Zainuddin ke Padang Panjang diraikan tetapi penerimaannya tidak sepenuhnya. Hal ini kerana adat Minangkabau yang lebih mementingkan belah perempuan. Memandangkan pula ibu Zainuddin daripada keturunan Bugis.

Akibatnya, Zainuddin agaklah kecewa dengan penerimaan ke atasnya oleh daging dagingnya di Padang Panjang. Namun, kecewanya itu terubat dengan kehadiran Hayati. Seorang yang berpelajaran agama dan baik pekertinya. Mereka mula berkawan dan akhirnya Zainuddin mengatakan rasa cintanya kepada Hayati. Pada peringkat awal Hayati menolak tetapi akhirnya di menerima disebabkan tidak dapat menolak rasa cintanya kepada Zainuddin.

Konflik mula berlaku apabila percintaan Zainuddin dan Hayati diketahui ayah Hayati. Ayah Hayati tak bersetuju dan meminta Zainuddin untuk berpindah keluar daripada Padang Panjang dengan Hayati pula dikurung di rumah. Akhirnya Zainuddin akur juga. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berpindah ke Batipuh. Tetapi sebelum itu antara dia dan Hayati berikrar untuk tetap bersama walaupun jasad masing-masing berada jauh.

Semasa di Batipuh masing-masing berutus surat hinggalah satu masa Hayati berangkat ke Batipuh untuk menemui sahabat karibnya Khadijah. Sampai di Batipuh, Hayati ditimpa kejutan budaya akibat daripada pengaruh Khadijah. Khadijah dilihat sebagai watak yang agak urban dengan ciri-ciri kebaratan. Akhirnya, Zainuddin dan Hayati ditemukan semula dalam sebuah pesta. Semasa pertemuan itu Zainuddin diperkecilkan oleh Khadijah dengan mengatakan Zainuddin agak kekampungan. Kata-kata itu kemudiannya termakan oleh Khadijah.

Cinta Khadijah kepada Zainuddin walaupun masih ada tetapi mula tergugah terutama apabila mendengar dakyah Khadijah bahawa perhubungan lelaki perempuan itu hanya akan hidup dengan wang. Beza dengan prinsip Zainuddin yang mengatakan bahawa perhubungan lelaki dan perempuan itu hanya akan kekal dengan cinta.

Dipendekkan cerita, Khadijah mula memasang hajat untuk menjadikan Hayati sebagai kakak iparnya iaitu isteri kepada abangnya iaitu Aziz. Aziz pun ikut tertarik dengan kecantikan Hayati. Maka rombongan meminang dihantar untuk meminta Hayati. Dalam masa yang Zainuddin juga tidak mahu kalah. Dia ikut meminang tapi kaedahnya dengan menggunakan surat.

Akhirnya, pinangan yang dipilih adalah pinangan Aziz. Beberapa faktor yang menyebabkan Aziz dipilih antaranya faktor kewangan, keturunan dan cara Zainuddin menyampaikan pinangannya yang dilihat tidak sesuai dengan adat Minangkabau. Hayati pun sekadar bersetuju tidak melawan kepada padanya ketika ini sebuah perhubungan akan berjaya hanya dengan duit.

Zainuddin kecewa hingga menyebabkan psikologi dan fizikalnya tidak stabil. Badanya mula susut dan dia kemudiannya sakit. Ketika ini dia tinggal dengan seorang wanita dan anak lelakinya bernama Muluk. Lama selepas itu, Zainuddin berusaha juga melawan perasaannya. Di samping itu juga, Zainuddin mendapat kata semangat daripada Muluk yang walaupun tak ada asas agama tapi kata-katanya sangat memberi kesan kepada Zainuddin.

Zainuddin bangkit kembali. Kali ini untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seniman. Ditemani oleh Muluk, Zainuddin kemudiannya berpindah ke Jakarta. Disitu Zainuddin berjaya menempa nama sebagai seorang seniman yang berjaya. Baik dalam penulisan mahupun dalam pementasan.

Zainuddin kemudiannya sekali lagi berpindah ke Surabaya untuk membuka syarikat sendiri. Dalam masa yang sama Aziz dan Hayati juga berpindah ke Jakarta. Dipendekkan cerita sekali lagi, bertemulah kembali Zainuddin dengan Hayati dan Aziz.

Mereka kemudiannya berkawan baik disana memandangkan Zainuddin telah berjaya menempa nama di sana. Namun cinta Zainuddin kepada Hayati tidak pernah surut tapi bezanya sekarang, Zainuddin lebih mahir mengawal perasaanya.

Hinggalah satu masa, Aziz bertukar perangai iaitu kembali kepada perangai asalnya dulu iaitu suka keluar dengan perempuan lain dan berjudi. Sampai satu tahap Aziz meminjam wang daripada Zainuddin akibat kehabisan duit.

Kemuncak kepada cerita ini adalah ketika Aziz membunuh diri kerana kecewa dengan diri sendiri kerana gagal melunaskan tanggungjawabnya kepada Hayati. Kesudahan cerita ini pula ada baiknya dibaca sendiri kerana kalau diceritakan disini alamatnya tidak dramtiklah.

Ulasan
Menarik atau tidak cerita ini bergantung kepada individu. Kerana menarik itu tersangatlah subjektif untuk diukur. Sekiranya diungkapkan menarik, pada orang lain tidak menarik dan untuk mengungkap tidak menarik pada orang lain mungkin menarik. Jadinya, lebih baiklah baca sendiri dan nilai sendiri menarik atau tidak.

Secara keseluruhannya jalan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck banyak mengkritik sosial beberapa tempat di Indonesia ketika. Kritkan yang paling ketara adalah kepada adat Minangkabau yang diamalkan oleh masyarakat ketika itu.

Jalan cerita ini juga turut menyatakan kritikan kepada pemahaman berkenaan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Menurut penulis yang diasbabkan oleh watak Zainuddin, perhubungan lelaki dan wanita itu tidak akan kekal sekiranya menjadikan modal wang dan pangkat tetapi akan kekal sekiranya modalnya adalah cinta dan hati.

HAMKA juga dilihat mengkritik kepada masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya-budaya barat bawaan penjajah iaitu Belanda. Walaupun menolak pembaratan, tetapi HAMKA masih meraikan pemodenan. Pendapat HAMKA dilihat selari dengan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi iaitu Islam perlu dilihat pada "substance" bukan luaran semata-mata.

HAMKA juga mengangkat falsafah-falsafah bagi seorang yang mahu bergelar seniman sama ada dalam bidang penulisan, pementasan dan sebagainya yang dilihat agak menarik.

Ungkapan Menarik
HAMKA juga dilihat menulis banyak ungkapan menarik yang boleh menggugah akal untuk merenung. Disini beberapa petikan novel dikongsikan:

"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa. bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan" (m/s 63).
"Murid-murid telah boleh berdasi, boleh berpakaian cara Barat, karena agama bukan pakaian, tetapi sanggup bertempur, berjuang di dalam menjalankan agama" (m/s 73)
"Katanya hendak mengobati hati tetapi percuma, karena tidaklah akan sembuh sesuatu penyakit, kalau nama penyakit lain dan obatnya lain pula, bukan menyembuhkan, tetapi menambah dalam penyakit saja" (m/s 118)
"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat" (m/s 151)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian.

Terima kasih sudi membaca.

13 April 2013/5.40 pm 

Sekali Imbas: Gantung oleh Nadia Khan


Assalamualaikum.

Sekali imbas tentang novel terbaharu yang baru sahaja habis baca. Tak ambil masa lama. 2 hari sahaja. Baca novel kalau ambil masa yang agak cepat itu maknanya baca dengan mata bercahaya lah tu. Bukannya baca dengan tangan menutup kuat.

Novel tulisan Nadia Khan dan diterbitkan oleh FIXI. Novel yang berkisar tentang sosial empat remaja berumur 16 tahun. Tingkatan 4, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Nama aci redah. Mungkin tak ada sekolah yang sudi diburukkan.

Gibbs, KJ, Ray dan Trolls. Empat bersahabat yang kerja merembat perempuan dan membawa seribu satu kecelakaan di sekolah. Part klise! Pengaruh digunakan untuk menjadi dominan di sekolah. Wajah hensem, aktif dalam aktiviti sekolah, mak bapak kaya.

Kerja merembat perempuan ini akhirnya mengundang satu padah apabila terempat seorang gadis psiko. Actually, bukan rembat tetapi gadis psiko yang mahu dia dirembat. Klise lagi. Tak menarik ditolak. Hanya yang ada pakej sahaja diterima oleh mereka berempat.

Perempuan psiko tadi a.k.a Deepa namanya cuba juga untuk menawan hati jejaka dipuja-puja a.k.a Gibbs. Tapi Gibbs tak minat sebab dia ada crush dengan Fara a.k.a Deepa punya roomate. Fara awek supernatural yang punya kuasa tengok hantu. Ala-ala Mun dalam The Eye versi Thailand.

Gibbs dapat Fara tapi dalam masa yang sama Deepa masih suka pada Gibbs dan sering stalker Gibbs. Siap ugut bagai. Terasa tercabar, KJ dan Troll plan untuk pedajal Deepa. Gibbs hanya bersetuju tapi tak terlibat secara langsung. Pedajalan yang membuatkan Deepa buat sesuatu yang tidak disangka-sangka. The End. Hendak tahu, baca sendiri. 

Harap tidak terpengaruh dengan keburukan-keburukan yang diimaginasikan oleh pembaca.

Komen...

Komen peribadi pula, pada peringkat awal bacanya masih lagi tidak perasan yang cerita ini sebenarnya diceritakan dalam dua dimensi. Pertengahan baru dapat tangkap. Secara keseluruhannya, jangan cerita yang misteri, penuh persoalan dan dramatik mengundang rasa ingin tahu pembaca. Makanya dengan itu, tak hairanlah sekejap sahaja boleh khatam.

Moralnya pula yang paling DEEPlah yang cuba Nadia Khan sampaikan...rasanyalah. Persahabatan! Jalan cerita persahabatan yang diwujudkan dalam Gantung ini membawa daku mengimbas kembali ke dalam plot cerita Moving Target lakonan Nicolas Tse dan Edison Chen.

Nilai persahabatan yang mewujudkan kasih sayang. Kasih sayang yang sampai kita tak boleh melepaskan dan melupakan walaupun salah seorang sudah pergi. By the way, manusia itu tetap akan pergi. Sunnatullahnya sebegitu. Kita yang tinggal tetap kena move on. Belajar daripada kehilangan untuk mendapatkan yang mungkin lebih baik. Insya-Allah.

Isunya pula agaklah mainstream di sekolah-sekolah di Malaysia. Tapi terlalu ekstrem bagi sekolah-sekolah di Malaysia rasanya. Sangat Hollywood gamaknya. Tengok kepada cara mengambarkan sekolah SMCGT itu dengan sekolah di Malaysia agak jauhlah rasanya dalam sudut sosial. Tapi kalau tidak dirawat mungkin akan mencapai ke tahap sebegitu. 

Terima kasih.

p/s: terasa ada persamaan dengan style Ray yang agak misteri dan lone ranger itu.


Kisah Abdullah dan Tukang Kutip Buah Tamar

Assalamualaikum...



Maka kisahnya bermula sebegini rupa...

Abdullah seorang yang bersemangat tetapi bagi sesetengah perkara bukan kepakarannya. Suatu hari, dia keluar rumah untuk solat Zohor berjemaah di masjid. Dia melangkah pantas supaya sampai sebelum berkumandangkan iqamah.

Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seseorang lelaki yang masih bekerja memetik buah tamar. Abdullah agak terkejut. Dalam hatinya berkata "Siapa lelaki ini sampai tak ambil kisah bab sembayang! Mungkin dia tak dengar azan atau tak ambil kisah pun dengan iqamah yang akan dilaungkan kejap lagi?"

Dalam keadaan marah, Abdullah tiba-tiba menjerit. "Turun bawah...solat!"

"Ok..ok" balas lelaki si pengutip tamar tadi lembut.

"Woii keldai...cepatlah! Solat!" Abdullah menambah.

"Kau panggil aku keldai" lelaki tadi mula baran. Dia kemudiannya mencapi pelepah tamar dan cuba untuk mebelasah Abdullah.

Abdullah cepat-cepat menyembunyikan wajahnya dengan menggunakan skaf kepala bagi mengelakkan lelaki tadi cam wajahnya dan berjalan pergi ke masjid.

Lelaki tadi yang masih baran balik ke rumahnya untuk solat dan rehat sekejap. Kemudiannya, dia kembali untuk menghabiskan kerjanya yang masih tertangguh tadi. 

Waktu Asar pun tiba. 

Dan Abdullah berjalan untuk ke masjid. Dalam perjalanan, sekali lagi Abdullah terserempak dengan lelaki tadi. Kali ini Abdullah bertekad untuk mengajak sekali lagi lelaki itu ke masjid. Tapi, kali ini dia akan mengubah pendekatannya.

Abdullah mendekati lelaki tadi. "Assalamualaikum. Apa khabar?" Abdullah memberikan salam.

"Alhamdulillah...sihat?" lelaki pengutip membalas.

"Berikan saya satu berita gembira. Macam mana tamar tahun ini?" soal Abdullah mesra.

"Alhamdulillah" pendek lelaki pengutip tamar membalas.

"Semoga Allah berikan anda kejayaan, dipermudahan dalam kehidupan dan dipermudahkan ganjaran atas usaha kerja anda" doa Abdullah.

"Amin" balas lelaki tadi. Riak wajahnya menunjukkan yang dia agak gembira atas doa Abdullah tadi.

"Mungkin awak sibuk sangat hingga tak dengar bunyi azan. Azan dah berkemundang tu. Kejap lagi iqamah. Mungkin awak boleh berhenti sekejap. Rehat...kemudian bersiap-siap untuk solat Asar. Selepas solat nanti awak boleh sambung balik. Semoga Allah berikan awak kesihatan" agak Abdullah.

"Insha-Allah...Insha-Allah..." lelaki pengutip tamar tadi mula berhenti daripada kerjanya. 

Dia kemudiannya mendekati Abdullah lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. "Saya nak ucapakan berbanyak-banyak terima kasih atas adab awak yang terlalu baik ini. Tak macam lelaki yang saya jumpa masa Zohor tadi. Saya harap...saya akan jumpa dia nanti dan saya akan tunjukkan dia siapa keldai yang sebenarnya.

Tamat!!!

Kisah ini bukan kisah sendiri. Poyo je kalau copy paste cerita orang, status orang, ambil poster orang, bla bla lepas tu memilikkan sebagai milik sendiri. Bukan setakat poyo, gila publisiti. Memilikkan sebagai diri sendiri disini maknanya tiada sebarang kredit yang diberikan kepada tuan asal.

Cerita ini sebenarnya dialih bahasa daripada sebuah buku berbahasa Inggeris karya Dr Muhammad Adb Al-Rahaman Al-Arifi yang bertajuk "Enjoy Your Life". Kisah ini pada bab 4 yang bertajuk "Improve Your Skill".



Al kisahnya, benda yang ingin disampaikan bolehlah difikirkan sendiri sebab masing-masing punya akalkan. Tapi yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Adb Al-Rahaman Al-Arifi ini antaranya dia minta kita untuk tingkatkan kemahiran masing-masing. Dia kita minta buat sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran kita. Contohnya tengok televisyen. Cari rancangan yang boleh meningkatkan kemahiran kita sama ada soft skill atas pun makanan akal. Berhenti tengok cerita yang pakej "failed love story".

Kesannya, Dr Muhammad cakap, orang ini hanya akan suka ambil quote pelakon-pelakon tapi tak tahu sumber kesasihannya. Well said! Ada benarnya apa yang beliau cakap. Sebabnya hari itu ada satu cerita yang quotenya berbunyi "Nabi bagitahu, belajarlah sampai ke negeri China?" Bagi yang tak ada ilmu, diorang hanya telan bulat-bulat. Tapi bagi yang ada ilmu, dia akan tahu kebenarannya. 

Dan juga masih berbondong-bondong masyarakat kita yang apabila pergi ke kubur, duduk. Bukan duduk, bawa tikar lagi. Sebabnya, ada sahaja scene berlatar kubur dalam cerita Melayu, satu keluarga duduk bersila sambil menangis. Beza daripada ajaran Rasulullah.

Ada lagi satu contoh yang diberi beliau. Hendak tahu, bacalah sendiri. Tak payah keluar duit nak beli pun. Download e-book free sahaja. Cuma malas lawan rajin je.

Kaitan yang ada dengan cerita dan yang diulas oleh Dr. Muhamad pula sebenarnya beliau hendak beritahu yang ramai dalam kalangan kita hendak mengajak kepada kebaikan tapi tak punyai kemahiran.

Dan...untuk diri ini, pengajaran yang dapat dikatakan daripada kisah diatas tadi adalah:



Btw...buku Enjoy Your Life best. Enjoy!

Wassalam.

p/s: 2 gambar diambil daripada Google Image.

Penyebab Yang Mengubah Hala Tuju

Realitinya kita akan terkenang sesuatu apabila ianya telah pergi. Contoh mudah apabila kita tengok budak-budak sekolah yang pakai baju sekolah dan berjalan pergi atau balik ke sekolah. Ada yang suka buka dialog "Aishhh...bestnya kalau dapat pergi sekolah balik". 

Tapi dialog yang sebaliknya berlaku apabila kita bergelar mereka. "Bilalah nak habis sekoalah nie. Kerja sekolah bertimbun. Kena bangun awal. Kena pakai seragam sekolah"

Hal yang sama lebih-lebihlah lagi kalau bukan setakat memandang budak sekolah. Tapi berada bersama dengan budak sekolah. Senang cakap, gelaran "internship's teacher" katanya Abraham Lincoln. Kalau Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim sebutnya sebagai guru pelatih.

Dan tatkala mengingati zaman sekolah nie, benda yang paling tak dapat dilupakan adalah satu penyebab yang mengubah hala tuju.
Apabila bergelar budak sekolah, benda yang tak pernah selesai adalah main-main. Sebab main-main inilah juga hala tuju jadinya tak pernah jelas. Main-main masa PMR maka keputusan peperiksaan nyaris-nyaris dalam zon "dinasihat bertukar sekolah". Main-main masa SPM pula membawa kepada keputusan peperiksaan yang tidak berada dalam zon "diterima masuk universiti".

Tapi, masih lagi diterima untuk menduduki STPM. Tapi...main-main tu masih lagi tak pernah selesai. Tingkatan 6 rendah...main-main. Terbuai-buai dengan statement "aku baru 6 bawah. STPM lambat lagi". Lepas tu menginjak pula 6 atas, sekali lagi terbuai dengan statement "baru awal tahun. study last minute" baru masuk.

Maka dengan itu, hari demi hari, bulan demi bulan...bermain dan terus bermain. Nak dipendekkan cerita, dijadikan satu cerita yang membawa kepada penyebab berubahnya hala tuju. Kenapa penyebab? Sebab hakikat sebenar yang datangkan cerita tu adalah tak lain tak bukan Allah S.W.T.

Ceritanya:
Alkisah suatu petang ketika kelas tambahan untuk subjek Makroekonomi. Maklumlah ekonomi. Apabila otak dah block dengan kata ekonomi nie subjek susah maka sepatah cikgu ajar pun takkan masuk. Maka, disebabkan keboringan untuk menghabiskan kelas tambahan itu macam-macam benda dibuat yang of course cikgu yang mengajar kat depan tu tak suka.

Dan benda yang dibuat berkali-kali dan ditegur berkali-kali oleh cikgu adalah bercakap semasa cikgu mengajar. Tegur sekali...senyap pun sekali. Bercakap balik. Cikgu tegur sekali lagi. Senyap kejap. Bercakap balik.

Last-last dengan menggunakan pedagogi yang tak pernah aku belajar dalam universiti, cikgu ekonomi tersebut pun mengambil keputusan mengangkut bukunya dan keluar daripada kelas.

Haaaaaa! Padan muka! Baru tahu sekarang!

First, rasa bersalah dengan cikgu tadi.
Second, kena maki dengan satu kelas petang tu. Aishhh! 

Mulai detik dan saat itu, lepas sahaja minta maaf dan berjanji dengan cikgu tadi takkan buat lagi maka keputusan Ekonomi pun bertambah baik. Dan baru tahu yang subjek ekonomi sebenarnya senang je sebenarnya. Cuma yang membuat subjek ini susah adalah penolakan. 

Kesannya juga bukan pada subjek ekonomi semata-mata. Jangkitannya merebak kepada subjek-subjek lain terutamanya Sejarah.

Moral of the story,
1. Keberkatan daripada seorang guru sebenarnya teramat-amat besar. Dia buat satu perkara yang menjadi titik penyebab untuk sesorang berubah. "He's my change button".
2. Dengan bergelar cikgu walaupun sekadar cikgu pelatih, barulah dapat menyelami hati seorang guru itu.

TERIMA KASIH CIKGU!!!



Suka & Benci ::: Baik & Buruk

"Cikgu...cikgu memang minta jadi cikgu ke?" soal seorang murid masa relief satu kelas beberapa minggu lepas.

"Errr..." cikgu tergagap-gagap. Dilema nak beritahu yg sebenar atau nak sembunyikan hakikat sebenar. Ahhh...lantaklah. "Emmm...tak. Cikgu nak jadi...err...tukang masak"

Beberapa hari lepas, soalan ini kelmarin ditanya. "Cikgu...cikgu memang minat jadi cikgu ke?"

"Tak...cikgu nak jadi tukang masak macam Ina Garten" kali ini menjawabnya agak konfiden sebab dah ada pengalaman.

Hari ini, terbaca la pula satu artikel daripada Ustaz Hasrizal Abu Jamil. Tak nak mengulas. Boleh baca sendiri pada pautan ini >>> http://saifulislam.com/2013/07/antara-orang-agama-dan-orang-beragama/.

Neuron otak cuba mengabung jalinkan kesemuanya. Maka terlintaslah pada satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Negeri 5 Menara yang ditonton masa raya puasa lagi. Filem daripada tanah seberang, Indonesia.


Ceritanya tentang seorang budak lelaki yang punya impian untuk menyambung pelajaran di suatu tempat. Tapi pilihannya itu tidak dipersetujui oleh si emak yang lebih cenderung untuk menghantar anaknya belajar di sebuah sekolah beraliran agama.

Nak tak nak, si anak kena hormatlah juga keputusan si ibu. Belajar punya belajar dengan segala bagai pengalaman ditempa, akhirnya si anak itu nekad untuk menelefon ibunya untuk memberitahu yang dia mahu tukar sekolah. Dia mahu ke sekolah impiannya itu.

Adakah si ibu melenting marah?
Tak...si ibu hanya cool. Jawapan si ibu yang saya siap salin dan tampal kat desktop guna stick note. Kata si ibu "tempat belajar memang penting tapi kesungguhan hati jauh lebih penting". 

Kenapa ibunya memberi jawapan sedemikian? Beza dengan cara yang digunakan pada peringkat awal iaitu menentang habis-habisan keputusan si anak. Dan mana satu yang lebih tepat?
Secara peribadinya, dua-dua pendekatan yang diambil oleh si ibu adalah tepat. Peringkat awal si ibu mengambil pendekatan lebih tegas kerana dia tahu yang si anak masih belum matang untuk membuat keputusan.

Manakala untuk pendekatan yang kedua pula pada saya, si ibu sudah cukup matang untuk berfikir. Sebab itulah si ibu hanya menjawab dengan jawapan untuk si anak berfikir. Mudah kata, pendekatan awal, jawapan si ibu bersifat objektif. Manakala pendekatan kedua bersifat subjektif.

Disini juga, dapat kita lihat pada cara mengurus konflik antara ibu bapa dengan anak. Ada kala bertegaslah carannya. Adakalah diplomasilah caranya. Sebab itulah, Islam menganjurkan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Okay...habis disitu.

Sebenarnya, cerita ini terlalulah dekat dengan benda saya lalui dalam hidup. Cerita 11 tahun lepas dengan cerita 4 tahun lepas.

Version yang 11 tahun lepas adalah...emak saya nak hantar saya sekolah agama. Tapi saya memilih untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Emak saya hormat keputusan saya. Dan sejujurnya, saya tak mampu menjadi orang yg jelas matlamat hidup sepanjang 7 tahun di sekolah itu. 

Version yang 4 tahun lepas pula. Saya nak pilih UITM untuk jurusan kulinari tapi emak saya minta pilih UPSI untuk jurusan pendidikan. Kali ini, saya pula hormat keputusan ibu saya walaupun hati masih berbelah bagi. Dan, saya semakin jelas dengan matlamat sebenar kehidupan ini. Tambah-tambah lagi dengan pengalaman praktikum yang menjadikan mengajar itu melekat dalam jiwa saya.

Moral of the story yang saya nak sampaikan melalui cerita Negeri 5 Menara campur dengan cerita saya ini adalah:

Al Baqarah, 02;216:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Si anak tadi pada mulanya tak suka dengan pilihan ibunya, tapi hakikatnya itulah yang terbaik untuk dirinya.

Dan saya...saya belajar yang pengalaman pertama saya itu Allah nak bagi pengajaran bahawa benda yang suka bukanlah terbaik untuk diri saya. Manakala untuk version kedua pula, Allah nak beritahu saya bahawa benda yang saya tak suka adalah sangat terbaik bagi saya.

Tamat...

p/s: memasak itu masih kekal sebagai minat tapi bukan prioriti. Kalau setakat moist chocolate cake, carrot cake, apple cake, tomyam tu masih ada rupalah. Hias cupcake pun masih boleh dikategori sebagai cun....heeee! 

Wassalam.

Projek Peta Minda KOMSAS 2RK2

HEMODIALISIS


NABILAH



ZAINUDDIN


FARIS


AYU ARDILLA


ZAKWAN


AIMAN FAIZ


FATIN


AMIRUL IMRAN


TASNIM


ALIF


DAYANG


AFIQAH


HAIQAL


NILAM


IZZANA SOFIA


FARAH


ASYRAF


SABRINA


IFFAH