Powered by Blogger.

Penyebab Yang Mengubah Hala Tuju

Realitinya kita akan terkenang sesuatu apabila ianya telah pergi. Contoh mudah apabila kita tengok budak-budak sekolah yang pakai baju sekolah dan berjalan pergi atau balik ke sekolah. Ada yang suka buka dialog "Aishhh...bestnya kalau dapat pergi sekolah balik". 

Tapi dialog yang sebaliknya berlaku apabila kita bergelar mereka. "Bilalah nak habis sekoalah nie. Kerja sekolah bertimbun. Kena bangun awal. Kena pakai seragam sekolah"

Hal yang sama lebih-lebihlah lagi kalau bukan setakat memandang budak sekolah. Tapi berada bersama dengan budak sekolah. Senang cakap, gelaran "internship's teacher" katanya Abraham Lincoln. Kalau Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim sebutnya sebagai guru pelatih.

Dan tatkala mengingati zaman sekolah nie, benda yang paling tak dapat dilupakan adalah satu penyebab yang mengubah hala tuju.
Apabila bergelar budak sekolah, benda yang tak pernah selesai adalah main-main. Sebab main-main inilah juga hala tuju jadinya tak pernah jelas. Main-main masa PMR maka keputusan peperiksaan nyaris-nyaris dalam zon "dinasihat bertukar sekolah". Main-main masa SPM pula membawa kepada keputusan peperiksaan yang tidak berada dalam zon "diterima masuk universiti".

Tapi, masih lagi diterima untuk menduduki STPM. Tapi...main-main tu masih lagi tak pernah selesai. Tingkatan 6 rendah...main-main. Terbuai-buai dengan statement "aku baru 6 bawah. STPM lambat lagi". Lepas tu menginjak pula 6 atas, sekali lagi terbuai dengan statement "baru awal tahun. study last minute" baru masuk.

Maka dengan itu, hari demi hari, bulan demi bulan...bermain dan terus bermain. Nak dipendekkan cerita, dijadikan satu cerita yang membawa kepada penyebab berubahnya hala tuju. Kenapa penyebab? Sebab hakikat sebenar yang datangkan cerita tu adalah tak lain tak bukan Allah S.W.T.

Ceritanya:
Alkisah suatu petang ketika kelas tambahan untuk subjek Makroekonomi. Maklumlah ekonomi. Apabila otak dah block dengan kata ekonomi nie subjek susah maka sepatah cikgu ajar pun takkan masuk. Maka, disebabkan keboringan untuk menghabiskan kelas tambahan itu macam-macam benda dibuat yang of course cikgu yang mengajar kat depan tu tak suka.

Dan benda yang dibuat berkali-kali dan ditegur berkali-kali oleh cikgu adalah bercakap semasa cikgu mengajar. Tegur sekali...senyap pun sekali. Bercakap balik. Cikgu tegur sekali lagi. Senyap kejap. Bercakap balik.

Last-last dengan menggunakan pedagogi yang tak pernah aku belajar dalam universiti, cikgu ekonomi tersebut pun mengambil keputusan mengangkut bukunya dan keluar daripada kelas.

Haaaaaa! Padan muka! Baru tahu sekarang!

First, rasa bersalah dengan cikgu tadi.
Second, kena maki dengan satu kelas petang tu. Aishhh! 

Mulai detik dan saat itu, lepas sahaja minta maaf dan berjanji dengan cikgu tadi takkan buat lagi maka keputusan Ekonomi pun bertambah baik. Dan baru tahu yang subjek ekonomi sebenarnya senang je sebenarnya. Cuma yang membuat subjek ini susah adalah penolakan. 

Kesannya juga bukan pada subjek ekonomi semata-mata. Jangkitannya merebak kepada subjek-subjek lain terutamanya Sejarah.

Moral of the story,
1. Keberkatan daripada seorang guru sebenarnya teramat-amat besar. Dia buat satu perkara yang menjadi titik penyebab untuk sesorang berubah. "He's my change button".
2. Dengan bergelar cikgu walaupun sekadar cikgu pelatih, barulah dapat menyelami hati seorang guru itu.

TERIMA KASIH CIKGU!!!



0 comment:

Post a Comment