Saya Tak Kisah Kalau Anda Tak Kisah
Assalamualaikum dan salam
sejahtera....
Last post adalah June 2012.
Bermakna post tersebut sudah pun berlalu 9 bulan yang lalu. Kalau nasi bukan
setakat basi, memang terus hilang dalam periuk. Kalau rumah pula dah konfem
penuh dengan sawang. Nasib baiklah benda nie blog. Maka tak perlu nak cuci apa
sebelum masuk post baru.
Kadang-kadang benda yang kita
buat sekarang nie adalah benda yang langsung kita tak terfikir langsung pun
dulu. Hahh!!! Teori yang saya guna pakai dengan keadaan saya sekarang.
Cikgu??? Oh!!!
Benda nie hanyalah cita-cita
semasa darjah dua dan semakin pudar semakin tahun demi tahun. Tapi sekarang???
Dah macam back to basic. Walaupun sebenarnya bukanlah back to basic tapi sudah
pun Allah tulis.
Alkisahnya dulu, punyalah
bercita-cita nak belajar kulinari, tapi apakan daya rezeki ada pada dunia
pendidikan. Islam ajar bermusyawarah atau orang Melayu cakap berbincang. Kiranya
pendidikan nie macam mum and son talk la.
Belajar punya belajar sampailah
semester enam. Semester yang bermakna adanya microteaching dan macroteaching
bagai. Untuk pengetahuan, microteaching dan macroteaching itu maknanya kena
jadi cikgu, mengajar kat depan.
Hahh!!! Sekali lagi cabaran
disini.
Cabarannya kena cakap kat depan,
kena kawal kelas, kena fikir segala bagai cara atau kaedah nak mengajar, kena
fikir bahan bantu mengajar apa nak guna dan bla bla bla. Tapi nak highlightkan
disini iaitu dua. Satu...kena mengajar kat depan. Dua...kena kawal kelas.
Bercakap pasal kena mengajar kat
depan nie teringatlah pula kisah hitam semasa di tingkatan enam. Dipendekkan
ceritanya, kenalah baca doa dalam perhimpunan. Entah kenapalah punya nebes
semacam, badan habis terketar. Teks doa yang ada tulisan Arab dengan rumipun
dah nampak macam tulisan kanji Jepun. Habis saje...terus kena sound dengan
ustazah. Katanya tajwid tak betul.
Okay...fine!!! Sumpah aku tak nak
buat kerja atas pentas lagi.
Masuk universiti, takkan panggil
universiti kalau presentation kat depan. Tambah-tambah dengan pendidikan pula.
Sudah konfemlah kena banyak cakap depan. First presentation adalah group
presentation. Dah agak! Badan memang terketar-ketar. Tapi lawanlah juga.
Semester demi semester. Banyak
presentation yang dilalui akhirnya benda tu semakin terbiasa. Kiranya kalau
kena presentation seorang tu pun masih boleh terima lagilah. Nebes tu ada tapi
pada peringkat awal jelah. 2 minit lepas tu, lepas dapat confident
level...Alhamdulillah, lancar.
Dan sekarang...microteaching 10
minit dan macroteaching 40 minit. Semoga baik baik sahaja. Semoga kepala otak tak membeku. By the way, syok
juga tengok sahabat-sahabat lain yang kreatif merangka microteaching dan
macroteachingnya.
Moral of the story....
- Allah tahu apa yang baik untuk
kita.
- Tiada kejayaan tanpa usaha. “What
you give you will get back”.
- Pendidik itu kerjaya yang mulia,
dan...
- rajin-rajinlah UPDATE BLOG, kata
nak jadi Penulis.... (^_^)
Wassalam
haha..ada jugak post baru!!!
ReplyDeleteada terbaca cover depan novel hlovate, tajuk apa ntah.. geng ABCD kot.. pendidikan tu bukan terdapat dalam bilik darjah!
eniwei.., semoga slamat mnjadi pendidik.. yeap pendidik itu kerjaya yg mulia..