Saya Tak Kisah Kalau Anda Tak Kisah
Mencaci Atau Mengkritik?
MALAS, TAK IDEA, SIBUK?
Mungkin. Tapi itu semua alasan. Hentikan budaya "membangau". Insya-Allah peringatan untuk diri sendiri.
“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Al Tahrim:1
Wassalam.
Contengan Jalanan: Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan
HLOVATE?
CONTENGAN JALANAN adalah karya pertama HLOVATE yang saya baca. Dengan kata lain saya baru berjinak-jinak dengan karya HLOVATE. Mula2nya saya tak thu pun yang HLOVATE nie wujud dan saya juga tak tahu pun yang karya HLOVATE nie karya yang Islamis. Pendekkan cerita, saya kenal novel HLOVATE nie apabila saya tengok satu artikel yang di"post" oleh sahabat muslimah saya mengenai novel HLOVATE. Telahan saya, dah namanya muslimah mesti bahan bacaannya bercorakkan Islamis. Saya tak dapatkan terus novel ini, tapi apabila satu hari saya masuk kedai buku POPULAR tenampaklah novel ini yang disusun bertimbun. Apa lagi terus ambil dan terus bayar.
CONTENGAN JALANAN?
Berbulan-bulan juga buku nie jadi perhiasan kat rak buku saya. Datanglah satu masa dimana mood nak baca novel saya tinggi menggunung. Apa lagi, marathonlah. Mula dengan Rahsia RAHSIA PERINDU karya RAMLEE AWANG MURSYID, diteruskan dengan TAKDIR karya HILAL ASYRAF dan WEIL CHINA karya penulis Asia Barat, EMINE SYENIKOGLU dan sampailah giliran untuk CONTENGAN JALANAN.
Plot novel ini tak bosan. Gaya penceritaan yang santai dengan dialog slang kampung+bandar. Tapi mesejnya yang penting. Mesejnya sangat jelas dan mengetuk iman kita.
Bagi saya, mesej utama tentang novel ini adalah HIDAYAH.
Kisah bagaimana FEND dapat hidayah kisah bagaimana K2 dapat hidayah. Kisah adalah satu tapi HLOVATE membelahnya menjadi dua cerita yang saling berkait antara satu sama lain.
Tengok baik-baik "cover" novel dibawah nie...
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu lah tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
Sidang Dewan Pendidik: Satu Wacana Mahasiswa
Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat serta sahabiah sekalian....
Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang untuk bernafas. Lama benar rasanya tak "update" blog. Hari nie rasa ringan tangan mahu menulis ditambah dengan faktor selesainya semua asaimen. =)
*pengajaran untuk semester depan. Jangan buat asaimen "last minute" kerana akan meranalah diri.
Hari nie diberi kesempatan untuk menghadiri wacana ilmiah, Sidang Dewan Pendidik anjuran Exco Perhubungan & Diplomatik Majlis Perwakilan Pelajar. Tahniah kepada Ukhti Fatin Nadia amnya selaku Pengarah Program yang bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.
Program yang bagus tapi sambutannya "HAMPEH!!!!"
Begitulah realitinya program di UPSI sekiranya bersifat akademik. Kalau hiburan bersesak-sesak, berduyun-duyun yang pergi. Mungkin ramai yang masih lagi ada kelas tapi rasanya kelas dah semakin berkurang kalau sudah sampai minggu ke 14.
Satu lagi yang mengecewakan adalah sambutan daripada tuan Presiden/YDP persatuan yang kurang mengalakkan. Yang ada cuma kerusi yang mejanya "ditag" dengan persatuan masing-masing. Yang ada cuma kerusi sahaja.
Apa tujuan Sidang Dewan Pendidik dilaksanakan?
PRO!!!!
Semuanya pro. Tujuannya adalah memberikan pencerahan dan medan untuk mahasiswa "brainstorming" berkenaan dengan isu-su mahasiswa sama ada dalam persatuan seperti peruntukan HEP kepada persatuan, mahupun isu universiti seperti isu praktikum, biasiswa KPM, isu Pintu Timur. Malah isu nasional turut dibahaskan terutama berkenaan dengan kebebasan akademik.
Menarik!!!!
Perbayu bersama dengan ISU KPM, Kelas Alam Sekitar dengan ISU PINTU UTARA dan PERSATUAN BAHASA CINA dengan meminta tambahan peruntukan daripada HEP.
Mahasasiwa Golongan ILMUAN MASA DEPAN.
Pembahas yang mengemukakan usul, yang turut memberi pandangan dan mengemukakan pendirian dilihat sangat prfesional sekali. Baik dari segi "soft skill" hinggalah idea dan pandangan mereka. Terasa diri ini jauh terbelakang. Rasa macam tak layak nak pegang title mahasiswa. Sebab mahasiswa adalah golongan yang tinggi pengaruhnya kepada masyarakat.
Insya-Allah, melalui penyertaan tadi lahir motivasi untuk diri ini dan dilihat kepada semua yang menyertai supaya lebih peka mengenai isu dan berani bersuara mempertahankan hak kita..
INGAT!!!!
JANGAN JADI MAHASISWA BISU!!!!!
Tengah-tengah syok mendengar perbahasan, tiba-tiba saja ada kekecohan di Pintu Utama. Pemuda UMNO mahu hantar memorandum berkenaan Adam Adli.
Tersenyum sendirian...
Saya mahu timbulkan persoalan? Adakah isu Adam Adli untuk mengaburi enam tuntutan dalam Freedom Akademik???
Begitulah di Malaysia, dosa anda kepada KERAJAAN lebih besar daripada dosa anda kepada SANG PENCIPTA..
Begitulah manusia, satu kesilapan yang dibuat akan menghancurkan sejuta kebaikan masa dulu.
Begitulah manusia, hanya pandai melihat kesilapan orang tapi tidak pada diri sendiri.
Begitulah mahasiswa, hanya kencang di Facebook tapi apa diajak face to face. Jawapannya "sorry, saya sibuk".
Waktu menjadi mahasiswa inilah adalah peluang untuk kita keluar daripada kepompong, keluar daripada tempurung. Jangan jadi mahasiswa yang habiskan 8 semester dengan bermuka buku, makan, tidur, asaimen, kuliah dan lepak.
KESUDAHANNYA..
RUGI!!!!!!
Apa-apa pun syabas atas penganjuran Sidang Dewan Pendidik. Ada idea untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa. Tapi saya sedikit kurang yakin dengan partisipasi mahasiswa. Harap penganjuran seterusnya, kehadiran dapat dipertambahkan. Biar penuh Dewan Konvokesyen.
p/s:skip kelas sebab nak habiskan Sidang Dewan Pendidik =P
Syukran yang sudi baca.
Asif jiddan, sekiranya ada tersalah. Pandangan semua orang bukannya sama sebab otak kita cara kita...
Assalamualaikum............
Aku dan Rakan Penggerak Ad-Din(RPA)

Assalamuaikum. w.b.t.
Bagi menjelaskan kedudukan Program Penggerak Ad-Din pada semester ini, saya telah membuat satu pertemuan dengan TNC HEPA, Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar petang semalan di pejabatnya. Dalam pertemuan ringkas tersebut, TNC HEPA telah mengiktiraf program ini di peringkat universiti dan menganggap program ini sebagai program yang amat baik bagi peningkatan ilmu dan sahsiah mahasiswa/wi. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa Program RPA akan ditangguhkan seketika pada semester ini bagi memberi ruang kepada program bersifat keagamaan yang lebih besar dan hebat bakal dilakukan oleh pihak pentadbiran UPSI khususnya di pihak HEPA.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak HEPA khususnya kepada TNC HEPA yang memberi jaminan bahawa Program Penggerak Ad-Din ini tidak dimansuhkan atau dibatalkan oleh HEPA sebagaimana yang didakwa sebahagian pihak kerana program ini telah berjalan dengan lancar selama dua tahun lebih. Dalam tempoh tersebut ramai mahasiswa dan mahasiswi UPSI menjayakan program ini dan mendapat manfaat yang amat besar dalam pembangunan akhlak dan sahsiah bakal-bakal guru di UPSI.
Justeru itu, saya mengharapkan seluruh warga penggerak “Program Rakan Penggerak Ad-Din” di peringkat pusat dan peringkat kolej bersabar dan berdoa agar program ini dapat berjalan lancar seperti sedia kala. Melihat kepada kepentingan dalam pembangunan sahsiah mahasiswa/wi UPSI terutamanya dalam membimbing pelajar semester satu dan semester dua, saya mengharapkan pihak HEPA khususnya TNC HEPA dapat memberi ruang kepada program ini dijalankan dengan seberapa segera.
Sekian.








