Powered by Blogger.

Sekali Imbas: Gantung oleh Nadia Khan


Assalamualaikum.

Sekali imbas tentang novel terbaharu yang baru sahaja habis baca. Tak ambil masa lama. 2 hari sahaja. Baca novel kalau ambil masa yang agak cepat itu maknanya baca dengan mata bercahaya lah tu. Bukannya baca dengan tangan menutup kuat.

Novel tulisan Nadia Khan dan diterbitkan oleh FIXI. Novel yang berkisar tentang sosial empat remaja berumur 16 tahun. Tingkatan 4, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Nama aci redah. Mungkin tak ada sekolah yang sudi diburukkan.

Gibbs, KJ, Ray dan Trolls. Empat bersahabat yang kerja merembat perempuan dan membawa seribu satu kecelakaan di sekolah. Part klise! Pengaruh digunakan untuk menjadi dominan di sekolah. Wajah hensem, aktif dalam aktiviti sekolah, mak bapak kaya.

Kerja merembat perempuan ini akhirnya mengundang satu padah apabila terempat seorang gadis psiko. Actually, bukan rembat tetapi gadis psiko yang mahu dia dirembat. Klise lagi. Tak menarik ditolak. Hanya yang ada pakej sahaja diterima oleh mereka berempat.

Perempuan psiko tadi a.k.a Deepa namanya cuba juga untuk menawan hati jejaka dipuja-puja a.k.a Gibbs. Tapi Gibbs tak minat sebab dia ada crush dengan Fara a.k.a Deepa punya roomate. Fara awek supernatural yang punya kuasa tengok hantu. Ala-ala Mun dalam The Eye versi Thailand.

Gibbs dapat Fara tapi dalam masa yang sama Deepa masih suka pada Gibbs dan sering stalker Gibbs. Siap ugut bagai. Terasa tercabar, KJ dan Troll plan untuk pedajal Deepa. Gibbs hanya bersetuju tapi tak terlibat secara langsung. Pedajalan yang membuatkan Deepa buat sesuatu yang tidak disangka-sangka. The End. Hendak tahu, baca sendiri. 

Harap tidak terpengaruh dengan keburukan-keburukan yang diimaginasikan oleh pembaca.

Komen...

Komen peribadi pula, pada peringkat awal bacanya masih lagi tidak perasan yang cerita ini sebenarnya diceritakan dalam dua dimensi. Pertengahan baru dapat tangkap. Secara keseluruhannya, jangan cerita yang misteri, penuh persoalan dan dramatik mengundang rasa ingin tahu pembaca. Makanya dengan itu, tak hairanlah sekejap sahaja boleh khatam.

Moralnya pula yang paling DEEPlah yang cuba Nadia Khan sampaikan...rasanyalah. Persahabatan! Jalan cerita persahabatan yang diwujudkan dalam Gantung ini membawa daku mengimbas kembali ke dalam plot cerita Moving Target lakonan Nicolas Tse dan Edison Chen.

Nilai persahabatan yang mewujudkan kasih sayang. Kasih sayang yang sampai kita tak boleh melepaskan dan melupakan walaupun salah seorang sudah pergi. By the way, manusia itu tetap akan pergi. Sunnatullahnya sebegitu. Kita yang tinggal tetap kena move on. Belajar daripada kehilangan untuk mendapatkan yang mungkin lebih baik. Insya-Allah.

Isunya pula agaklah mainstream di sekolah-sekolah di Malaysia. Tapi terlalu ekstrem bagi sekolah-sekolah di Malaysia rasanya. Sangat Hollywood gamaknya. Tengok kepada cara mengambarkan sekolah SMCGT itu dengan sekolah di Malaysia agak jauhlah rasanya dalam sudut sosial. Tapi kalau tidak dirawat mungkin akan mencapai ke tahap sebegitu. 

Terima kasih.

p/s: terasa ada persamaan dengan style Ray yang agak misteri dan lone ranger itu.


1 comment:

  1. Nonton Streaming sabung ayam live Terbesar !
    Taruhan Sabung Ayam S128 - SV388 - CFT2288 (KUNGFU)
    Bonus New Member 10% / Cashback 5% - 10%
    Yuk Gabung Bersama Bolavita Raih Kemenangan Anda Sekarang Juga 100% Tanpa Bot
    Untuk Info, Bisa Hubungi Customer Service Kami ( SIAP MELAYANI 24 JAM ) :
    WA: +628122222995

    ReplyDelete