Powered by Blogger.

Mesir & Rakyatnya Yang Kuat!

Bulan dah nampak separuh. Maksudnya dah seminggu lebih bulan Syawal berlalu. Encik Ustaz bertukar pandang daripada kiri ke kanan. Daripada kanan bergerak pula ke kiri. Tersedar! Rupanya-rupanya para pendengar dah membentuk separuh bulatan dengan ustaz duduk tengah-tengah. 

Ahh! Dah macam duduk dalam "Happy Circle". Tetiba je rasa rindu pada usrah walaupun masa kat kampus dulu punyalah gaduh bagai dengan nafsu dengan syaitan sebab tak berapa nak kamceng. 

Kuliah Maghrib yang dah lebih seminggu bercuti kembali bersambung. Hurai pasal satu kitab yang dah lupa namanya.

Tajuknya pula berkenaan dengan "kuasa dalam pemerintahan" dan banyak berkisar berkenaan dengan satu gerakan Islam yang dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau Reuters atau New York Post selalu guna nama Muslim Brotherhood. Sinar Harian atau Berita Harian pula guna Ikhwanul Muslimin.




Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir sekali lagi dihamparkan dengan duri-duri tajam bak kata Syed Qutb. Kali ini durinya versi Abdel Fattah el-Sisi. Ketua Tentera kat sana. Orang awam yang tak mengira usia, jantina yang berhimpun diserang. Serang bukan setakat dengan Water Cannon atau Gas Pemedih Mata tapi peluru hidup.

Konflik bermula dengan R.I.P Democracy. Presiden yang sah dipilih melalui pilihan raya, Muhammad Mursi digulingkan, ditangkap dan sekarang tak tahu diletakkan dimana. Jadinya, rakyat mula berhimpun sebagai langkah protes kepada tindakan tindakan tentera dan meminta supaya kuasa dikembalikan kepada yang sepatutnya.

Lebih sebulan mereka berhimpun termasuk sebulan dalam bulan Ramadhan dan serangan tentera kepada rakyat yang tak bersenjata beberapa hari lalu menjadi klimaks kepada krisis ini.

Sebenarnya, benda begini bukanlah benda baru bagi politik di Mesir. Pertembungan antara haq dan batil yang hebat di Mesir nie berlaku sejak zaman Firaun VS Nabi Musa a.s.

Dalam skop perjuangan Ikhwanul Muslimin pula, mereka dah melalui segala macam jenis pengkhianatan, penyeksaan, pembunuhan dan segala bagai lagi. Imam Hassan Al Banna ditembak, Syed Qutb meninggal di tali gantung, Zainab Al Ghazali yang diseksa secara brutal di penjara (diabadikan dalam sebuah buku yang bertajuk Hari-Hari Dalam Hidupku) adalah beberapa duri tajam versi Jamal Abdul Nasser.



Hanya satu rangkap perkataan yang mainstream untuk mengambarkan rakyat Mesir atau Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang berada dalam jalan haq untuk isu ini iaitu, "DUGAAN YANG HEBAT HANYA UNTUK ORANG YANG HEBAT"

Ya, rakyat Mesir termasuklah geng-geng Ikhwanul Muslimin dah meletakkan standard mereka tersendiri dalam perjuangan menentang kebatilan. Imbas kembali daripada apa yang diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Surah Al Baqarah, 02:186:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya... 

Allah S.W.T pilih mereka untuk menerima mehnah ini sebab diorang dah sedia maklum mampu. Kalau tak percaya, boleh tengok sendirilah dengan mata kepala. Semakin ditekan diorang semakin menekan. Tak ada istilah mengaku kalah dalam hidup mereka. Sebab yang mereka mahukan adalah kemenangan.

Kemenangan tersebut adalah mati syahid atau hidup mulia. Nak hidup mulia pula dah tentulah dengan dapat meletakkan syahadah al haq di tempat paling tinggi.

Insya-Allah, kemenangan ini PASTI walaupun kita tak tahu bila. Dan kemenangan juga semakin hampir. Kemenangan juga bukan suatu proses yang retorik yang hanya ditunggu seperti tunggu buah durian jatuh ke tanah.

Nak menang kena ada usaha. Katanya Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk Al Ghuraba':

...seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (kejayaan) aku... Bukanlah seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (sejarah) ayahku... Sesungguhnya kemenangan atas usaha kita pada hari, akan merealisasikan cita-cita hari esok. Ia akan tercapai dengan sikap kesungguhan bukan gurauan, dengan berusaha membina bukannya merobohkan, dengan amal dan berpetunjuk bukan hanya jeritan kosong...

Sekali lagi ungkapan mainstream, "Allah tengok pada usaha bukan kejayaan".  And a victory is a gift from Allah S.W.T.

Quote pasal kemenangan daripada Yasmin Mogahed untuk direnungkan bersama:

When did victory come?
When they admit defeat.
Not to the creation.
To God.
The victory came.
Not from the creation.
From God.
[Yasmin Mogahed menyertakan rujukan, (54:10-15), (21:87-88), (7:23), (21:83-84)]

#pray4Egpyt

Dalam Berpuluh-Puluh Hantu Ada Satu Yang Bukan: Sirat Al Mustaqim

Ku tekan remote...hantu. Ku tekan lagi...hantu. Tekan lagi...hantu! Arggghhh! Stress! Hari Raya dah bertukar jadi macam Halloween Day.



Bulan syawal yang paling banyak syaitan hantu bagai. Tu masuk lagi yang spesis hiburan yang ntahapaapantah dan tak boleh dibuat makan otak.

Neuron pun dikerah. Nak juga cari siaran yang boleh mengisi kekosongan malam. Heeee! Padahal boleh je buka buku baca. Tak pun buka youtube, dengar Ustaz Azhar. Tapi mood tak ke arah itu. 

Maka dengan menggunakan formula mudah. Al Hijrah! Konfem tak ada hantu. Dan keputusannya tak mengecewakan. Telefilem Melayu tengah bersiaran. Tajuknya "Sirat Al Mustaqim". Trailer boleh tengok kat bawah:



Plotnya mudah. Taklah serabai macam plot "Slumdog Millionaire". Wataknya pun tak banyak. Watak utama ada 4 (nenek, ibu, anak, pesakit cilik), watak pembantu ada sorang (encik nelayan) dan beberapa orang nurse yang jadi pelengkap jalan cerita.

Untuk sinopsis, secara ringkasnya telefilem ini mengisahkan tentang si ibu yang janda(lakonan Raja Farah) ada seorang anak dan seorang ibu. Si ibu yang terlalu sayangkan anaknya hingga meletakkan sepenuh jiwa dan raganya pada si anak.

Nak pendek cerita, suatu hari, si nenek bawa si cucu pergi memancing tanpa pengetahuan si ibu. Nak jadi cerita pula, tiba-tiba si cucu jatuh ke laut dan lemas. Tak meninggal dunia tapi mengalami komplikasi pada otak hingga menyebabkannya koma.

Maka, si ibu pun salahkanlah si nenek merangkap maknya pasal tak dengar cakap dia untuk tidak bawa si anak turun laut. Sebab dia tak bagi anak dia turun laut sebenarnya dia bimbang benda sama yang dialami lakinya berlaku pada anaknya.

Masa kat hospital jumpa pula dengan pesakit cilik yang bertaraf hafizah. Budak nielah banyak beri kesedaran kepada si ibu yang benda yang berlaku datang daripada Allah S.W.T. Cara dia bagi kesedaran adalah dengan satu demi satu rangkaian ayat-ayat Al Quran.

Selanjutnya, tontonlah sendiri. Sumbernya pandai-pandailah cari sendiri ya. >_<

Jadinya kat sini juga, nak selitkanlah benda-benda yang menarik yang sempat ditangkap oleh kepala nie.

Pertama:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetaplah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Al-Insyirah 5-6)

Dulu, masa mula-mula baca ayat nie ingatkan yang Allah nak bagitahu bahawa di hujung kesukaran tu akan wujudnya kemudahan. Macam pelangi yang tiba lepas hujan lebat + petir sabung menyabung.

Selepas dengar penjelasan daripada...lupa! Yang pasti antara Nouman Ali Khan tak pun Yasmin Mogahed. He/She terangkan yang ayat nie, Allah nak bagitahu kat kita yang kemudahan dan kesukaran itu hadir at the same time. That whylah dalam ayat nie guna perkataan "disertai" bukannya "selepas". Disertai adalah "with" kalo kot omputih manakala "selepas" adalah "after". 

Maknanya tengah-tengah hujan dan ribut petir tu sebenarnya adalah kemudahan yang selalu kita lupa nak fikir. Nampak ujian tu semua "bala-bala-bala".

Dah terbang jauh ke angkasa, kita kembali semula ke bumi. Kaitkan pula dengan scene telefilem nie. Semasa duk menunggu si anak yang koma, si ibu berkenalan si hafizah yang cilik. This is what I mean. Dalam tengah-tengah kusut Allah bagi kesukaran kat si ibu tadi, Allah datangkan sekali kemudahan iaitu melalui perkenalan dengan si hafizah cilik yang banyak menyedarkan dia tentang makna "dugaan" daripada Allah.

Kedua,

Tak banyak filem, telefilem, atau drama bagai yang mengaitkan jalan cerita dengan ayat-ayat Al Quran. Dan cerita ini buktikan yang mesej itu sebenarnya boleh disampaikan dengan cara patuh syariah. Tak ada ikhtilat, aurat dan benda-benda yang sejenis dengannya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Akhir tulis, semoga Allah kurniakan rahmat kepada pelakon dan segala yang terlibat dalam menyampaikan mesej melalui filem ini dan terus istiqamah menyeru kepada kebaikan melalui bidang yang dipilih.

Wassalam....

ANTHEM: Sebuah Irama Syahadah



Assalamualaikum...

Fuhhhh! Sudah lama dah tak mengulas buku. Walaupun, blog nie taklah sehebat New York Times ataupun Kirkus Review tetapi masih ada juga si "Abdullah" yang sudi baca. Terharu rasanya. Heeeee!

Dah yang jadi mangsa untuk kali ini adalah...
ANTHEM! Novel terbaru yang ditulis oleh HLOVATE selepas CONTENGAN JALANAN.


Macam biasa. HLOVATE masih tak lari dengan karya yang guna formula JAHIL > HIDAYAH > FITRAH. Formula ini hanyalah rekaan dan tanggapan peribadi. Takde kena mengena yang hidup ataupun yang meninggal dunia.

Teknik membina plot. Perkara yang paling utama di peringkat awal adalah "PERMULAAN". Benda yang paling asas pada peringkat ini sudah semestinyalah memperkenalkan watak-watak utama. Main character untuk cerita ini adalah a third culture kid, Nur Dashrin Dania atau Dash! Dan kalau dah ada bunga, mestilah ada juga kumbangnya. Sebab itu adalah fitrah! Kalau tak caya boleh rujuk dalam salah satu ayat dalam Al Quran. At-Taubah, ayat 71. Watak untuk di kumbang pula adalah Badlee atau Lee.

Pada awal cerita ini banyak berlatarkan berkenaan dengan orkestra. Dash join! Lee pun join! Cuma bezanya Lee lebih senior dan kuasanya lebih besar daripada Dash. 

Pada awal cerita, dikisahkan dengan perangai Dash yang suka ikut kepala sendiri. Tak suka dengan peraturan. Hidup untuk enjoy dan segala bagailah. Maklum sajalah. Dia pun anak konsulat yang hidup nomad. Sekali di US. Sekali di India. Sekali di Turki.

Pendek cerita, si Badlee nie lah yang banyak kali jadi asbab untuk membentuk perangai Dash. Dash yang dulunya suka ikut perangat sendiri, jiwa kacau, suka memberontak tapi lama kelamaan mula terbentuk ke arah yang lebih positif. Positif tapi tak Islamis.

Tambah lagi apabila dia follow Young Caliph Camp dan kenal dengan Kak Jiji maka bermulalah titik untuk dia kembali kepada fitrah.

Mengikut perkiraan kepala hamba, tulang belakang kepada penceritaan ANTHEM ini adalah tentang pendidikan. Atau dengan kata lain adalah tarbiyah. Mudah kata, cuba renung hadis kat bawah nie:
Seorang bayi tidak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan ia berada dalam kesucian (fitrah). Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi. (Sahih Muslim:4402)
Hlovate nak sampaikan kat kita bahawa pendidikan itulah yang membentuk kita. Suasana, persekitaran, mak bapa, kawan-kawan dan lain-lain. Dan dengan pendidikan jugalah yang akan mengembalikan kita kepada fitrah. 

Fasa seterusnya novel ini adalah fasa Dash yang dah beransur berubah lepas balik camp. Satu demi satu dia belajar. Kemudiannya dia dapat futher ke London. Dia kenal pula dengan Kak Trisy. Senyum sedas bila dengar watak kak Trisy. Kalo nak tahu, Kak Trisy nie watak utama dalam Rooftop Rant. Trisy yang berpenyakit dan kena makan benda manis sentiasa.

Part paling menarik adalah fasa Dash dengan Lee couple tapi tak lama kemudian break. Sebabnya masa Dash mula declare dulu dia tak tahu yang benda nie...HARAM! Tapi lepas dia tak tahu dia rasa benda nie salah and then...break-up dengan cara tak berapa cantik sebab si Badlee tak dapat terima. Dan yang paling best sekali part nie adalah pada prinsip Dash. Dia tak terbawa-bawa kepada emosi sebab matlamat dia dah pun jelas. Allah S.W.T 

Point HLOVATE nak sampaikan disini adalah pentingnya pada prinsip. Ya. Prinsip! Berpegang dengan prinsip Islam. Buatlah nak buat apa pun. Tapi kalau bercanggah dengan Islam kena cepat-cepat tinggal. Itu prisip yang kena ada.

Overall the story...BEST tapi masih stick with CONTENGAN JALANAN.

Dan secara peribadinya, mesej utama dalam novel ini adalah mengangkat mesej yang disampaikan oleh Al Maududi dalam karyanya, PERANAN PELAJAR DALAM MEMBINA DUNIA. Cumanya tukar dalam bentuk penceritaan.



Buku ini sememangnya daripada HLOVATE dan sangat sesuai untuk STUDENT.

Tulah kot serba sedikit tentang review.
Review ini berdasarkan pemikiran peribadi.
Jadinya, beli dan baca.
Mungkin mesej yang kita perolehi berbeza.
Sebab, hakikatnya manusia itu berbeza.

Wassalam.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!

"Sukri! Baca doa hari nie"

"Haaa! Baca doa?" mulut terlopong. Pekehal suruh aku baca doa. Orang lain ramai lagik kot! Sebelah diri berkata-kata. Sebelah lagi katanya, nielah kot peluang untuk pupuk keyakinan diri. Ok! Challenge accepted!


"Insya-Allah" riak masih lagi cuak. Tangan menerima teks doa.

Semasa di perhimpunan.

"Sekarang saya mempersilakan pengawas yang bertugas untuk membacakan doa"

Sudah! Jantung dah macam hilang dalam badan. Nak tak nak, dah sanggup maka kena jugalah melangkah. Dengan kakinya terketar-ketar. Aduh!!

"Bismillah..." mulalah baca doa. Sampailah satu part."Aiyakkk! Macam mana nak baca ayat nie" muka mula gelabah. Ketarnya makin bertambah-tambah. Lutut, kaki, badan. Segala bagailah. Dewan dah sunyi sebab menunggu rangkap doa seterusnya dibaca dengan segala mata tengah pandang. Daripada pengetua sampai adik-adik form 1.

Tenang Sukri. Istifar! Ada bunyi kata-kata daripada stage. Maknanya daripada cikgulah tu nak suruh tenang. Makanya istifarlah dulu sekejap. Dan...yeah! Dapat juga baca sampai habis dan cepat-cepat turun ke pentas.

Belakang ke pentas, dapat call pula daripada ustazah katanya "Awak baca doa banyak salah tajwid".

"Ok fine!" taklah kata macam tu kat ustazah. Redhalah kena komen. Mulai hari itu dah tobat, takkan lagi  aku jejak atas pentas nie. Atau bercakap kat depan lagi!

Begitulah alkisahnya empat atau lima tahun yang lalu. Dan sekarang! 

Ahaksssss!!! Tobat hanya tinggal tobat. Aku dah pun selamat bergelar guru praktikum di SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban yang mengikut jadualnya, hari-hari kena bercakap kat depan. Siap tambah pakej kena belajar pedagogi untuk urus kelas, kawal tingkah laku murid-murid dan yang paling mencabar sekali nak bina hubungan dengan murid-murid. 

Pengajarannya disini,
Allah knows best.
Dia lebih tahu apa yang terbaik bagi kita.

Susah memang susah tapi ambillah sebagai cabaran bukan halangan.
Trust what Allah S.W.T says, "setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan".
Yasmin Mogahed mengulas ayat ini dalam bukunya "Reclaim Your Heart" katanya, kemudahan itu bukan hadir apabila kesusahan pergi.
Tapi sebenarnya, dalam kesusahan itu ada sebenarnya kemudahan.
Dan, dalam kemudahan itu ada juga kesusahan.

Dan kena juga letak dalam diri bahawa "apa yang Allah letak pada diri sekarang adalah atas kemampuan diri"
DIA takkan uji kalau kita tak sesuai dengan ujian-Nya. Jadinya, benda yang tengah dilalui sekarang ini terang tang tang mampu untuk hadapi.
Cumanya, nak atau tak nak je. Sekian!

p/s: Ahhh! tetiba lagu Tegar terngiang-ngiang dalam kepala! Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang! Heeeee!