Powered by Blogger.

Isabella


Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua sahabat dan sahabiah...."Uhibbukum Fillah"

Alhamdulillah....buat hari ketiga berturut-turut masih berbaki sisa maklumat untuk dikongsikan untuk semua.

Perkongsian pada kali ini sekali lagi berkenaan dengan buku atau lebih tepat lagi berkenaan dengan sebuah novel. Berbeza dengan novel-novel sebelum ini, novel yang saya ingin kongsikan buat semua untuk kali ini adalah sebuah Novel Kisah Benar.


Novel yang diberi tajuk Isabella.

Kalau sebelum ini, buku 8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu adalah buku yang paling cepat saya habiskan tapi kini novel Isabella ini mengambil alih kedudukan tersebut.(dah macam liga bola sepak pula kan??? hi3...) Saya ambil masa cuma 2 hari sahaja. Faktor cepatnya saya baca buku ini adalah disebabkan bukunya tak tebal sangat, saiz perkataannya besar, dan bukunya pula kecil jika nak dibandingkan dengan novel VT. Buku yang ditulis oleh Maulana Muhammad Saeed Dehlvi yang sebenarnya adalah sebuah karya Urdu. Namun diterjermah kepada Bahasa Melayu Indonesia dan kemudiaanya ke dalam Bahasa Melayu Malaysia.

Mula-mula saya tak perasan yang buku nie berkisarkan kisah benar seorang wanita bernama Isabella. Lepas tamat baru saya perasan, yang cerita nie adalah kisah benar berdasarkan pengamatan saya bahawa buku ini bukannya karya rekaan.

Nak tahu siapa Isabella?


Nama Isabella mungkin tidak segah sarjana Islam lain. Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengenalnya. Begitu jugalah saya. Menurut novel ini, Isabella merupakan seorang anak ketua Paderi Kristian di Cordova, Spain. Dibesarkan dengan ajaran agama Kristian dan menjadi seorang penganut Kristian yang kuat. Kisahnya berkembang apabila pada suatu hari Isabella terdengar perbualan dua orang penganut Islam iaitu Umar Lahmi dan Muaz mengenai agama Kristian.

Hujah yang diperkatakan oleh dua sahabat itu menimbulkan rasa tidak senang Isabella dan pulang memberitahu kepada institusi gereja. Apabila diberitahu oleh Isabella, paderi bersetuju untuk mengadakan perdebatan dengan Umar Lahmi mengenai agama Kristian. Justeru, Isabella menjadi orang tengah dalam mengaturkan perdebatan itu. Hari perdebatan berlangsung. Hujah-hujah yang diberikan oleh paderi berkenaan dengan agama Kristian berjaya disangkal oleh Umar Lahmi dengan menjadikan hujah kitab suci Al Quran panduan.

Isabella mula luntur kepercayaan kepada agama Kristian tetapi tidak sepenuhnya. Namun cintanya kepada Islam mula berputik. Orang seterusnya berhujah dengan Umar Lahmi adalah Ketua Paderi iaitu ayah Isabella sendiri. Ayah yang amat dikagumi oleh Isabella. Sepertimana, paderi sebelum ini, hujah Ketua Paderi sekali lagi berjaya disangkal oleh Umar Lahmi dengan menggunakan Al Quran untuk membuktikan kesesatan yang terdapat pada injil. Ketua Paderi tersebut naik marah dan terus mengusir Umar Lahmi secara tidak sopan. Sikap dan hujah ayahnya yang banyak menimbulkan keraguan meluntur terus kepercayaan Isabella terhadap Kristian.

Isabella mula berjinak-jinak dengan Islam. Isabella mendapatkan ilmu mengenai Islam melalui Umar Lahmi dan dengan lebih mendalam lagi melalui Ziad Bin Umar iaitu cendiakawan Islam di Cordova. Akhirnya, Isabella mengucapkan kalimah:


Pengislamannya dapat dihidu oleh institusi gereja dan ayahnya sendiri. Satu hari, berlaku komplot untuk menghantar Isabella ke dalam Inkuisisi iaitu kurungan bawah tanah untuk mengurung penganut Kristian yang kononnya dikatakan murtad oleh paderi. Di dalam Inkuisisi Isabella diperlakukan berbagai cara seperti memukul, tidak memberi makan dan pelbagai jenis seksaan lagi bagi meluntur keimanannya kepada Allah S.W.T. Namun Isabella selalu berdoa kepada-Nya dengan penuh ikhlas dan tawadduk.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cubaan untuk menyelamatkan Isabella dilakukan oleh empat sahabat karibnya iaitu Martha, Hanana, Mirano dan Catherine. Keempat-empat sahabatnya ini turut hilang kepercayaan ke atas agama mereka. Pada mulanya, kawan-kawan Isabella mahu dia berpura-pura kembali ke agama asalnya namun ditolak oleh Isabella kerana jelas bertentangan dengan cara Islam. Berbagai cara difikir, akhirnya mereka berempat menemui satu cara yang bagi saya satu strategi yang sangat baik dan sangat "lawak",,hi3. Caranya anda boleh baca sendiri. Mereka akhirnya berjaya menyelamatkan Isabella daripada Inskuisisi. Mereka berlima akhirnya pergi ke tempat orang Islam dan menetap di situ untuk mendalami Islam.

Akhirnya, Isabella menjadi seorang pakar hadis yang menjadi rujukan ramai orang. Suatu hari, terdapat seorang paderi perempuan yang angkuh cuba untuk berdebat dengan Isabella sendiri mengenai kedua-dua agama itu. Cabaran diterima oleh Isabella. Kali ini dia sendiri yang berdebat. Sangkalan demi sangkalan terhadap pelbagai jenis soalan yang ditanya oleh paderi perempuan itu akhirnya berjaya menutup keangkuhan paderi wanita itu yang juga mendakwa dia dikurniakan mukjizat oleh tuhannya. Ilmu yang didalami selama 10 tahun oleh Isabella berjaya mendedahkan kekurangan agama mereka dahulu. Perdebatan dua wanita itu mempunyai hikmah sendiri kerana ramai paderi perempuan(sister) yang turut hadir untuk mendegar perdebatan itu menerima Islam termasuk paderi yang berdebat dengan Isabella tadi. Begitulah secara ringkas ceritanya walaupun saya rasa saya dah cerita dari A hingga Z...^_^

Bagi saya sendiri sebagai muslim, banyak pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi daripada kisah Isabella ini. Antaranya:

  1. Kitab Suci Al Quran adalah mukjizat yang paling agung dikurniakan oleh Allah S.W.T melalui Rasululullah S.A.W untuk menjadi rujukan kita.
  2. Terdapat banyak penyelewengan Injil dan Taurat pada masa kini melalui bukti-bukti yang terdapat dalam Al Quran seperti yang diceritakan dalam novel ini.
  3. Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi contoh kepada pembentukkan jasmaniah dan rohaniah seseorang manusia.
  4. Lain-lain lagi...^_^

Ketinggian Ilmu penulis mengenai ilmu Al Quran dan selok belok Injil membantu menghuraikan perbezaan antara Islam dan Kristian secara terperinci. Kalau nak tahu perbezaan yang dihuraikan oleh Maulana Muhammad Saeed Dehlvi mengenai Islam dan Kristian dengan lebih jelas bacalah buku ini. Insya-Allah dapat membantu kita semua menambahkan maklumat.

Diharap perkongsian ini berguna untuk semua dan diri saya juga. Selamat membeli dan selamat membaca....

Wassalam..

8 comment:

  1. aku, Isabella dan Tok Kenali- buku yang menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah...mahu mendapatkan buku tu gak...

    ReplyDelete
  3. salam..nk tnya kat mana saudara dptkn buku tu? dah lama sy cr tp xjmpa pun..hrp penjelasan.. trima ksh.

    ReplyDelete
  4. kalo kedai buku yang faymes2 mcm popular, mph tu sudah nak dapat...try cari dgn orang jual buku kat event2...

    ReplyDelete
  5. Salam... Saya dah habis baca novel isabella, hanya meminjam daripada rakan. Tapi... Kisah isabella ni kisah benar ke? Boleh saya tahu latar masa sejarah ni berlaku?

    ReplyDelete
  6. Maknanya maksud nama issabela ni bgus la? N betul ke crita ni? Ada sy pnh baca dlu ratu issabella ni penentang agama islam yg kuat. N xde plak peghabisannya d ceritakn dia msuk islam. Mna 1 yg betoi nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Aza mila. Saya juga baca buku itu dalam masa 2 hari sebab sangat teruja ingin tahu kesudahan kisahnya terutama Isabella. Saya sangat berharap akan ada sesiapa yang dapat memberi sikit pencerahan samaada nama Isabella itu baik maksudnya dalam Islam kerana ada juga dengar nama itu bermakna sebaliknya i.e. menentang Islam. Sama2 kita nantikan ya. Wassalam

      Delete