Powered by Blogger.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck: Kisah Cinta Yang Tidak Kesampaian

Assalamualaikum dalam salam sejahtera.

Ulasan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah novel yang agak popular daripada seorang ulamak yang berpengaruh di rantau ini iaitu HAMKA atau nama penuhnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1938 dan yang berada di tangan sekarang adalah cetakan ke 32.


Bak kata Ustaz Zahiruddin Zabidi, pada awalnya buku ini ingatkan adalah sebuah buku sejarah. Tapi telahan tersebut nyata sangat-sangat tidak betul. Tema asal sebenarnya buku ini adalah kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati yang mengharungi pelbagai halangan antaranya adalah taksub dengan adab. 

Sinopsis
Cerita ini menceritakan berkenaan Zainuddin yang berlatar belakangkan ibu Bugis-Mengkasar dan bapanya, Minangkabau. Selepas meninggal sahaja kedua ibu bapanya, Zainuddin dibesarkan oleh penjaganya yang dipanggi Mamak.

Selepas membesar, Zainuddin bercadang untuk kembali ke tanah bapanya untuk mencari asal usulnya. Walaupun tidak dipersetujui Mamaknya, Zainuddin tetap juga dengan keputusannya. Maka berlayarlah Zainuddin ke tanah asal usulnya iaitu di Padang Panjang.

Walaupun kedatangan Zainuddin ke Padang Panjang diraikan tetapi penerimaannya tidak sepenuhnya. Hal ini kerana adat Minangkabau yang lebih mementingkan belah perempuan. Memandangkan pula ibu Zainuddin daripada keturunan Bugis.

Akibatnya, Zainuddin agaklah kecewa dengan penerimaan ke atasnya oleh daging dagingnya di Padang Panjang. Namun, kecewanya itu terubat dengan kehadiran Hayati. Seorang yang berpelajaran agama dan baik pekertinya. Mereka mula berkawan dan akhirnya Zainuddin mengatakan rasa cintanya kepada Hayati. Pada peringkat awal Hayati menolak tetapi akhirnya di menerima disebabkan tidak dapat menolak rasa cintanya kepada Zainuddin.

Konflik mula berlaku apabila percintaan Zainuddin dan Hayati diketahui ayah Hayati. Ayah Hayati tak bersetuju dan meminta Zainuddin untuk berpindah keluar daripada Padang Panjang dengan Hayati pula dikurung di rumah. Akhirnya Zainuddin akur juga. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berpindah ke Batipuh. Tetapi sebelum itu antara dia dan Hayati berikrar untuk tetap bersama walaupun jasad masing-masing berada jauh.

Semasa di Batipuh masing-masing berutus surat hinggalah satu masa Hayati berangkat ke Batipuh untuk menemui sahabat karibnya Khadijah. Sampai di Batipuh, Hayati ditimpa kejutan budaya akibat daripada pengaruh Khadijah. Khadijah dilihat sebagai watak yang agak urban dengan ciri-ciri kebaratan. Akhirnya, Zainuddin dan Hayati ditemukan semula dalam sebuah pesta. Semasa pertemuan itu Zainuddin diperkecilkan oleh Khadijah dengan mengatakan Zainuddin agak kekampungan. Kata-kata itu kemudiannya termakan oleh Khadijah.

Cinta Khadijah kepada Zainuddin walaupun masih ada tetapi mula tergugah terutama apabila mendengar dakyah Khadijah bahawa perhubungan lelaki perempuan itu hanya akan hidup dengan wang. Beza dengan prinsip Zainuddin yang mengatakan bahawa perhubungan lelaki dan perempuan itu hanya akan kekal dengan cinta.

Dipendekkan cerita, Khadijah mula memasang hajat untuk menjadikan Hayati sebagai kakak iparnya iaitu isteri kepada abangnya iaitu Aziz. Aziz pun ikut tertarik dengan kecantikan Hayati. Maka rombongan meminang dihantar untuk meminta Hayati. Dalam masa yang Zainuddin juga tidak mahu kalah. Dia ikut meminang tapi kaedahnya dengan menggunakan surat.

Akhirnya, pinangan yang dipilih adalah pinangan Aziz. Beberapa faktor yang menyebabkan Aziz dipilih antaranya faktor kewangan, keturunan dan cara Zainuddin menyampaikan pinangannya yang dilihat tidak sesuai dengan adat Minangkabau. Hayati pun sekadar bersetuju tidak melawan kepada padanya ketika ini sebuah perhubungan akan berjaya hanya dengan duit.

Zainuddin kecewa hingga menyebabkan psikologi dan fizikalnya tidak stabil. Badanya mula susut dan dia kemudiannya sakit. Ketika ini dia tinggal dengan seorang wanita dan anak lelakinya bernama Muluk. Lama selepas itu, Zainuddin berusaha juga melawan perasaannya. Di samping itu juga, Zainuddin mendapat kata semangat daripada Muluk yang walaupun tak ada asas agama tapi kata-katanya sangat memberi kesan kepada Zainuddin.

Zainuddin bangkit kembali. Kali ini untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seniman. Ditemani oleh Muluk, Zainuddin kemudiannya berpindah ke Jakarta. Disitu Zainuddin berjaya menempa nama sebagai seorang seniman yang berjaya. Baik dalam penulisan mahupun dalam pementasan.

Zainuddin kemudiannya sekali lagi berpindah ke Surabaya untuk membuka syarikat sendiri. Dalam masa yang sama Aziz dan Hayati juga berpindah ke Jakarta. Dipendekkan cerita sekali lagi, bertemulah kembali Zainuddin dengan Hayati dan Aziz.

Mereka kemudiannya berkawan baik disana memandangkan Zainuddin telah berjaya menempa nama di sana. Namun cinta Zainuddin kepada Hayati tidak pernah surut tapi bezanya sekarang, Zainuddin lebih mahir mengawal perasaanya.

Hinggalah satu masa, Aziz bertukar perangai iaitu kembali kepada perangai asalnya dulu iaitu suka keluar dengan perempuan lain dan berjudi. Sampai satu tahap Aziz meminjam wang daripada Zainuddin akibat kehabisan duit.

Kemuncak kepada cerita ini adalah ketika Aziz membunuh diri kerana kecewa dengan diri sendiri kerana gagal melunaskan tanggungjawabnya kepada Hayati. Kesudahan cerita ini pula ada baiknya dibaca sendiri kerana kalau diceritakan disini alamatnya tidak dramtiklah.

Ulasan
Menarik atau tidak cerita ini bergantung kepada individu. Kerana menarik itu tersangatlah subjektif untuk diukur. Sekiranya diungkapkan menarik, pada orang lain tidak menarik dan untuk mengungkap tidak menarik pada orang lain mungkin menarik. Jadinya, lebih baiklah baca sendiri dan nilai sendiri menarik atau tidak.

Secara keseluruhannya jalan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck banyak mengkritik sosial beberapa tempat di Indonesia ketika. Kritkan yang paling ketara adalah kepada adat Minangkabau yang diamalkan oleh masyarakat ketika itu.

Jalan cerita ini juga turut menyatakan kritikan kepada pemahaman berkenaan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Menurut penulis yang diasbabkan oleh watak Zainuddin, perhubungan lelaki dan wanita itu tidak akan kekal sekiranya menjadikan modal wang dan pangkat tetapi akan kekal sekiranya modalnya adalah cinta dan hati.

HAMKA juga dilihat mengkritik kepada masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya-budaya barat bawaan penjajah iaitu Belanda. Walaupun menolak pembaratan, tetapi HAMKA masih meraikan pemodenan. Pendapat HAMKA dilihat selari dengan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi iaitu Islam perlu dilihat pada "substance" bukan luaran semata-mata.

HAMKA juga mengangkat falsafah-falsafah bagi seorang yang mahu bergelar seniman sama ada dalam bidang penulisan, pementasan dan sebagainya yang dilihat agak menarik.

Ungkapan Menarik
HAMKA juga dilihat menulis banyak ungkapan menarik yang boleh menggugah akal untuk merenung. Disini beberapa petikan novel dikongsikan:

"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa. bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan" (m/s 63).
"Murid-murid telah boleh berdasi, boleh berpakaian cara Barat, karena agama bukan pakaian, tetapi sanggup bertempur, berjuang di dalam menjalankan agama" (m/s 73)
"Katanya hendak mengobati hati tetapi percuma, karena tidaklah akan sembuh sesuatu penyakit, kalau nama penyakit lain dan obatnya lain pula, bukan menyembuhkan, tetapi menambah dalam penyakit saja" (m/s 118)
"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat" (m/s 151)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian.

Terima kasih sudi membaca.

13 April 2013/5.40 pm 

13 comment:

  1. Replies
    1. Iya, memang. Buku ni boleh dapatkan dekat iwanicjbookstore atau whatsapp 01125805914 tapi kalau tak nak baca, rasanya da movie dia

      Delete
    2. Hai iwani..
      Cuma nak bertanya. Novel tu masih ada lagi ke dipasaran??

      Delete
  2. Ceritanya memang best. Saya tengok dlm bas ketika balik dari rumah ayah Hamka ke Padang.

    ReplyDelete
  3. BAGAIMANA JIKA SAYA NAK BELI BUKU NI EK?

    ReplyDelete
  4. Saya cuma mendengar kawan2 yang lebih senior tentang bagusnya isi cerita buku ini. Kata mereka buku ini pernah menjadi novel sastera form6. Alhamdulillah, saya berjaya membacanya setelah meminjamnya dari perpustakaan awam negeri Perak. Bahasanya klasik aras tinggi tapi mudah difahami kerana ia mirip bahasa melayu, bukan Indonesia. Tahun berikutnya, ia difilemkan dan saya menontonnya dengan penuh penghayatan sambil menggambarkan suasana dalam novel asal. Kesimpulannya inilah karya bermutu yang sukar diperolehi lagi pada zaman ini.

    ReplyDelete
  5. Saya cuma mendengar kawan2 yang lebih senior tentang bagusnya isi cerita buku ini. Kata mereka buku ini pernah menjadi novel sastera form6. Alhamdulillah, saya berjaya membacanya setelah meminjamnya dari perpustakaan awam negeri Perak. Bahasanya klasik aras tinggi tapi mudah difahami kerana ia mirip bahasa melayu, bukan Indonesia. Tahun berikutnya, ia difilemkan dan saya menontonnya dengan penuh penghayatan sambil menggambarkan suasana dalam novel asal. Kesimpulannya inilah karya bermutu yang sukar diperolehi lagi pada zaman ini.

    ReplyDelete
  6. baru tengok movie dia semalam. banjir dengan ayak mata. disebabkan terlalu mementingkan adat maka peribadi yang mulia sanggup ditolak ketepi. teroesir. sob sob sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Twngok kat mna? Ada kat u tube ke?

      Delete
    2. Siang tadi kat astro citra/mustika ada tayang kat

      Delete
  7. Aku kemaren sempet ulas juga kisah van der wijck ini, ngga nyangka sih ternyata true story. ulasan yang bagus kak

    ReplyDelete