Powered by Blogger.

Novel...Picisankah?

Assalamualaikum...

Saya menulis blog lagi walaupun asaimen bertimbun(tak sentuh pun lagi). Kali ini hati tergerak mahu menyentuh sejenis bahan bacaan yang kita panggil N.O.V.E.L.



Mungkin ramai yang pandang yang novel adalah bahan bacaan picisan yang agak kurang dalam sudut ilmunya. Saya raikan pandangan tersebut. Mungkin diorang tengok novel tu daripada sisi diorang dan saya tengok novel daripada  sisi saya.

Novel?

Pergi saja mana-mana kedai buku kita dapat tengok berlambak-lambak novel. Macam-macam jenis, macam-macam saiz dan macam-macam tema. Kalau kita tengok kat negara maju seperti USA, UK dan sebagainya, genre utama mereka lebih kepada thriller dan jalan-jalan cerita yang sangat kritikal. Dan kalau kat Malaysia, of courselah novel cintan cintun. Mungkin kebanyakan yang beranggapan novel nie sebagai bahan bacaan picisan disebabkan oleh majoriti genre novel tersebut. Saya pun kerap kali mengeluh untuk mencari novel yang keluar daripada kepompong cinta cintun liberal. Susah bukan mudah? Nak baca yang orang putih punya...merangkak-rangkak. 

Novel...masalahkah?

Orang kata, masalah tu jangan dilihat sebagai masalah tapi peluang. Ya...peluang. Peluang untuk mendekatkan khususnya golongan remaja kepada suatu yang bersahsiah dan kriktikal. Mungkin kita tak sedar kewujudan kelompok minoriti yang cuba menyampaikan dakwah Islamiyyah menggunakan medium novel. Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Habibur Rahman El Shirazy. Sebab apa? Sebab diorang cuba menyalurkan kesukaan remaja kepada saluran yang lebih baik.

Novel...Dakwah...Kreatif?

Saya suka mengungkapkan yang "Dakwah itu Tidak Skema tapi Kreatif". Apabila saya kaitkan antara tiga perkataan iaitu novel, dakwah dan kreatif, saya suka pada gaya penyampaian Hlovate yang sampai sekarang saya tak tahu apa gender dia. Gayanya sangat urban tapi tak keluar daripada syariat. First time baca memang agak sarkastik sebab diawal penceritaannya agaklah liberal juga. Tapi jangan tertipu sebagai akan ada pencerahan pada bab-bab yang seterusnya.



Novel membentuk mentaliti?

Contoh mudah dapat kita lihat pada era-era kemerdekaan dahulu. Novel digunakan untuk meniupkan roh untuk melawan penjajah. Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako antaranya yang boleh dijadikan contoh. Tapi sekarang, tak banyak novel untuk membentuk gaya berfikir. Bukan tak ada...ada. Tapi tak banyak. Contohnya Faisal Tehrani.

Kesimpulannya, saya tidaklah setuju sekiranya suara-suara sarkastik berkata berkenaan novel. 

Moral of the story:
- Jangan tengok novel tu dalam konteks pasaran Malaysia tapi tengoklah pada peranan dia. 
- Tandas takkan bersih kalau setakat nak basuh tapi tak jejakkan kaki pun dalamnya.
- Raikan kepelbagaian.
- Dakwah tak Skema tapi Kreatif

Wallahualam.

:::mood:LAYAN FIXI (liberal yang thriller):::

The Magic Of "ILMU"

Assalamualaikum...

First of all, sudilah disini saya nak mention yang ILMU pada tajuk post nie tak ada kena mengena dengan Ulama Muda UMNO...kui3

Sekarang, saya masuk pada tujuan asal saya tulis post ini...

Hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk terbang bebas ala-ala burung, untuk berguling-guling atas katil ala-ala walrus tapi..............(lost connection).

Buat minggu ketiganya tak dapat rasa kebebasan itu. Minggu pertama program...okay. Mingg kedua program...okay. Minggu ketiga program...what the fish. Tetiba saja nama terpampang kat MyUPSI. Katanya program 1 Citizen. 



First impression...apa ke jenis program nie? Tak pernah dengar pun.

Otak jahat berfikir...program nie ala-ala BTN ke? nak doktrin aku ke? (trauma dengan BTN)

Nak tak nak, pergilah juga sebab katanya ada kredit pada ijazah. Perkataan "nak tak nak" disini dah terang tang tang membawa maksud tak sudi pun nak pergi. Tak ikhlas pun nak pergi. Siap buat announcement kat status fb lag cakap pergi program 1 Citizen dengan mood tak berapa nak ikhlas.

Dipendekkan cerita, masuklah orang handle program. Orang daripada ICT UPSI. Encik Wiraputra namanya. Maka mengajarlah dia...satu topik ke satu topik.

Ohhhhhh I seeeeee...tanggapan saya salah rupanya!

Program nie bagus kot. Sebenarnya, dia nak bagi pendidikan berkenaan dalam macam-macam aspek. Menggunakan internet dengan cara beretika, penjagaan kesihatan dalam penggunaan ICT, keselamatan dalam penggunaan ICT dan segala bagai lagilah.

Yang bagusnya, semua belajar benda baru. Sebelum nie, hari-hari je guna internet. Tapi tak rasa apa-apa pun. Main guna je. Sekarang, dapatlah kesedaran bahawa dalam internet ni pun sama bahayanya macam dunia realiti. Internet boleh buat orang bunuh diri, internet boleh buat orang tak bersosial, internet buat orang membuli dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya. Sebelum nie juga kita main tekan je segala bagai content dalam internet tanpa rasa bimbang identiti kita kena curi, akaun bank kita kena ceroboh dan lain lain.

Perbezaan lepas habis program nie adalah...tetiba nak rasa berhati-hati sebelum buat sesuatu masa guna internet.

Main pengajaran yang nak bagitahu kat sini adalah jangan berprasangka buruk. Tambah-tambah denga  ilmu. Kita pernah dengarkan orang selalu cakap "dengar pada apa yang dia bercakap bukan kepada siapa yang bercakap". Jangan ingat segala macam program kerajaan nie ala-ala sosial saje tau.

The magic of ILMU nie sebenarnya bukan sekali dua berlaku pada saya. Antaranya contoh ilmu yang didengar secara tak sengaja dan sekejap tapi terus sentap kat dalam kepala otak adalah:

1) Amalan sunnah itu menjadi pelengkap kepada ibadah wajib kita. Jadi kenapa kita nak tinggal benda sunnah. (Dr. Bazrul a.k.a Pengetua KUO)

2) Syurga adalah rahmat Allah yang sudah cukup besar bagi manusia tapi hakikatnya Allah boleh buat lebih daripada itu. (Ustaz Nuruddin)

Moral of the story disini,

- Belajar untuk berhusnu-dzon
- Belajar itu perlukan amalnya maka segala benda yang dibelajar dalam program 1 Citizen tu wajiblah diamalkan.

Wassalam...

Saya Tak Kisah Kalau Anda Tak Kisah


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Last post adalah June 2012. Bermakna post tersebut sudah pun berlalu 9 bulan yang lalu. Kalau nasi bukan setakat basi, memang terus hilang dalam periuk. Kalau rumah pula dah konfem penuh dengan sawang. Nasib baiklah benda nie blog. Maka tak perlu nak cuci apa sebelum masuk post baru.

Kadang-kadang benda yang kita buat sekarang nie adalah benda yang langsung kita tak terfikir langsung pun dulu. Hahh!!! Teori yang saya guna pakai dengan keadaan saya sekarang.



Cikgu??? Oh!!!

Benda nie hanyalah cita-cita semasa darjah dua dan semakin pudar semakin tahun demi tahun. Tapi sekarang??? Dah macam back to basic. Walaupun sebenarnya bukanlah back to basic tapi sudah pun Allah tulis.

Alkisahnya dulu, punyalah bercita-cita nak belajar kulinari, tapi apakan daya rezeki ada pada dunia pendidikan. Islam ajar bermusyawarah atau orang Melayu cakap berbincang. Kiranya pendidikan nie macam mum and son talk la.

Belajar punya belajar sampailah semester enam. Semester yang bermakna adanya microteaching dan macroteaching bagai. Untuk pengetahuan, microteaching dan macroteaching itu maknanya kena jadi cikgu, mengajar kat depan.

Hahh!!! Sekali lagi cabaran disini.

Cabarannya kena cakap kat depan, kena kawal kelas, kena fikir segala bagai cara atau kaedah nak mengajar, kena fikir bahan bantu mengajar apa nak guna dan bla bla bla. Tapi nak highlightkan disini iaitu dua. Satu...kena mengajar kat depan. Dua...kena kawal kelas.

Bercakap pasal kena mengajar kat depan nie teringatlah pula kisah hitam semasa di tingkatan enam. Dipendekkan ceritanya, kenalah baca doa dalam perhimpunan. Entah kenapalah punya nebes semacam, badan habis terketar. Teks doa yang ada tulisan Arab dengan rumipun dah nampak macam tulisan kanji Jepun. Habis saje...terus kena sound dengan ustazah. Katanya tajwid tak betul.

Okay...fine!!! Sumpah aku tak nak buat kerja atas pentas lagi.

Masuk universiti, takkan panggil universiti kalau presentation kat depan. Tambah-tambah dengan pendidikan pula. Sudah konfemlah kena banyak cakap depan. First presentation adalah group presentation. Dah agak! Badan memang terketar-ketar. Tapi lawanlah juga.

Semester demi semester. Banyak presentation yang dilalui akhirnya benda tu semakin terbiasa. Kiranya kalau kena presentation seorang tu pun masih boleh terima lagilah. Nebes tu ada tapi pada peringkat awal jelah. 2 minit lepas tu, lepas dapat confident level...Alhamdulillah, lancar.

Dan sekarang...microteaching 10 minit dan macroteaching 40 minit. Semoga baik baik sahaja. Semoga kepala otak tak membeku. By the way, syok juga tengok sahabat-sahabat lain yang kreatif merangka microteaching dan macroteachingnya.

Moral of the story....

- Allah tahu apa yang baik untuk kita.
- Tiada kejayaan tanpa usaha. “What you give you will get back”.
- Pendidik itu kerjaya yang mulia,

dan...

- rajin-rajinlah UPDATE BLOG, kata nak jadi Penulis.... (^_^)

Wassalam