Powered by Blogger.

8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu


Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah untuk sahabat serta sahabiah sekalian.....

Alhamdulillah, satu lagi ulasan buku akan dicoretkan dalam blog yang serba kekurangan ini. 8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu adalah buku yang paling cepat saya baca. Kalau tak silap kurang daripada seminggu.

Sebab utama saya beli buku ini adalah untuk mendalamkan pengetahuan mengenai Sirah pada zaman Rasulullah S.A.W dan tarikan utama untuk saya membeli buku ini adalah disebabkan terdapat satu nama bernama Khaulah. Saya pernah diceritakan oleh seorang sahabiah mengenai seorang srikandi bernama Khaulah yang turun berperang bersama-sama dengan kaum muslimin di medan jihad. Namun, Khaulah yang diceritakan oleh sahabiah tadi bukanlah Khaulah yang sama seperti yang terdapat dalam buku ini. Tapi, alhamdulillah, buku ini tersangatlah menarik kerana selain daripada dapat mengetahui perjalanan hidup Ummul Mukminim ini, terselit pengajaran yang sangat berharga untuk perjalanan hidup kita untuk mendapat redha Allah S.W.T

Buku yang menceritakan 8 orang tokoh yang Allah turunkan wahyu untuknya. Antara 8 tokoh Ummul Mukminim itu adalah Aisyah R.A, Fatimah Az Zahra, Zainab Binti Jahasy R.A, Hafshah Binti Umar Al-Khattab R.A, Ramlah Binti Abu Sufyan, Khaulah Binti Tha'labah, Ummul Kalsum Binti Uqbah dan Ummu Syarik Ghaziyah Binti Jabir.

Walaupun buku ini berkisarkan mengenai Ummul Mukminim, namun pengajaran dalam buku ini bukanlah hanya untuk golongan muslimat sahaja tetapi turut menerapkan pengajaran untuk golongan muslimin. Disini saya kongsikan secara ringkas pengajaran yang diperolehi bagi beberapa kisah hidup Ummul Mukminim yang diceritakan.


Aisyah R.A

Semua orang kenal Aisyah R.A. Puteri kepada Abu Bakar R.A dan isteri kesayangan Rasulullah S.A.W. Kisah Aisyah R.A yang 1/3 buku ini sememagnya amat menarik. Kadang-kadang tersenyum seorang diri tatkala membaca kisah Ummul Mukminim ini. Senyum disebabkan tertarik dengan "kecomelan" Aisyah R.A dengan sifat cemburunya kepada Rasulullah S.A.W. Manusia semangnya tidak dapat lari dengan sifat cemburu terutama golongan wanita begitu juga dengan Aisyah R.A. Kebijaksanaan Rasulullah S.A.W amat wajar dicontohi dalam menangani sifat cemburu isteri kesayangan dia ini. Kelembutan dan usikan yang ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W ke atas Aisyah R.A mengharmonikan keluarganya. Sifat terpuji Ummul Mukminim ini juga terserlah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W iaitu melalui ketinggian ilmu yang ditonjolkan. Aisyah R.A merupakan salah seorang periwayat hadis yang menjadi rujukan Rasulullah S.A.W, wanita perlu menzahirkan kasih sayang dan mentaati suaminya seperti kasihnya Aisyah R.A kepada Rasulullah S.A.W dan wanita juga perlu berilmu supaya tidak mudah ditindas. Banyak lagi pengajaran lain yang terdapat dalam kisah Aisyah R.A ini.

Fatimah Az Zahra

Puteri kesayangan Rasulullah S.A.W yang merupakan anak yang patuh. Berkahwin dengan Ali Bin Abi Talib dan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri dalam serba kekurangan. Ali bukanlah seorang berharta tetapi sifat Fatimah Az Zahra yang bukan memilih suami berdasarkan harta kekayaan menyebabkan terbinanya mahligai perkahwinan mereka. Seorang isteri yang bertanggunjawab. Kehidupan keluarganya yang susah membuatkan dia berasa bertanggunjawab untuk membantu suaminya dalam menguruskan keluarga dengan berkerja mengiling gandum. Pernah sekali Ali mendatangi Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang hamba untuk membantu isterinya, namun disebabkan sikap kepimpinan Rasulullah yang profesional yang berasakan bahawa ramai lagi orang miskin lebih memerlukan daripada Fatimah Az Zahra menyebabkan Rasulullah S.A.W tidak boleh menunaikan permintaan Ali. Akan tetapi, Rasulullah tidak mengecewakan Ali dan puterinya. Rasulullah memberi satu cara untuk menghilangkan letih bekerja seperti yang diajarkan Jibrail iaitu dengan:

Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali sebelum tidur

Fatimah juga pernah diduga dengan satu berita iaitu berita mengenai Ali, suaminya yang mahu berkahwin dengan anak Abu Jahal. Fatimah tidak dapat menerima perkhabaran itu. Bukan tidak menerima poligami tetapi tidak dapat menerima bahawa calon itu adalah anak kepada musuh Rasulullah S.A.W dan juga musuh Islam. Dugaan ini ditempuh dengan sabar dan akhirnya permasalah mereka diselesaikan secara baik oleh Rasulullah S.A.W. Fatimah Az Zahra mencintai mati. Buktinya ketika kewafatan Rasulullah S.A.W waktu Rasulullah berbisik kepadanya. Fatimah Az Zahra tersenyum tatkala Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan menyusul Rasulullah selepas ini.

Zainab Binti Jahasy R.A

Zainab merupakan seorang yang dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sifatnya yang tidak sombong, tidak meninggalkan solat dan puasa serta amat suka bersedekah sememangnya amat disenangi oleh semua orang termasuk juga dengan madunya iaitu Aisyah R.A. Peristiwa Zainab juga membawa kepada turunnya berkenaan dengan hijab. Kewafatannya memberi kesan kepada semua orang dek kebaikan yang ditonjolkan.

Kesimpulannya, buku ini bagi saya sangat menarik. Banyak ilmu di dalamnya terutama yang bersangkut paut dengan wanita. Kisah 8 tokoh yang diceritakan ini melahirkan rasa kagum yang teramat tinggi. "Tangan yang menghayun buaian telah lama mengoncang dunia". Justeru, wanita bukanlah golongan yang lemah. Mereka sangat kuat dan menjalani hidup mereka. Wanita pada masa kini wajar menjadikan Ummul Mukminim ini sebagai role model dan bukannya Siti Nurhaliza. Justeru, saya amat menggalakan sahabiah terutamaya mendapatkan buku ini kerana selepas anda semua membacanya, anda akan tahu apa sebenarnya peranan anda sebagai wanita.

Selamat mendapatkan buku ini dan selamat membaca. Hayatilah kisah mereka dan contohilah mereka. Insya-Allah anda akan dirahmati dunia akhirat. Nak pinjam dengan saya pun boleh tapi harap menjaganya dengan baik kerana saya sayang buku ini. ^_^

Wassalam....

0 comment:

Post a Comment