Powered by Blogger.

Dalam Berpuluh-Puluh Hantu Ada Satu Yang Bukan: Sirat Al Mustaqim

Ku tekan remote...hantu. Ku tekan lagi...hantu. Tekan lagi...hantu! Arggghhh! Stress! Hari Raya dah bertukar jadi macam Halloween Day.



Bulan syawal yang paling banyak syaitan hantu bagai. Tu masuk lagi yang spesis hiburan yang ntahapaapantah dan tak boleh dibuat makan otak.

Neuron pun dikerah. Nak juga cari siaran yang boleh mengisi kekosongan malam. Heeee! Padahal boleh je buka buku baca. Tak pun buka youtube, dengar Ustaz Azhar. Tapi mood tak ke arah itu. 

Maka dengan menggunakan formula mudah. Al Hijrah! Konfem tak ada hantu. Dan keputusannya tak mengecewakan. Telefilem Melayu tengah bersiaran. Tajuknya "Sirat Al Mustaqim". Trailer boleh tengok kat bawah:



Plotnya mudah. Taklah serabai macam plot "Slumdog Millionaire". Wataknya pun tak banyak. Watak utama ada 4 (nenek, ibu, anak, pesakit cilik), watak pembantu ada sorang (encik nelayan) dan beberapa orang nurse yang jadi pelengkap jalan cerita.

Untuk sinopsis, secara ringkasnya telefilem ini mengisahkan tentang si ibu yang janda(lakonan Raja Farah) ada seorang anak dan seorang ibu. Si ibu yang terlalu sayangkan anaknya hingga meletakkan sepenuh jiwa dan raganya pada si anak.

Nak pendek cerita, suatu hari, si nenek bawa si cucu pergi memancing tanpa pengetahuan si ibu. Nak jadi cerita pula, tiba-tiba si cucu jatuh ke laut dan lemas. Tak meninggal dunia tapi mengalami komplikasi pada otak hingga menyebabkannya koma.

Maka, si ibu pun salahkanlah si nenek merangkap maknya pasal tak dengar cakap dia untuk tidak bawa si anak turun laut. Sebab dia tak bagi anak dia turun laut sebenarnya dia bimbang benda sama yang dialami lakinya berlaku pada anaknya.

Masa kat hospital jumpa pula dengan pesakit cilik yang bertaraf hafizah. Budak nielah banyak beri kesedaran kepada si ibu yang benda yang berlaku datang daripada Allah S.W.T. Cara dia bagi kesedaran adalah dengan satu demi satu rangkaian ayat-ayat Al Quran.

Selanjutnya, tontonlah sendiri. Sumbernya pandai-pandailah cari sendiri ya. >_<

Jadinya kat sini juga, nak selitkanlah benda-benda yang menarik yang sempat ditangkap oleh kepala nie.

Pertama:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetaplah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Al-Insyirah 5-6)

Dulu, masa mula-mula baca ayat nie ingatkan yang Allah nak bagitahu bahawa di hujung kesukaran tu akan wujudnya kemudahan. Macam pelangi yang tiba lepas hujan lebat + petir sabung menyabung.

Selepas dengar penjelasan daripada...lupa! Yang pasti antara Nouman Ali Khan tak pun Yasmin Mogahed. He/She terangkan yang ayat nie, Allah nak bagitahu kat kita yang kemudahan dan kesukaran itu hadir at the same time. That whylah dalam ayat nie guna perkataan "disertai" bukannya "selepas". Disertai adalah "with" kalo kot omputih manakala "selepas" adalah "after". 

Maknanya tengah-tengah hujan dan ribut petir tu sebenarnya adalah kemudahan yang selalu kita lupa nak fikir. Nampak ujian tu semua "bala-bala-bala".

Dah terbang jauh ke angkasa, kita kembali semula ke bumi. Kaitkan pula dengan scene telefilem nie. Semasa duk menunggu si anak yang koma, si ibu berkenalan si hafizah yang cilik. This is what I mean. Dalam tengah-tengah kusut Allah bagi kesukaran kat si ibu tadi, Allah datangkan sekali kemudahan iaitu melalui perkenalan dengan si hafizah cilik yang banyak menyedarkan dia tentang makna "dugaan" daripada Allah.

Kedua,

Tak banyak filem, telefilem, atau drama bagai yang mengaitkan jalan cerita dengan ayat-ayat Al Quran. Dan cerita ini buktikan yang mesej itu sebenarnya boleh disampaikan dengan cara patuh syariah. Tak ada ikhtilat, aurat dan benda-benda yang sejenis dengannya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Akhir tulis, semoga Allah kurniakan rahmat kepada pelakon dan segala yang terlibat dalam menyampaikan mesej melalui filem ini dan terus istiqamah menyeru kepada kebaikan melalui bidang yang dipilih.

Wassalam....

0 comment:

Post a Comment