Powered by Blogger.

Mesir & Rakyatnya Yang Kuat!

Bulan dah nampak separuh. Maksudnya dah seminggu lebih bulan Syawal berlalu. Encik Ustaz bertukar pandang daripada kiri ke kanan. Daripada kanan bergerak pula ke kiri. Tersedar! Rupanya-rupanya para pendengar dah membentuk separuh bulatan dengan ustaz duduk tengah-tengah. 

Ahh! Dah macam duduk dalam "Happy Circle". Tetiba je rasa rindu pada usrah walaupun masa kat kampus dulu punyalah gaduh bagai dengan nafsu dengan syaitan sebab tak berapa nak kamceng. 

Kuliah Maghrib yang dah lebih seminggu bercuti kembali bersambung. Hurai pasal satu kitab yang dah lupa namanya.

Tajuknya pula berkenaan dengan "kuasa dalam pemerintahan" dan banyak berkisar berkenaan dengan satu gerakan Islam yang dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau Reuters atau New York Post selalu guna nama Muslim Brotherhood. Sinar Harian atau Berita Harian pula guna Ikhwanul Muslimin.




Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir sekali lagi dihamparkan dengan duri-duri tajam bak kata Syed Qutb. Kali ini durinya versi Abdel Fattah el-Sisi. Ketua Tentera kat sana. Orang awam yang tak mengira usia, jantina yang berhimpun diserang. Serang bukan setakat dengan Water Cannon atau Gas Pemedih Mata tapi peluru hidup.

Konflik bermula dengan R.I.P Democracy. Presiden yang sah dipilih melalui pilihan raya, Muhammad Mursi digulingkan, ditangkap dan sekarang tak tahu diletakkan dimana. Jadinya, rakyat mula berhimpun sebagai langkah protes kepada tindakan tindakan tentera dan meminta supaya kuasa dikembalikan kepada yang sepatutnya.

Lebih sebulan mereka berhimpun termasuk sebulan dalam bulan Ramadhan dan serangan tentera kepada rakyat yang tak bersenjata beberapa hari lalu menjadi klimaks kepada krisis ini.

Sebenarnya, benda begini bukanlah benda baru bagi politik di Mesir. Pertembungan antara haq dan batil yang hebat di Mesir nie berlaku sejak zaman Firaun VS Nabi Musa a.s.

Dalam skop perjuangan Ikhwanul Muslimin pula, mereka dah melalui segala macam jenis pengkhianatan, penyeksaan, pembunuhan dan segala bagai lagi. Imam Hassan Al Banna ditembak, Syed Qutb meninggal di tali gantung, Zainab Al Ghazali yang diseksa secara brutal di penjara (diabadikan dalam sebuah buku yang bertajuk Hari-Hari Dalam Hidupku) adalah beberapa duri tajam versi Jamal Abdul Nasser.



Hanya satu rangkap perkataan yang mainstream untuk mengambarkan rakyat Mesir atau Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang berada dalam jalan haq untuk isu ini iaitu, "DUGAAN YANG HEBAT HANYA UNTUK ORANG YANG HEBAT"

Ya, rakyat Mesir termasuklah geng-geng Ikhwanul Muslimin dah meletakkan standard mereka tersendiri dalam perjuangan menentang kebatilan. Imbas kembali daripada apa yang diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Surah Al Baqarah, 02:186:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya... 

Allah S.W.T pilih mereka untuk menerima mehnah ini sebab diorang dah sedia maklum mampu. Kalau tak percaya, boleh tengok sendirilah dengan mata kepala. Semakin ditekan diorang semakin menekan. Tak ada istilah mengaku kalah dalam hidup mereka. Sebab yang mereka mahukan adalah kemenangan.

Kemenangan tersebut adalah mati syahid atau hidup mulia. Nak hidup mulia pula dah tentulah dengan dapat meletakkan syahadah al haq di tempat paling tinggi.

Insya-Allah, kemenangan ini PASTI walaupun kita tak tahu bila. Dan kemenangan juga semakin hampir. Kemenangan juga bukan suatu proses yang retorik yang hanya ditunggu seperti tunggu buah durian jatuh ke tanah.

Nak menang kena ada usaha. Katanya Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk Al Ghuraba':

...seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (kejayaan) aku... Bukanlah seorang pemuda itu siapa yang berkata: Inilah (sejarah) ayahku... Sesungguhnya kemenangan atas usaha kita pada hari, akan merealisasikan cita-cita hari esok. Ia akan tercapai dengan sikap kesungguhan bukan gurauan, dengan berusaha membina bukannya merobohkan, dengan amal dan berpetunjuk bukan hanya jeritan kosong...

Sekali lagi ungkapan mainstream, "Allah tengok pada usaha bukan kejayaan".  And a victory is a gift from Allah S.W.T.

Quote pasal kemenangan daripada Yasmin Mogahed untuk direnungkan bersama:

When did victory come?
When they admit defeat.
Not to the creation.
To God.
The victory came.
Not from the creation.
From God.
[Yasmin Mogahed menyertakan rujukan, (54:10-15), (21:87-88), (7:23), (21:83-84)]

#pray4Egpyt

0 comment:

Post a Comment