Powered by Blogger.

Rachel Corrie:Srikandi Kemanusiaan Moden



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah semua......

Alhamdulillah.....hari ini terdetik dalam hati untuk menulis serba sedikit mengenai wanita muda berhati waja iaitu Rachel Corrie. Tadi saya "online" dan semasa tengah ushar-ushar post-post kawan2 tiba tertarik dengan satu video yang dikongsikan oleh seorang sahabiah. Video mengenai Rachel Corrie. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa tiap kali saya tonton video tu air mata saya mengalir. Terima kasih kepada sahabiah tersebut kerana berkongsikan sesuatu yang bermanafaat.

Semua pernah dengar kan nama Rachel Corrie?
Kalau sebut Rachel Corrie mesti semua ingatkan mengenai sebuah kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tetapi melalui saat getir apabila ditahan oleh askar Israel "laknatullah". Saya tak mahu berceloteh mengenai kapal bantuan tersebut kerana media arus perdana telah memaparkan dalam akhbar mahupun televisyen. Apa yang saya mahu bercerita adalah mengenai seorang ikon kemanusiaan iaitu srikandi berumur 23 tahun iaitu Rachel Corrie.


Siapa Rachel Corrie?
Sebelum nie saya pernah dengar kisah mengenai seorang wanita non-muslim yang sanggup mengadaikan nyawanya demi Palestine tetapi sekadar dengar saja lah. Tak pernah untuk meneliti sejarah srikandi bernama Rachel Corrie ini. Rachel Corrie dilahirkan April 10, 1979. Berwargenegara Amerika Syarikat. Gadis yang sederhana dan menjalankan hidup seperti remaja lain. Mendiang belajar di The Evergreen State College. Dalam suratnya yang dihantar kepada ibu dan bapanya, dia menulis yang dia mahu mempunyai teman lelaki, mahu menulis komik. Namun kesedaran kemanusiaan mengenai nasib buruk yang dialami penduduk Palestin yang mengalami pencabulan kemanusiaan menyebabkan dia tekad berjuang ke darah terakhir untuk membela nasib rakyat Palestin. Justeru dia sanggup menagguhkan setahun pembelajaran di kolej untuk turut serta dalam aktiviti kemanusiaan di Gaza. Di bawah International Solidarity Movement(ISM) dia mendalami latihan untuk mengadakan protes selama sebulan Satu fakta yang menarik, walaupun dia berwarganegara Amerika, dia sanggup membakar bendera Amerika Syarikat dan tidak gentar kecaman daripada rakyat Amerika sebagai tanda protes terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang berkomplot dengan Yahudi untuk menghancurkan umat Islam di Palestin.


Dia disenangi oleh penduduk Palestin tidak kira wanita, lelaki mahupun kanak-kanak disebabkan semangatnya untuk berjuang demi kesejahteraan Palestin. Caranya melawan Israel bukanlah dengan mengangkat senjata tetapi dengan protes. Cara memprotes yang dilakukan oleh dia dan kawan-kawannya adalah dengan berdepan dengan picu senjata jika tentera Israel mengacukan senjata dan duduk berdepan dengan jentolak tatkala jentolak mahu memusnahkan kediaman penduduk Palestin. Terbukti, apa yang dilakukan benar-benar berjaya menghalang Israel daripada mencabuli kemanusiaan penduduk Palestin disamping membuatkan Yahudi pening untuk menangani protes yang dilakukan olehnya. Mahu bunuh, Rachel penduduk Amerika, tak bunuh, Rachel menimbulkan masalah kepada mereka.

Namun, langit tak selalunya cerah. Suatu hari, Rachel seperti hari sebelum bersama-sama kawannya berdepan dengan jentolak yang mahu menghancurkan kediaman penduduk Palestin. Disebabkan arahan untuk ketepi tidak diendahkan oleh Rachel, dengan rakusnya dia digilis oleh jentolak tersebut tanpa belas kasihan. Tanggal 16 Mac 2003, ikon kemanusiaan ini menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kematiannya diratapi oleh penduduk Palestin, sahabatnya dan seluruh dunia. Begitu besar sumbangan yang diberikan oleh Rachel Corrie. Walaupun berbeza agama, itu bukanlah faktor untuk berdiam diri.


Kes Rachel Corrie ini masih belum diselesaikan sehingga kini. Amerika Syarikat mengambil langkah berdiam diri dan bersifat dayus kerana tidak mampu untuk menegakkan keadilan rakyatnya sendiri. Terbuktilah bahawa Amerika Syarikat sebenarnya tunduk di bawah Israel. Ibu dan bapa Rachel sehingga kini masih berjuang untuk menegakkan keadilan demi puteri tercinta mereka. Melalui kes Rachel Corrie ini diharap dunia membuka mata dan sedar bahawa pengaruh Israel ini telah memonopoli dunia.

Banyak pengajaran penting yang boleh diambil terutama kita yang bergelar agama Islam. Kita perlu tanya diri kita sendiri mengenai sumbangan yang kita berikan untuk Islam. Pernahkan kita mempunyai keazamaan untuk syahid demi mempertahankan Islam di muka bumi. Pernahkah kita mengambil kisah kesukaran penduduk Palestin? Kalau benar-benar kita sayang Islam dan Islam itu kuat dalam diri kita maka Palestin tidak akan menjadi sebegini rupa seperti kini. Subhana-Allah. Tidak perlu lagi seorang Rachel Corrie terkorban untuk mempertahankan negara Palestin. Kuatkan perpaduan kita demi Islam supaya Yahudi gentar dengan kita dan tidak sesekali cuba untuk menganiayai saudara kita disana.

Jihad adalah perkataan yang digeruni Yahudi tetapi apa yang menyedihkan Jihad juga ditakuti oleh segelintir umat Islam yang bertopengkan Islam

Sama-sama la kita jadikan kisah Rachel Corrie ini untuk menilai sejauhmana keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kisah Rachel Corrie sangat menakjubkan.

Dia berusia 23, bukan islam, perempuan tetapi sanggup mengadaikan nyawa untuk Palestin. Saya pula Islam dan lelaki tetapi masih tiada sumbangan untuk Islam. Betapa kecilnya keimanan diri ini untuk-Mu Ya Rabb.



Rachel Corrie. Sumbanganmu hanya Allah S.W.T yang hanya dapat balas. Terima kasih atas segala pengorbananmu untuk rakyat Palestin. "You born in America and you dead for Palestine". Walaupun kamu sudah tiada tetapi semangat kamu sentiasa hidup dalam rakyat Palestin dan Insya-Allah kami juga.



Wassalam.

Jadi Pengadil


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah semua. Selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat.

Alhamdulillah, semalam dengan izin-Nya, Hari Interaksi PPMas berlangsung dengan jayanya. Hari ini saya ingin mencoretkan sedikit pengalaman sepanjang bertugas sebagai AJK Sukan Tradisional kelmarin. Saya dan seorang lagi sahabiah saya, KB ditugaskan untuk mengadili satu sukan tradisonal iaitu Laga Ayam.

Laga Ayam? Berdosa menyeksa binatang.
Hi3...bukan guna ayam la. Peserta yang akan menjadi ayamnya dan akan berlawan secara satu lawan satu. Caranya, peserta perlu melipat kaki dengan menggunakan tangan yang berlawanan. Peserta akan berlawan dengan hanya menggunakan bahu di dalam bulatan. Sesiapa yang kalah ditentukan apabila kedua-dua kaki jatuh atau keluar daripada bulatan. Boleh tahan hebat juga mereka nie. Kami yang nontonya tak bleh tahan nak gelak..hi3. Ini sekadar pengenalan jew. Sebenarnya poin utama saya adalah tugas mengadili.

Menjadi pengadil bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Pengadil tidak boleh silap dalam percaturan keputusan supaya tidak berlaku sesuatu yang berat sebelah. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami Dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat Yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan

(al-Hadid:25)


Walaupun hanya satu pertandingan kecil sahaja, namun adil itu mesti ada. Semalam semasa menjalankan pengadilan untuk memilih tiga peserta terbaik terasa amat berat tanggunjawabnya. Bimbang kalau pemenang yang dipilih tersilap orang. Mula-mula memang terasa teruja untuk menjadi pengadil tetapi apabila berada di dalam situasi tersebut terasa "layakkah diri ini". Namun, hanya itu termampu dilakukan. Diharapkan pemilihan tiga pemenang semalam mendapat perkenan Illahi. Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran untuk diri untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti. Insya-Allah...

Kepada peserta semalam, mohon ampun sekiranya saya tersilap percaturan.

p/s: tahniah kepada pemenang: Mohamad, Ederos, Saiful =)

Wassalam...


Dakwah & Muzik

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan sahabiah. Selawat serta salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat....

Kali ini tak nk berceloteh panjang2...sekadar nak "rekemen" kepada mereka yang minat muzik tetapi bimbang tersalah pilih hingga boleh mengakibatkan lagho, beberapa artis yang berdakwah menggunakan lagu....

Maher Zain: kompen semua orang kenalnya.......lagu best:Insya-Allah, The Choosen One, dl



Sami Yusuf: pemuzik daripada Britain yang kebanyakan lagunya mendayu-dayu......lagu best:Al Muallim, Healing, You Came To Me....dl



The Sound Of Reason
: muziknya sangat kotemperori tapi still dakwah.....lagu best: Palestine, Shoulder To Lean, Bomb, And We Fall dll....



Outlandish: nie lagi kotemperori, rap lagi kot.....lagu best: Any Given Time dll....



Mesut Kurtis: muzik hampir sama dengan Maher Zain.....lagu best: Burdah dll...



berhibur tetapi still ingatkan kepada Yang Maha Esa...

Wassalam...

Titik Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah sekalian. Selawat serta salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya sekali lagi menulis sebuah coretan sebagai perkongsian bersama. Kali ini saya mahu menjentik minda anda semua.

Perhatikan gambar yang saya letak di atas. Kenapa agaknya saya letak gambar yang entah apa2 entah. Sebenarnya saya mahu berkongsikan sesuatu yang bukan lahir daripada idea asal saya tetapi melalui pembacaan saya melalui novel Sinergi karya Hilal Asyraf.

Satu gambar berlatar belakang putih dan mempunyai tanda hitam ditengah-tengahnya. Apa yang lebih menarik perhatian anda? Latar belakang putih atau titik hitam yang berada ditengah-tengah itu? Kebanyakan kita akan lebih tertarik kepada titik hitam kecil di tengah-tengah itu. Betulkan?

Persoalannya sekarang apakah motif saya sekarang?

Sebenarnya saya ingin mengaitkan gambar di atas tadi dengan isu yang berada di sekitar kita. Cuba anda bayangkan yang kertas itu adalah seseorang, putih itu adalah kebaikannya dan yang hitam itu adalah kejahatan yang dilakukan olehnya. Sepertimana apa yang berlaku semasa saya menyuruh anda semua tengok kertas tadi begitulah berlaku dalam masyarakat kita.

Masyarakat kita yang macam mana?

Masyarakat kita yang suka menghukum dan sukar memaafkan kesalahan. Kita tengok kertas tadi walalupun keseluruhan ruang dipenuhi dengan putih tetapi titik hitam yang kecil itu juga menarik perhatian kita. Dengan kata lain, titik hitam kecil itu secara langsung terus menutup tumpuan kita ke atas ruang yang putih. Sekarang kita kaitkan dengan seseorang. Seseorang yang baik dan secara sengaja atau tidak sengaja melakukan kesalahan walaupun sekecil titik tadi. Apa yang akan dinilai oleh orang ramai? Mereka akan lebih nampak dosa yang dilakukan walaupun kebaikan yang dilakukan melebihi dosa yang dilakukan. Dengan kata lain, dosanya tadi terus mengaburi kebaikan yang telah dilakukan.

Perkara yang dikesalkan kini adalah sikap kita yang sukar memaafkan kesalahan orang lain. Hebatkan sangat kita? Sedangkan nabi ampunkan umatnya, sedangkan Allah S.W.T menerima taubat umatnya yang betul-betul insaf, inikan kita insan biasa. Ada diantara kita akan menggunakan alasan untuk menghukum mereka yang bersalah. Menghukum tidak salah tetapi berpada-padalah. Terimalah maaf mereka sekiranya mereka benar-benar insaf. Bagi yang tidak mahu insaf pula, disinilah wujudnya peranan kita. Ajak mereka, didik mereka untuk keluar daripada kelompok kezaliman dan maksiat. Semestinya kita tidak mahu, titik hitam yang kecil tadi merebak ke seluruh ruang putih hingga suatu hari nanti boleh membawa kesan yang buruk kepada individu terbabit.

Disini juga saya mahu kaitkan dengan satu kaedah iaitu "husnu dzon" atau bersangka baik. Walaupun bersangka baik ini selemah-lemah ukhuwah, namun bersangka baik dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kesalahan yang dilakukan oleh individu tadi mesti ada puncanya. Kita perlu kaji puncanya mengenai sebab musabab individu tadi melakukan kesalahan dan bukannya cepat menghukumnya. Contoh situasi:

Situasi: Ali mencuri
Mereka yang suka menghukum akan lakukan:Mencerca dan memulau Ali
Mereka yang 'husnu dzon" akan lakukan:Memikirkan sebab Ali mencuri dan cuba membawa Ali kepada kebenaran

Terus menghukum tidak dapat menyelesaikan keadaan tetapi dilihat akan menjadi parah lagi. Individu yang dihukum oleh masyarakat ini akan merasa tiada lagi ruang untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Justeru fikiran mereka akan menjadi negatif dan seterusnya membawa kepada kerosakan akhlak dan pemikiran.

Justeru, sama-samalah kita muhasabah diri dan istiqamah. Perjuangan kita untuk Allah S.W.T lebih besar dan jangan jadikan perkara ini sebagai perkara yang boleh menjadikan keretakan hubungan kita sesama Islam. Terapakan "ukhuwah fillah". Ukhuwah fillah adalah persaudaraan kerana Allah S.W.T. Jika persaudaraan kita kerana Allah S.W.T maka sama-samalah kita membantu saudara kita keluar daripada maksiat kerana tujuan kita adalah sama iaitu untuk ke syurga yang kekal abadi. Hayatilah ungkapan ini

"Kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau untuk naik semula, berpimpin dengan kau ke syurga"
Diharap sahabat dan sahabiah sekalian faham perkara yang saya ingin sampaikan. Sekiranya khilaf, saya memohon maaf dan harap perbetulkan kerana ilmu yang masih cetek. ini Semoga bingkisan ini dapat kita manfaatkan untuk ukhuwah kita dan keimanan kita kepada Allah S.W.T.

Wassalam.......