Powered by Blogger.

Rachel Corrie:Srikandi Kemanusiaan Moden



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah semua......

Alhamdulillah.....hari ini terdetik dalam hati untuk menulis serba sedikit mengenai wanita muda berhati waja iaitu Rachel Corrie. Tadi saya "online" dan semasa tengah ushar-ushar post-post kawan2 tiba tertarik dengan satu video yang dikongsikan oleh seorang sahabiah. Video mengenai Rachel Corrie. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa tiap kali saya tonton video tu air mata saya mengalir. Terima kasih kepada sahabiah tersebut kerana berkongsikan sesuatu yang bermanafaat.

Semua pernah dengar kan nama Rachel Corrie?
Kalau sebut Rachel Corrie mesti semua ingatkan mengenai sebuah kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tetapi melalui saat getir apabila ditahan oleh askar Israel "laknatullah". Saya tak mahu berceloteh mengenai kapal bantuan tersebut kerana media arus perdana telah memaparkan dalam akhbar mahupun televisyen. Apa yang saya mahu bercerita adalah mengenai seorang ikon kemanusiaan iaitu srikandi berumur 23 tahun iaitu Rachel Corrie.


Siapa Rachel Corrie?
Sebelum nie saya pernah dengar kisah mengenai seorang wanita non-muslim yang sanggup mengadaikan nyawanya demi Palestine tetapi sekadar dengar saja lah. Tak pernah untuk meneliti sejarah srikandi bernama Rachel Corrie ini. Rachel Corrie dilahirkan April 10, 1979. Berwargenegara Amerika Syarikat. Gadis yang sederhana dan menjalankan hidup seperti remaja lain. Mendiang belajar di The Evergreen State College. Dalam suratnya yang dihantar kepada ibu dan bapanya, dia menulis yang dia mahu mempunyai teman lelaki, mahu menulis komik. Namun kesedaran kemanusiaan mengenai nasib buruk yang dialami penduduk Palestin yang mengalami pencabulan kemanusiaan menyebabkan dia tekad berjuang ke darah terakhir untuk membela nasib rakyat Palestin. Justeru dia sanggup menagguhkan setahun pembelajaran di kolej untuk turut serta dalam aktiviti kemanusiaan di Gaza. Di bawah International Solidarity Movement(ISM) dia mendalami latihan untuk mengadakan protes selama sebulan Satu fakta yang menarik, walaupun dia berwarganegara Amerika, dia sanggup membakar bendera Amerika Syarikat dan tidak gentar kecaman daripada rakyat Amerika sebagai tanda protes terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang berkomplot dengan Yahudi untuk menghancurkan umat Islam di Palestin.


Dia disenangi oleh penduduk Palestin tidak kira wanita, lelaki mahupun kanak-kanak disebabkan semangatnya untuk berjuang demi kesejahteraan Palestin. Caranya melawan Israel bukanlah dengan mengangkat senjata tetapi dengan protes. Cara memprotes yang dilakukan oleh dia dan kawan-kawannya adalah dengan berdepan dengan picu senjata jika tentera Israel mengacukan senjata dan duduk berdepan dengan jentolak tatkala jentolak mahu memusnahkan kediaman penduduk Palestin. Terbukti, apa yang dilakukan benar-benar berjaya menghalang Israel daripada mencabuli kemanusiaan penduduk Palestin disamping membuatkan Yahudi pening untuk menangani protes yang dilakukan olehnya. Mahu bunuh, Rachel penduduk Amerika, tak bunuh, Rachel menimbulkan masalah kepada mereka.

Namun, langit tak selalunya cerah. Suatu hari, Rachel seperti hari sebelum bersama-sama kawannya berdepan dengan jentolak yang mahu menghancurkan kediaman penduduk Palestin. Disebabkan arahan untuk ketepi tidak diendahkan oleh Rachel, dengan rakusnya dia digilis oleh jentolak tersebut tanpa belas kasihan. Tanggal 16 Mac 2003, ikon kemanusiaan ini menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kematiannya diratapi oleh penduduk Palestin, sahabatnya dan seluruh dunia. Begitu besar sumbangan yang diberikan oleh Rachel Corrie. Walaupun berbeza agama, itu bukanlah faktor untuk berdiam diri.


Kes Rachel Corrie ini masih belum diselesaikan sehingga kini. Amerika Syarikat mengambil langkah berdiam diri dan bersifat dayus kerana tidak mampu untuk menegakkan keadilan rakyatnya sendiri. Terbuktilah bahawa Amerika Syarikat sebenarnya tunduk di bawah Israel. Ibu dan bapa Rachel sehingga kini masih berjuang untuk menegakkan keadilan demi puteri tercinta mereka. Melalui kes Rachel Corrie ini diharap dunia membuka mata dan sedar bahawa pengaruh Israel ini telah memonopoli dunia.

Banyak pengajaran penting yang boleh diambil terutama kita yang bergelar agama Islam. Kita perlu tanya diri kita sendiri mengenai sumbangan yang kita berikan untuk Islam. Pernahkan kita mempunyai keazamaan untuk syahid demi mempertahankan Islam di muka bumi. Pernahkah kita mengambil kisah kesukaran penduduk Palestin? Kalau benar-benar kita sayang Islam dan Islam itu kuat dalam diri kita maka Palestin tidak akan menjadi sebegini rupa seperti kini. Subhana-Allah. Tidak perlu lagi seorang Rachel Corrie terkorban untuk mempertahankan negara Palestin. Kuatkan perpaduan kita demi Islam supaya Yahudi gentar dengan kita dan tidak sesekali cuba untuk menganiayai saudara kita disana.

Jihad adalah perkataan yang digeruni Yahudi tetapi apa yang menyedihkan Jihad juga ditakuti oleh segelintir umat Islam yang bertopengkan Islam

Sama-sama la kita jadikan kisah Rachel Corrie ini untuk menilai sejauhmana keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kisah Rachel Corrie sangat menakjubkan.

Dia berusia 23, bukan islam, perempuan tetapi sanggup mengadaikan nyawa untuk Palestin. Saya pula Islam dan lelaki tetapi masih tiada sumbangan untuk Islam. Betapa kecilnya keimanan diri ini untuk-Mu Ya Rabb.



Rachel Corrie. Sumbanganmu hanya Allah S.W.T yang hanya dapat balas. Terima kasih atas segala pengorbananmu untuk rakyat Palestin. "You born in America and you dead for Palestine". Walaupun kamu sudah tiada tetapi semangat kamu sentiasa hidup dalam rakyat Palestin dan Insya-Allah kami juga.



Wassalam.

4 comment:

  1. sungguh mulia hatinya....subhanallah!!

    ReplyDelete
  2. Sapa tak kenal RC...ingat plestine ingat dia..yg menambahkn ingatan sbb dia bukan islam tpsanggup berkorban utk Palestine yg majoritinya islam..kita nk panjatknn doa utk saudara2 kita yg tertindas di as-Syam pn berapa kerat je yg ada..

    ReplyDelete