Powered by Blogger.

Pengalaman Pertama Dalam Gerak Kerja Pilihan Raya Kampus


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah yang membaca coretan ini......

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi diberi peluang untuk menulis...Selawat serta salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat...

Pilihan Raya Kampus(PRK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris sudah pun berlalu. Perjuangannya dipenuhi suka duka serta mehnah dan tribulasi. Namun pengalaman berharga banyak diperolehi sepanjang penglibatan dalam gerak kerja PRK kali ini. Untuk pengetahuan saya bergerak kerja untuk Mahasiswa Pendidik a.k.a Pro-Mahasiswa. Wakil calon untuk Amirul Afzan...^_^

Kenapa saya terlibat dalam PRK?
Soalan ini sering kali ditanya oleh para sahabat dan sahabiah saya. Jawapannya mudah sahaja. Saya minat beserta kesedaran. Ramai menganggap politik kotor. Sebenarnya, saya sangat bersetuju dengan kenyataan mengenai bukan politik itu kotor, tetapi seseorang itu membuatkan politik itu kotor. Fahamilah bahawa Rasulullah S.A.W juga berpolitik.

Apa yang saya dapat melalui PRK?
Pengalaman pahit manis sangat berharga diperolehi dalam PRK. Tapi bagi saya pengalaman yang diperolehi semuanya manis belaka. Ukhwah Fillah atau bersahabat kerana Allah S.W.T. Itulah yang paling berharga. Kami ditemukan atas dasar untuk bekerja demi Islam. Tampal poster, promote calon, pergi rapat umum(tiap-tiap malam tak kira tempat) adalah antara perkara yang mendekatkan lagi ukhwah kami. Saya bekerja bukan atas dasar diberi gaji tapi Insya-Allah, saya ikhlas bekerja dengan mereka. Melalui keikhlasan itulah timbul semangat. Semangat untuk tidak reti letih walaupun bekerja siang malam. Yang membawa kepada kemanisan ukhwah. Abang-abang dan kakak-kakak sudah dianggap macam saudara kandung sendiri. Alhamdulillah....syukur sangat kerana dipertemukan dengan mereka semua. Mereka sporting, baik, ikhlas dengan matlamat mereka dan kadang-kadang buat saya terharu dengan usaha mereka dalam PRK ini. Gurau senda, gelak tawa sentiasa menceriakan gerak kerja kami. Kerja tanpa stres. Ikhlas saya katakan, kalau waktu berkempen diberi seminggu lagi saya sanggup...hi3. seronok teramat sangat. Satu lagi fakta menarik iaitu mengenai muslimatnya. Walaupun bertudung labuh, semangat mereka kental. Mereka bukan lagi sang pemalu yang tersorok di sebalik tudung labuh mereka. Tetapi tudung labuh itu bukanlah retorik semata-mata tetapi tudung labuh itu melambangkan semangat mereka untuk berjuang demi Islam...

p/s: sangat mengagumi pidato daripada kak lasmi lukito...

Disebalik PRK?
Terdapat satu yang dikesali dalam PRK adalah ramai mahasiswa dan mahasiswi kita tak tahu yang tidak tahu mengenai perjalanan PRK ini. Disini saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Sewajarnya, mahasiswa itu sendiri perlu cakna dan ambil tahu mengenai perihal ini dan sepatutnya perlu ada organisasi untuk menerangkan mengenai hal ini. Terutama pelajar baru iaitu pelajar ambilan 2010/2011. Kebanyakkan mereka apabila saya suruh keluar mengundi, mereka tidak tahu siapa yang mahu diundinya. Oleh hal yang demikian, mereka perlu sedar pentingnya rapat umum. Disinilah bakal pemimpin akan membentang manifesto mereka dan disinilah juga dapat kita menilai sejauh mana kepimpinan yang mereka mampu bawa.

Komen mengenai PRK...
Alhamdulillah, PRK tahun ini nampak berjalan dengan telus. Namun e-voting masih lagi tidak relevan sepertimana kak Nooranoo katakan "mengapa USA negara yang amat maju pun tidak guna e-voting, sedangkan kita yg baru bertatih ni guna e-voting". Puncanya terdapat kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemungkinan sistem akan digodam dan sebagainya. Bukti yang paling jelas adalah semasa PRK berlaku dimana terdapat gangguan sistem di Dewan KZ iaitu salah satu tempat berlakunya pembuangan undi.Puncanya kabel putus. Sudah terang lagi bersuluh. Dari segi pemilihan pemimpin pula dilihat tiada masalah, kesemuannya berkaliber. Kepada calon MP yang tidak dipilih menjadi barisan MT tidak perlu risau(walaupun mereka tak risau, yang riasu hanya penyokong), kerana gunakan sebaik-baiknya pengaruh anda untuk menjadi EXCO. Tunjukkan teladan yang baik dan buktikan bahawa anda mampu bertugas dengan lebih baik. Insya-Allah. Dan kepada MT MPP, harap gunakan tugas anda dengan baik. Memetik ucapan daripada seorang pemenang: "islam kami dihati, bukan sekadar di mulut". Tetapi sedarlah kamu bahawa Islam hanya di dalam hati adalah selemah-lemah iman. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim

Kuasa sudah ada ditangan. Jangan hanya menumpukkan kepada kebajikan. Tegakkanlah syiar Islam di bumi murabbi ini. Insya-Allah.

Akhir kalam, terima kasih kepada kakak2(kak wana, kak lasmi, kak nadia, kak faiqah dan semuanya) dan abang2(abg mirul, abg zul, abg faiz dan semuanya) Mahasiswa Pendidik kerana memberi peluang untuk gerak kerja bersama. Tahun depan kita teruskan perjuangan bersama-sama. Insya-Allah...

nak bina tagline gak la untuk Mahasiswa Pendidik "Mahasiswa Pendidik Pencetus Ukhwah Fillah" ^_^

wassalam...

4 comment:

  1. nice article bro.. bagus2.. perjalanan kita masih jauh..jadikan pengalaman ni sumber kekuatan tuk kita jd lebih KUAT..

    p/s: sis x sehebat bro..hebat olahannya.. i like

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dik...akak nmpk usaha adik3 KUO nie mantop3 sume yer..
    teruskan perjuangan jgn berhenti di tgh jlN..
    arapkn semagat terus membakar dlM jiwa adik...
    kalianlah rantai3 perjuangaN...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...pandagan yang sangat telus.
    Tahniah! Insya allah akan lahir murabbi sejati dari jiwa seorang pejuang...!
    Walaupun terlewat akak menziarah blog ni,akak doakan semoga sentiasa thabit dlm menegakkan syiar Islam. (^_^)

    ReplyDelete