Powered by Blogger.

Sinergi:Keimanan Adalah Paksi


Assalamualaikum sahabat dan sahabiah yang disayangi demi Allah S.W.T sekalian. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita menghirup udara ini sekali lagi serta membaca coretan saya. Selawat serta salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat......

Coretan saya kali ini adalah mengenai sebuah novel yang sangat “special” yang baru saya habis baca. Alhamdulillah, selepas hampir dua minggu dapat juga saya menghabiskan sebuah novel yang mempunyai sebanyak 500 halaman. Novel karya novelis muda yang berbakat kurniaan Allah S.W.T iaitu Hilal Asyraf diberi tajuk “Sinergi”. Ikhlas saya katakan yang saya cemburu dengan bakat yang dia ada. Walaupun baru berumur 22 tahun, bakatnya terserlah dengan penerbitan beberapa buah novel, cerpen dan buku motivasi

Ukhwah....

Sinergi berkisarkan ukhwah fillah yang terbina antara Irfan dan Asid yang menuntut di sebuah universiti di Jordan. Pada awalnya, mereka mahu merahsiakan tempat yang akan mereka sambung belajar. Namun, takdir Allah S.W.T tidak mahu memisahkan mereka berdua. Mereka secara tidak sengaja menuntut di universiti yang sama. Ukhwah yang dibina atas dasar keimanan. Hubungan terbina sangat luar biasa. Persahabatan yang melebihi segalanya termasuklah kepentingan peribadi. Ukhwah mereka bukan sahaja terjalin antara mereka berdua malah ukhwah fillah mereka merangkumi semua pelajar Malaysia di Jordan. Betapa indahnya Ukwah Fillah.

Tarbiyah....

Novel ini juga banyak memberi pengajaran yang berharga untuk sesorang yang melalui proses mentarbiyah dan ditarbiyah. Perkara yang penting dalam tarbiyah adalah sabar. Proses tarbiyah yang diceritakan dalam novel ini mengajar manusia untuk sabar. Sifat ini perlu kerana dalam proses dakwah, terdapat banyak mehnah dan tribulasi. Justeru, sabar adalah segalanya. Berhadapan mereka yang rosak akhlak bukan bermakna kita harus membiarkan mereka sahaja, tetapi hal ini adalah tanggunjawab kita untuk membantu mereka daripada terus bergelumang dengan dosa. Novel ini mengajar seorang da’i untuk menghadapi mehnah dan tribulasi secara berhemah dan berkesan. Justeru ingatlah dialog ini:

“Kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau untuk naik semula, berpimpin dengan kau ke syurga.....”

Konsep Sinergi....

1+1=3

Mengapa hal ini berlaku?

Dua nombor 1 melambangkan individu

+ bermaksud keimanan

Hasilnya menjadi 3 adalah disebabkan lahir daripada 2 individu yang berteraskan keimanan yang membawa kepada sesuatu yang luar biasa.

Cinta....

Novel ini turut menyelitkan cara untuk kita bercinta disisi Islam. Mengenai iktilat. Cinta sememangnya tidak haram, namun kita yang menyalahkan cara bercinta sehingga membawa cinta yang haram. Sesungguhnya, cinta yang indah adalah cinta selepas berkahwin. Namun, konsep ini seakan berubah. Sebelum berkahwin, cinta bagai nak rak, iktilat tidak diambil kisah, nafsu merajai diri. Namun selepas kahwin, cinta pudar sepudarnya. Disebabkan inilah, perceraian kerap kali berlaku. Bercinta tanpa mematuhi hukum syarak.

Novel ini banyak menggunakan Al Quran dan Hadis bagi tujuan dakwah. Jalan cerita banyak menusuk jiwa. Setiap persoalan yang ada dalam kepada saya, terungkai dalam novel ini. Subhana-Allah. Babak paling berkesan adalah apabila cerita ini adalah di akhir jalan cerita dimana Irfan mahu menyelamatkan sahabatnya untuk membunuh diri. Dialog yang diungkapkan adalah seperti yang tertera di atas tadi. Novel ini mampu membuat kita berfikir, ketawa dan kadang-kadang sebak. Penceritaan yang sangat mengkagumkan bagi seorang novelis muda.

Secara keseluruhannya novel ini banyak memberi ingatan bahawa:

1)Binalah ukhwah atas dasar keimanan.

2)Binalah keluarga atas dasar keimanan.

3)Sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain supaya kita mencapai tujuan yang satu iaitu syurga yang kekal abadi.

Setakat ini sajalah coretan. Nak tahu bacalah novel ini. Sedikit pun tak rugi. Sangat bermanfaat kepada semua terutama seorang da’i...

Wassalam......

0 comment:

Post a Comment