Powered by Blogger.

Ikhlas Yang Dikikis


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah. Selawat serta salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda....

IKHLAS....
Bermaksud keinginan melakukan sesuatu perbuatan untuk mendapat redha Illahi. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bahawa sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Saya tidak mahu mengulas mengenai sifat ikhlas daripada sudut teori tetapi mahu mencoretkan serba sedikit mengenai sifat keihklasan berdasarkan perihal semasa.

Ikhlas adalah salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Allah S.W.T. Ikhlas sangat penting terutama dalam beribadat. Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 2)


Justeru segala perbuatan kita mestilah diirigi dengan niat yang ikhlas iaitu segalanya yang kita lakukan adalah demi Allah S.W.T. Belajar perlu ikhlas, bersenam perlu ikhlas apatah lagi dalam beribadat.

Namun perasan atau tidak bahawa sifat ikhlas ini semakin terhakis oleh sifat materialistik kita samada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang paling mudah untuk mengukur sejauhmana kita iklas dalam berbuat sesuatu perkara adalah sewaktu kita menghadiri sesuatu majlis terutama majlis ilmu. Cara mahu membuktikan keihklasan? Tanya diri sendiri samada kita mahu ke majlis itu untuk mendapatkan ilmu atau disebabkan majlis itu menyediakan makanan. Kalau niat kita ikhlas untuk mendapatkan ilmu demi Allah S.W.T, Alhamdulillah. Kalau pergi disebabkan makanan yang disediakan bermakna ada masalah dengan iman kita.

Situasi di UPSI.....
Sekiranya universiti atau kolej kediaman membuat sesuatu program, jarang kita tengok mereka yang menghadiri sesuatu majlis itu betul-betul ikhlas. Ada yang datang disebabkan untuk mendapat makan percuma, ada yang datang untuk mendapatkan sijil ada juga yang datang untuk mendapatkan stiker(stiker sangat penting untuk kekal tinggal dalam kolej kediaman). Sepatutnya perkara tersebut adalah sampingan. Namun, begitulah, kebanyakan mereka akan turun sekiranya terdapat ganjaran. Kalau tidak, susah nak turun. Sesungguhnya, sikap materialistik pembunuh utama sifat ikhlas dalam diri...

Ubah niat...
Untuk ikhlas perkara yang paling penting adalah memperbetulkan balik niat kita. Aku makan kerana Allah S.W.T, aku bersahabat kerana Allah S.W.T, aku belajar kerana Allah S.W.T. Pendek kata, semua mesti kerana Allah S.W.T agar kita tidak lagho. Kebanyakan kita tanpa sedar terpengaruh dengan sifat materialistik ini termasuklah juga saya. Justeru, beristifarlah. Muhasabah diri dan ubah niat kita bahawa kita berbuat sesuatu perkara adalah untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya-Allah.

p/s:disebabkan tidak ikhlas untuk masuk KEJORA, lari 600M pun dah semput(acara 1500M) ...Subhana-Allah.

Marilah sama-sama kita mengiklaskan niat kita dan muhasabah diri. Tegurlah dirinya sekiranya khilaf kerana kita semua ingin menuju matlamat nan satu..."SYURGA YANG KEKAL ABADI" Insya-Allah.

Wassalam.....

0 comment:

Post a Comment