Powered by Blogger.

Dari Tanjung Malim Ke Putra World Trade Centre(PWTC)


Assalamualaikum dan salam ukhuwah untuk sahabat dan sahabiah sekalian........

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya, satu lagi coretan pengalaman akan dipaparkan di blog yang tidak seberapa ini. Ucapan syukur juga dilafazkan kerana angan-angan untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL) di PWTC menjadi kenyataan.


Hajatnya nak pergi tapi kemungkinan keseorangan. Tetapi akhirnya, rombongan saya ke pesta buku tidak kesepian kerana ditemani sahabat tersayang. Irham, Zakaria, Kamaruddin & Sakirin. Uhibbukum Fillah. Terima kasih semua sebab sudi "join".

Perancangan awal nak pergi pada hari Rabu, namun disebabkan jadual exam yang pack dan kemungkinan tak sempat nak ulangkaji untuk 3 paper maka perancangan diperawalkan pada hari nie. Selepas selesai menjawab exam paper Pembangunan dan Pemodenan Teknologi, kami terus pergi ke stesen Komuter Tanjung Malim. Pada awalnya hanya bertiga iaitu saya, Zakaria dan Irham. Panggilan telefon daripada dua sahabat lagi menambahkan peserta rombongan kami daripada 3 kepada 5 orang. Train berlepas pukul 11.55 hampir tengah hari dan tiba pukul 1.30 petang di stesen Putra. Dilihat juga beberapa orang sahabiah yang turut bersama kami berhajat untuk mencari mutiara ilmu di PBAKL.

Sampai kat Putra. Terasa lapar sangat. Jadi makan tengah hari dulu kat The Mall. Harganya amat "berpatutan". Makanan tengah hari "termurah" kami sepanjang belajar kat UPSI. Nasi RM6. Juice RM3. Jumlahnya RM9. Sudah makan, solat zuhur dulu sebab mahu jalan dan ushar lama-lama kat pesta buku tu. Lebih kurang jam 2.30 petang maka dengan rasminya, kami berjalan masuk ke PWTC. Bukan Mesyuarat Agung UMNO tau..hi3... Pada mulanya, ingatkan Pesta Buku nie dibuat secara terbuka di tempat yang lapang. Namun, apabila masuk tengok kenapa ada banyak bilik. Rupanya-rupanya, hanya beberapa jenis pengedar sahaja ditempatkan di dalam bilik khas seperti Karangkraf, PTS, Dewan Bahasa & Pustaka dan beberapa lagi. Pengedar-pengedar lain pula ditempatkan diruang yang lebih lapang antaranya Must Read, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan beberapa lagi.

Motif utama pergi PBAKL nie nak cari pengedar Galeri Ilmu sebabnya beberapa karya baru Hilal Asyraf diterbitkan disana. Cari punya cari kedai akhirnya jumpalah gerai Galeri Ilmu. Apa lagi. Borong sakanlah. Sebelum ke gerai Galeri Ilmu, masuk jugalah gerai Karangkraf, PTS dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Masuk gerai Karangkraf untuk beli satu novel yang seorang sahabiah kirim bertajuk "Sutera Bidadari". Maka jumpalah buku tersebut dan terus belilah. Boleh dikatakan amat murahlah kalau nak dibandingkan dengan kedai biasa. Selepas tu masuk pula gerai DBP dengan tujuan nak cari buku mengenai Perlembagaan Malaysia karya Aziz Bari. Namun, hampa. Tak banyak buku yang dibawa oleh syarikat DBP. Seterusnya ke gerai penerbitan PTS. Disinilah bermulanya rambang mata. Tak tahu nak beli buku apa. Buku yang berlambak ditambah dengan orang yang ramai menambahkan "kekompiusan". Maka keluarlah daripada gerai PTS tanpa beli apa-apa.

Seterusnya, seperti dibagitahu tadi, motif utama nak cari gerai Galeri Ilmu. Maka naiklah tingkat satu. Tanya kaunter pertanyaan di cakap gerai tu ada kat ground floor. Maka turunlah. Akhirnya, jumpalah dengan gerai penerbitan Galeri Ilmu. 2 Takdir, 2 Hero, 1 Batu Bata Kehidupan dibeli kat gerai tersebut.

Disebabkan terlampau banyak gerai lagi di sekitar kawasan gerai Galeri Ilmu, maka satu persatu kedai dikunjungi. Masuk, tengok, keluar. Begitulah seterusnya. Akhirnya masuk gerai Telaga Biru belilah novel Terasing dengan Solusi edisi terbaharu. Dapat percuma satu CD. Terima kasih Telaga Biru. Masuk, tengok, keluar. Masuk, tengok, keluar. Terlihat dengan tidak sengaja satu buku yang dah lama dicari tetapi tidak dirancang iaitu buku berkenaan dengan Zainab Al Ghazali. Maka, beli lagi. Perjalanan diteruskan untuk cari satu lagi buku yang dikirim oleh seorang lagi sahabiah. Tak bagi tajuk. Dia hanya bagi klu. Klunya. Buku motivasi untuk berkenaan dengan perempuan. Masuk, tengok, keluar. Masuk, tengok, keluar. Akhirnya terpandang satu buku yang agak menarik dari sebuah gerai bukan penerbitan. Buku yang bertajuk "Menjadi Wanita Super dengan Asma Ul Husna". Tengok buku, tengok penerbit...PTS. Bimbang mahal, maka ambil keputusan untuk beli kat gerai penerbitan sendiri. Agak murah. Tetapi tak tahunya tuan empunya badan suka atau tidak. Harap sukalah ya...^_^.

Jelajah punya jelajah. Kaki lenguh tapi tak kira janji dapat datang Pesta Buku. Semua sahabat lain selesai beli buku masing-masing. Maka bertolaklah untuk balik ke Tanjung Malim. Bertolak pukul 6 petang daripada stesen Putra, tiba dalam pukul 10.00 malam kat stesen KTM Tanjung Malim. Berhenti solat magrib kat stesen Rawang terlebih dahulu dan makan malam kat Restoran Abuya. Tiba kat kolej hampir pukul 11.00.

Alhamdulillah...tiba dengan selamat.

Sepanjang pemerhatian saya buat sepanjang pergi ke PBAKL, banyak buku-buku berkenaan dengan agama dijual. Boleh dikatakan majoriti. Buku keluaran barat saya lihat hanya ada pada gerai MPH. Boleh dikatakan suasana yang amat sihat. Orang yang berpusu-pusu tidak pernah surut. Pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja, semuanya ada. Saya juga boleh katakan bahawa kebanyakan pengunjung berperilaku sopan semuanya. Dan yang paling bagus, semua berminat untuk mendapatkan buku-buku berkenaan dengan keagamaan ini. Alhamdulillah...

Rumusannya, boleh dikatakan gembira, seronok, puas hati, mahu pergi lagi dan bersyukur sangat-sangat. Dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan teman-teman. Bagi teman-teman yang belum pergi, kalau ada masa pergilah. Banyak mutiara berharga dapat dibeli kat sana.

Berikut, beberapa buku yang saya beli untuk berkongsian bersama.


Terima kasih sudi baca celoteh saya.

Wassalam.

4 comment:

  1. salam...
    selamat membaca semua buku2..
    hihihi..
    buku HARI-HARI DALAM HIDUPKU paling best..
    memang menyentuh jiwa...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...
    saya baca kak punya review...sbb tu saya berminat nk beli...=)...cuma cari bidadari dari timur je x jumpa...

    ReplyDelete