Powered by Blogger.

Semester 2: Satu Anugerah Yang Amat Bermakna.

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabat serta sahabiah sekalian....

Semester 2 akan melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi. Masing-masing sibuk berkemas. Masing-masing "excited" nak pulang untuk berjumpa keluarga tercinta yang sudah berjauhan hampir 4 bulan atau lebih, lamanya. Semoga masing-masing selamat tiba...^_^.


Ada yang balik awal ada yang balik. Yang balik awal tu sayalah. Sebab ada program yang wajib dihadiri. Kalau tak hadiri mesti rugi. Terasa "excited" jugalah nak balik. Nak tengok mak, adik beradik dan anak-anak saudara yang semakin membesar(Amalina, Adawiyah, Adam, Sarah). Dalam rasa-rasa teruja nak balik kampung nie, hari nie tiba rasa sedih je. Terasa sebak semacam jew ketika sembahyang magrib tadi. Yang paling tak dapat tahan tatkala bersalaman selepas solat tadi. 4 bulan yang berlalu terasa sekejap sahaja dan 4 bulan yang akan mendatang mungkin tidak sama dengan pengalaman 4 bulan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Mungkin sebab inilah diri terasa sebak.

Secara kasarnya dapat dikatakan bahawa perbezaan antara semester satu dengan semester dua sangat ketara. Pengalaman yang dilalui dalam semester dua ini adalah satu anuegarah yang sangat berharga. Anugerah yang sangat berharga dikurniakan oleh-Nya pada semester ini adalah teman-teman seperjuangan yang sangat dicintai. Ungkapan terima kasih sukar dilafazkan dengan percakapan. Mungkin rasa malu. Tapi mahu diluahkan dalam blog yang tak seberapa ini. Antara individu yang saya mahu berterima kasih untuk semester 2 ini adalah:

Irham

Individu yang sangat unik, sukar nak diramal dan baik hati. Mengenali sahabat ini dari semester satu lagi sebab "housemate". Pergi mana-mana pun mesti sekali. Mungkin disebabkan kos sama. Banyak memberi perubahan dalam hidup ini salah satunya daripada tidak pernah solat berjemaah dah bersolat jemaah. Pengaruh daripada sahabat inilah. Kalau semester satu dulu mungkin banyak kalilah bertekak dan berselisih pendapat tapi semester dua ini terasa persefahaman semakin kuat. Mungkin masing-masing sudah memahami diri masing-masing. Sahabat ini jugalah banyak memperkenalkan kepada saya sahabat-sahabat yang lain. Dengan kata lain, dia telah mengubah saya daripada seorang yang kurang bersosial kepada lebih bersosial. Terima kasih. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Zakaria

Zakaria. Kami bak kembar. Ada Sukri adalah Zakaria. Mengenalinya melalui Irham. Seorang yang sempoi, tak mudah marah, sedikit unik dan mudah memberi kerjasama tatkala diri ini memerlukan bantuan. Teringat pertama kali kenal dulu. Masing-masing lewat pergi kelas. Berkenalan dalam perjalanan untuk kelas Pengurusan Kokurikulum dan kekal bersahabat sehingga kini. Mempunyai jiwa yang agak gila, kalau duduk dengan dia memang tak akan kesunyiaan. Seorang yang komited dengan tugas dan disenangi oleh semua orang. Tahniah wahai sahabat. Saya sayang kamu juga kerana Allah S.W.T.

Khairi

Khairi bak adik bongsu dalam kalangan kami semua. Bersemangat lebih daripada orang lain. Mudah mesra dengan orang ramai. Sangat suka Facebook dan suka "post" suatu yang sangat bermanfaat untuk perkongsian bersama. Kalau tak caya tengok sahaja wallnya. Takde benda yang melalaikan. Semuanya bermanfaat. Semoga terus istiqamah. Sayang kamu kerana Allah S.W.T.

Sakirin

Kalau Khairi bak adik bongsu, Sakirin pula bak abang sulung. Sangat matang pembawaanya. Saya komited dengan tugas yang diberikan dan mempunyai sikap bertanggunjawab yang sangat tinggi. Nak tahu buktinya?
Buktinya, apabila gagal melakukan sesuatu yang dirasa adalah tanggunjawabnya walaupun sebenarnya bukan tanggunjawabnya tapi kita boleh lihat riak wajahnya. Riak bersalah. Tutur kata yang mengendur, nada yang perlahan menunjukkan sikap bertanggunjawabnya ke atas sesuatu perkara yang gagal dilakukannya. Banyak pengalaman bersamanya untuk semester ini. Bermula daripada PRK, masing-masing menjadi wakil calon. Tiap-tiap malam daripada KUO ke KAB, daripada KAB ke KUO untuk rapat umum. Tatkala berbicara, kami mengambil kaedah menyatukan pendapat. Kami tak pernah menyankal pendapat masing-masing sebab masing-masing adalah diri sendiri. Mungkin sebab banyak menghabiskan masa bersama menyebabkan ukhuwah terasa amat erat untuk semester ini. Dan juga banyak membantu diri ini untuk mengenali apa itu MAJLIS ILMU. Saya sayang kamu kerana Allah S.W.T

Izwan Syah

Apa nak kata dengan sahabat yang seorang nie? Walaupun tak menghabiskan masa seperti sahabat-sahabat yang lain untuk sem nie tapi sahabat ini masih terkategori dalam individu yang memberi kesan yang mendalam dalam diri nie. Sem 1, diri ini penuh skeptikal. Bagi saya kelas yang saya belajar sem lepas tak ada seorang pun yang sekepala dengan saya. Saya salah. Inilah salah seorangnya. Mula rapat semasa produksi BBBB. Senyum je keje. Tak pernah sakiti hati orang dan suka menolong. Kadang2 malu gak asyik dia je tolong. Tak pernah saya menyumbang jasa kepadanya. Tapi saya tahu, pertolongannya bukan mahu penghargaan. Tapi pertolongannya lahir daripada hati yang sangat ikhlas. Boleh lihat jelas di wajahnya. Terima kasih sahabat..i LuV U kerana Allah S.W.T.

Shahrul, Faris, Hisyamuddin

Ketiga-tiga individu ini berlainan kos. Hisyam dan Shahrul daripada Pendidikan Pengajian Malaysia manakala Faris daripada Pendidikan Moral. Faris pada mulanya saya sedikit skeptikal terhadapnya. Namun mula sedar yang diri ini khilaf. Asif, Faris. Walaupun nampak biasa, tapi sebenarnya ada ilmu di dalamnya. Walaupun muda setahun tapi setiap tutur katanya menunjukkan kematangannya. Hisyamuddin. Diam-diam berisi. Walaupun boleh dikatakan sangat pendiam tapi kalau mula bercakap, macam-macam perkara yang boleh menimbulkan suasana ceria. Terutama apabila Faris bertemu Hisyam. Riuh!!! Shahrul pula ingatkan sama umur tapi rupanya masih lagi boleh diberi pangkat "adik"...hi3. Muda bukan bermakna tidak matang. Shahrul boleh dikatakan pembawaannya lebih matang daripada kami semua. Terutama dalam bergaul.


Selain itu, saya juga mahu berterima kasih kepada 2 orang Naqib saya. Naqib Redhuwan dan Naqib Faiz. Dua karakter berbeza, 2 cara berbeza tapi matlamat yang sama. Mentarbiyah. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Abg Redhuwan, daripada usrah kepada mengajar tajwid. Syukran. Abg Faiz, tarbiyahnya sedikit tegas tapi kena pada tempatnya. Kalau tak berkeras kompem, diri nie masih berada pada takuk yang lama.

Pengalaman paling berharga. PRK 2011. Pengalaman kali pertama. Dapat kenal dengan ramai orang, ramai jenis individu. Terima kasih jentera Mahasiswa Pendidik kerana beri peluang untuk bersama-sama berjuang. Saya rasa semangat tu. Terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian.

Sahabat Surau As-Salikin. Walaupun tak kenal semua tapi kita berbaris pada jemaah yang sama. Matlamat yang sama. Senyuman tatkala bersalaman selepas solat yang disedekahkan walaupun dilihat kecil tapi besar kesannya. Sahabat serumah. Shah, Osman, Azam, Syimie. Terima kasih semua. Walaupun saya seorang jew junior dalam rumah tapi layanan mereka memang terbaik. Mula-mula terfikir, macam mana nak biasa diri duduk serumah dengan semua senior nie. Tapi Alhamdulillah. Tak ada masalah. Minta maaf kalau ada rasa tak puas hati...^_^.

Sahabat satu program untuk semester ini, KHISWA, Bengkel Holistik Minds, Hari Interaksi PPMas banyak membantu menjadikan diri ini lebih konfidem untuk bersosial. Rakan Exco LPS MPP, walaupun baru sebulan tapi perjuangan mesti diteruskan. Insya-Allah. Semua sahabat Pengajian Malaysia Sem 2 sesi 2010/2011. Terima kasih banyak2.

Akhir sekali. Minta maaf banyak-banyak atas salah silap sepanjang semester dua. Memang komfem ramai yang terasa dengan saya nie. Tapi saya manusia biasa. Buat silap jew keje. Harap sudi memaafkan. Semoga kita bertemu lagi untuk semester 3. Insya-Allah kalau panjang umur. Alhamdulillah, Allah S.W.T makbulkan doa untuk sem lepas. Doa supaya sem 2 lebih baik daripada sem 1. Syukur, terasa nikmatnya.


Sekali lagi, semoga Allah S.W.T mengurniakan semester 3 lebih baik daripada semester 2. Semoga dipermudahkan. Insya-Allah. Amin....

Akhir kata.....UHIBUKKUM FILLAH.........^_^

Wassalam

1 comment: