Powered by Blogger.

Kisah-Kisah Muallaf Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat dan sahabiah sekalian..syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita menghirup udara pagi yang segar ini...Selawat serta salam kepada Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat.....

Membuka pagi Isnin ini dengan satu perkongsian seperti yang telah dijanjikan mengenai satu buku yang baru saya habis membacanya semalam..."Kisah-Kisah Muallaf Dunia".

Buku ini menceritakan kisah perjalanan 36 muallaf dunia mengenai bagaimana mereka tertarik mengenai Islam...Mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang pernah jadi paderi katholik, ada yang pernah jadi model, ada yang bergelar professor dan pelbagai lagi. Kisah mereka sangat menarik untuk dibaca kerana kita dapat mengetahu sejauhmana taksub mereka kepada agama dan dalam mencari kebenaran. Saya mengambil salah satu cerita iaitu Laurence Brown, seorang atheis. Secara ringkasnya mengenai permulaan dia memeluk Islam adalah disebabkan oleh anaknya yang baru lahir disahkan mengalami komplikasi pada pembuluh jantung dan peluangnya amat tipis. Apa yang hanya dapat dilakukan oleh sang atheis ini adalah melakukan perkara yang dia tidak pernah buat iaitu berdoa kepada tuhan dan berjanji sekiranya anaknya selamat maka dia akan mengikut ajaran tersebut. Allah itu Maha Berkuasa....apa yang terjadi selepas beberapa minit adalah anaknya disahkan bebas daripada penyakit membunuh tersebut...seperti yang dijanjikan dia berusaha mendekatkan diri pada tuhan.....pada mulanya dia memilih Kristian, namun dia tidak mendapat penjelasan paling tepat....dia kemudiannya beralih kepada Islam...mendalami Al Quran....akhirnya setiap penjelasan terdapat dalam Al Quran....Alhamdulillah, akhirnya Islam pilihannya....

Satu lagi kisah yang menarik perhatian saya adalah kisah salah seorang pelakon dan model bernama Sarah Bokker...pada awalnya, seperti yang kita ketahui model cukup sinonim dengan pakaian menjolok mata...begitu juga Sarah Bokker...namun apa yang mengubahnya iaitu daripada seorang aktivis feminis kepada pandangan bahawa setiap individu dilahirnya di dunia ini adalah sama adalah Islam. Apa yang dilakukan seterusnya cuba mendalami isi Al Quran. Secara ringkasnya, Al Quran telah mengubah persepsinya mengenai poligami, pemakaian menutup aurat dan beberapa lagi....antara ungkapannya yang menarik untuk dikongsikan disini adalah:

"Saya membeli gaun panjang dan penutup kepala seakan-akan pakaian muslimah. Kemudiannya, saya menyelusuri jalanan dan kawasan sekitar. Sebelumnya, saya menyelusuri jalan tersebut dengan pakaian yang pendek dan bikini atau lebih tepatnya pakaian 'anggun' khas barat. Meskipun orang, wajah dan kedai yang sama tetapi ada perbezaannya. Ada kedamaian yang saya perolehi buat pertama kalinya. Saya merasa bahawa tubuh saya yang dirantai telah bebas. Saya tidak lagi melihat pandangan orang yang seolah-olah ingin menjadikan saya mangsa. Tiba-tiba satu beban berat hilang dari bahu saya. Saya tidak lagi menghabiskan waktu dengan berbelanja, berdandan, menghias rambut dan bekerja keras. Akhirnya, saya bebas."


Subhana-Allah......

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang lain iaitu dari sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Salman Al-Farisi kepada Jermaine Jackson(abang Michael Jackson)......

Begitulah secebis perkongsian daripada saya. Pelbagai pedoman untuk kita yang sudah dilahirkan muslim namun masih lalai kepada-Nya. Sama-sama kita muhasabah diri...

Wassalam...

p/s:sesiapa nak pinjam...bgtau sahaja....untuk perkongsian ilmu kita bersama....^_^

4 comment:

  1. selalunya muallaf cam ni lg baik dari kita yang dh dilahirkan sedia ada ISLAM..
    untungnya mereka sebb dapat hidayah dr ALLAH..
    semoga kita juga mendapat hidayah-Nya..^^

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah...semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Buku ni akak beli, tapi tak sempat baca..

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam...alhamdulillah...buku yg sangat baik

    ReplyDelete