Powered by Blogger.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!

"Sukri! Baca doa hari nie"

"Haaa! Baca doa?" mulut terlopong. Pekehal suruh aku baca doa. Orang lain ramai lagik kot! Sebelah diri berkata-kata. Sebelah lagi katanya, nielah kot peluang untuk pupuk keyakinan diri. Ok! Challenge accepted!


"Insya-Allah" riak masih lagi cuak. Tangan menerima teks doa.

Semasa di perhimpunan.

"Sekarang saya mempersilakan pengawas yang bertugas untuk membacakan doa"

Sudah! Jantung dah macam hilang dalam badan. Nak tak nak, dah sanggup maka kena jugalah melangkah. Dengan kakinya terketar-ketar. Aduh!!

"Bismillah..." mulalah baca doa. Sampailah satu part."Aiyakkk! Macam mana nak baca ayat nie" muka mula gelabah. Ketarnya makin bertambah-tambah. Lutut, kaki, badan. Segala bagailah. Dewan dah sunyi sebab menunggu rangkap doa seterusnya dibaca dengan segala mata tengah pandang. Daripada pengetua sampai adik-adik form 1.

Tenang Sukri. Istifar! Ada bunyi kata-kata daripada stage. Maknanya daripada cikgulah tu nak suruh tenang. Makanya istifarlah dulu sekejap. Dan...yeah! Dapat juga baca sampai habis dan cepat-cepat turun ke pentas.

Belakang ke pentas, dapat call pula daripada ustazah katanya "Awak baca doa banyak salah tajwid".

"Ok fine!" taklah kata macam tu kat ustazah. Redhalah kena komen. Mulai hari itu dah tobat, takkan lagi  aku jejak atas pentas nie. Atau bercakap kat depan lagi!

Begitulah alkisahnya empat atau lima tahun yang lalu. Dan sekarang! 

Ahaksssss!!! Tobat hanya tinggal tobat. Aku dah pun selamat bergelar guru praktikum di SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban yang mengikut jadualnya, hari-hari kena bercakap kat depan. Siap tambah pakej kena belajar pedagogi untuk urus kelas, kawal tingkah laku murid-murid dan yang paling mencabar sekali nak bina hubungan dengan murid-murid. 

Pengajarannya disini,
Allah knows best.
Dia lebih tahu apa yang terbaik bagi kita.

Susah memang susah tapi ambillah sebagai cabaran bukan halangan.
Trust what Allah S.W.T says, "setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan".
Yasmin Mogahed mengulas ayat ini dalam bukunya "Reclaim Your Heart" katanya, kemudahan itu bukan hadir apabila kesusahan pergi.
Tapi sebenarnya, dalam kesusahan itu ada sebenarnya kemudahan.
Dan, dalam kemudahan itu ada juga kesusahan.

Dan kena juga letak dalam diri bahawa "apa yang Allah letak pada diri sekarang adalah atas kemampuan diri"
DIA takkan uji kalau kita tak sesuai dengan ujian-Nya. Jadinya, benda yang tengah dilalui sekarang ini terang tang tang mampu untuk hadapi.
Cumanya, nak atau tak nak je. Sekian!

p/s: Ahhh! tetiba lagu Tegar terngiang-ngiang dalam kepala! Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang! Heeeee!

2 comment:

  1. Mula-mula memang segan dan gementar berucap di atas pentas, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Saya pernah juga menyanyi bersama Fiq di atas pentas berduit lagu Allahyarhum Sudirman iaitu lagu "Milik Siapakah Gadis Ini".

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sekarang bro...jadi cikgu, moga dapat memberi pendidikan kepada anak bangsa sendiri. Insya Allah....

    ReplyDelete